Assalamualaikum w.b.t
Hari demi hari, makin bertambah akhbar Eropah mahupun akhbar negara-negara yang majoriti islam (seperti Sarawak Tribune) yang turut sama 'bangang' untuk mengikut jejak langkah Jyllands-Posten untuk menyiarkan karikatur menghina Nabi kita. Rasanya semua rakyat Malaysia sudah faham dengan pendirian Pak Lah yang terus terang tidak mahu memboikot barangan buatan Denmark & Norway.
 
Pendek kata, kerajaan Pak Lah hanya mampu 'menyalak' di negara sendiri bagi membuktikan bahawa kerajaan daulatkan islam,namun menikus untuk berbuat apa-apa apabila isu yang begitu sensitif dan panas di mata umat islam ini.
 
Memang benar, dari segi kuasa politiknya Malaysia dibawah Pak Lah tidak boleh dijadikan sandaran untuk menyekat barang-barang Denmark untuk terus digunakan di Malaysia. Namun bagaimana pula dengan kuasa membeli ? Yang mempunyai kuasa membelinya adalah kita, jadi 'suka hati' kitalah mahu boikot atau tidak !. Jika tiada yang membeli maka secara automatiknya penjual tidak akan membeli lagi stok itu !
 
Malah kesediaan Pak Lah untuk tidak memboikot barangan Denmark itu membuktikan kerajaan pimpinan Pak Lah terlalu bergantung kepada barangan Denmark ini,contohnya produk Carlsberg yang merupakan produk yang menghasilkan antara pendapatan lumayan untuk Malaysia amnya dan Selangor khasnya.
 
Kini kita lihat pula mengapa eropah terus menerus menyiarkan kartun penghinaan kepada nabi itu walaupun membangkit kemarahan 1.5 billion umat islam di seluruh dunia ?
 
Jika kita lihat sebab Charlie Hebdo, iaitu sebuah majalah Perancis yang menyiarkan 12 lakaran kartun tersebut semalam iaitu pada 8 Februari yang lalu, mereka mengatakan
 
"There is also a feeling that the press must keep printing the drawings of Muhammad until the Muslim world gets used to it "
 
Rasanya apa yang dimaksudkan oleh media eropah itu sudah terjadi kepada pemimpin Malaysia dibawah kabinet Pak Lah.
 
Mereka juga membuat perbandingan antara tindakan mereka (Charlie Hebdo)  dengan Salman Rusdie dengan Surah Syaitannya. Inilah bahayanya pandangan songsang di dalam diri orang yang mengaku dalam islam mengutuk agama yang dianutinya,natijahnya pihak bukan islam juga menggunakan hujah itu untuk memusnahkan dunia islam.
 
Namun menurut Anthony Browne pengarang Timesonline, UK,
 
"Talking to Danes this week, many people told me that they fear this will be a long-running dispute and has tarnished the image of Denmark in the Middle East for years to come. And they say that there is very little the government can do "
 
Jadi fikirlah sendiri apa yang langkah yang terbaik bagi menunjukkan ketidak puasan hati kta terhadap karikatur berkenaan. Biarlah Pak Lah, Hishamuddin, Zainuddin Maidin berkata tidak mahu boikot atau lakukan demontrasi, tetapi kita adalah kita. Boikot atau tidak, itu semua atas kuasa membeli kita semua.
 
Ini ditambah lagi dengan kenyataan Perdana Menteri Denmark, Anders Fogh Rasmussen membuat kenyataan maklumbalas berikutan ancaman pemboikotan barangan negaranya, namun langsung tidak mahu mohon maaf!
 
Jika dilihat dari kenyataan yang dikeluarkan Rasmussen itu, 'White House' merupakan kuasa utama mengapa dia terus berani untuk berdiri tanpa melakukan apa-apa kepada akhbar mereka yang merupakan perintis huru-hara antara dunia eropah dengan dunia islam.
 
Jadi apa tindakan anda ?
 
SILA LAWATI : http://amirulreza.blogdrive.com
 


Anda ber-Yahoo!?
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/


Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.




SPONSORED LINKS
Malaysia florist Florist malaysia Malaysia flower
Malaysia flower shop Malaysia phone card Malaysia calling card


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke