Hello Dato Shahrir Samad.

Tibanya 25hb Ogos 2006 ini yang 'august' Dato akan pengerusikan mesyuarat PAC untuk putuskan isu Avenue Capital dengan cash hoard lebih RM3.0 Billion dalam simpanan reservenya ditelan pula oleh Kalimullah/Khairy/ECM LIbra.

So that Dato Shahrir tidak lupa akan isu yang masih menjadi persoalan umum saya ulangi sini Surat Terbuka kpd Dato Shahrir.

Kepada sahabat yang lain pula saya minta supaya tidak putus putus digembar gemburkan isu ini. Do not think that all our rantings are in vain. Selepas kita semua bangkitkan isu ini berulang kali, timbul lah bab Khairy dan Kalimullah jual sikit sikit dpd saham mereka dalam Avenue Capital. Khairy jual 10.2 million saham, Kalimullah jual 40.0 million saham.  Ini reaksi positif juga di mana mereka telah berundur sikit. Maksudnya negative public opinion ada kesan positive terhadap penyangak ini. So jangan despair. Keep on ranting. Saya ulangi surat saya kpd Dato Shahrir :

 
 

Surat terbuka kepada Dato’ Shahrir Samad - Pengerusi PAC

Oleh Ibnu Hakeem

Dato Shahrir Samad
Pengerusi - PAC

Dato,

Penggabungan ECM Libra-Avenua Capital

Merujuk perkara di atas, Dato’ telah berkata demikian:

Public Accounts Committee (PAC) Chairman Datuk Shahrir Samad conceded after the PAC meeting on Thursday that the merger between ECM Libra and Avenue raised troubling questions.Shahrir said: “In principle, there is a conflict of interest if the minister’s family member is involved. But here, maybe there was no minister’s consent because the matter was not brought to the cabinet - it was decided between the ministry’s officials and the party which made the offer.”

Terdapat banyak soalan lain yang Dato’ perlu gali dan mendapatkan jawapan. Janganlah Dato’ jadi ‘rubber stamp’ sahaja.

Sebagai contoh, dalam satu kes saman di mahkamah yang kini sudah jadi pengetahuan umum, melibatkan kes penggabungan ECM Libra dan Avenue Capital, sudah timbul keraguan dan soalan tentang 'valuation of goodwill' sebanyak RM360 Juta.

Seperti yang Dato’ tahu 'goodwill' ialah istilah yang diterima dan diamalkan bagi merangkumi sesuatu perkara dalam sesebuah syarikat yang nilainya 'non tangible'. Contohnya, jika Rolls Royce muflis dari segi kewangan, nama Rolls Royce tersebut masih boleh dijual bagi satu bayaran. Nama tersebut mempunyai nilai 'goodwill'.

Tiada peraturan yang tetap dan ketat mengenai bagaimana menilai 'goodwill' tetapi Dato’sebagai Pengerusi PAC wajar cuba menentukan bagaimana nilai RM360 juta tersebut dikatakan sebagai nilai 'goodwill' dalam transaksi ECM Libra-Avenue Capital? Perkara ini berkait dengan kepentingan orang ramai dan seperti maksud PAC, Public Accounts Committee, saya berharap Dato’ akan pastikan mereka menjelaskan jumlah RM360 juta tersebut.

Keseluruhan penggabungan tersebut juga tidak melibatkan apa-apa bayaran tunai oleh ECM Libra. Walau bagaimanapun, ECM Libra muncul teratas – bermakna ia sudah mempunyai kuasa ke atas Avenue Capital.

Bagaimana ini boleh berlaku?

Begitu juga Dato’ perlu persoal, siapakah pegawai-pegawai Kementerian Kewangan yang membuat keputusan untuk menjual Avenue Capital kepada ECM Libra?

Mereka telah melepasi Kabinet, tetapi tidakkah sesuatu yang begini besar (Avenue Capital mempunyai aset tunai lebih daripada RM3.0 bilion) memerlukan kelulusan sekurang-kurangnya Menteri Kewangan atau paling kurang Menteri Kewangan ke-2?

Apa yang membimbangkan lagi, namun demikian saya berharap ia tidak benar yang Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kewangan juga terlibat dalam penjualan Avenue Capital kepada ECM Libra.

Adakah mungkin hanya seorang pegawai Kementerian (Ketua Pengarah, KSU dll) untuk membuat keputusan melibatkan berbilion Ringgit wang pembayar cukai?

Adakah ini prosedur sebenar di Kementerian Kewangan?

Harapan saya, agar Dato’ dapat lakukan yang terbaik, moga Tuhan percepatkan.

Sekian.


Open multiple messages at once with the all new Yahoo! Mail Beta. __._,_.___

Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.





SPONSORED LINKS
Malaysia florist Florist malaysia Malaysia flower
Malaysia flower shop Malaysia phone card


YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___

Kirim email ke