Pelajar lahirkan anak, bukti kajian UKM bukan 'sampah'                    
                         Johari Jaafar      
         Sat | Mar 10, 07 | 11:10:21 AM                             IPOH, 10 
Mac (Hrkh) - Kejadian seorang pelajar tingkatan empat melahirkan anak di bilik 
rawatan sekolah di sebuah sekolah menengah di Daerah Manjong membuktikan kajian 
yang dibuat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berhubung gejala seks 
bebas di kalangan pelajar adalah benar.

 
 Ini sekaligus menafikan dakwaan Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohd Khir 
Toyo, yang menganggap kajian itu sebagai `sampah'.

 
 Demikian ditegaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Nur Azli Musa, 
ketika mengulas kejadian pelajar yang melahirkan anak di sekolah seperti yang 
disiarkan oleh sebuah akhbar arus perdana baru-baru ini.

 
"Pemimpin-pemimpin Umno jangan cepat mempertikaikan kajian yang dibuat oleh 
pihak UKM kerana kejadian pelajar sekolah menengah mengadakan hubungan seks 
haram sehingga melahirkan anak bukan menjadi rahsia lagi, tetapi sudah banyak 
kes seumpama itu terjadi," katanya.

 
Beliau meminta pemimpin atasan Umno prihatin dengan gejala yang sedang melanda 
remaja masa kini dan jangan mudah mempertikaikan dan memperlecehkan kajian yang 
telah dibuat.

 
Beliau kemudiannya memetik laporan sebuah akhbar sebuah akhbar Indonesia 
`Republika' seperti yang disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan, memetik kajian 
yang dibuat agensi Perancang Keluarga Indonesia, mendedahkan hampir 50 peratus 
remaja perempuan melakukan seks di luar nikah.

 
Menurut akhbar itu lagi, kajian tersebut dilakukan di lima buah kota besar 
termasuk Jakarta, Bandong dan Yogyakarta pada tahun 2003 dan bertambah dari 
tahun ke setahun. "Kajian yang dibuat oleh pihak UKM itu bukan bertujuan untuk 
menyalahkan remaja semata-mata, tetapi ianya bertujuan mendedahkan betapa 
seriusnya gejala seks bebas di kalangan remaja", ujarnya . Menteri Pembangunan 
Wanita Keluarga dan Masyarakat, Dato' Shahrizat Abdul Jalil baru-baru ini, 
turut mempertikaikan hasil kajian itu yang disifatkannya tersasar dan tidak 
menggambarkan keadaan sebenar.

 
"Lagi lama gejala seks bebas di kalangan pelajar sekolah tidak dibanteras, lagi 
ramai pelajar melahirkan anak di sekolah nanti', kata Ustaz Nur Azli.

 
"Kita tidak dengar ada menteri di Indinesia yang menganggap kajian itu sebagai 
`sampah' tetapi kenapa Menteri Besar dari Umno boleh bercakap seperti itu?" 
tanya beliau. - mks.

 

---------------------------------
 Jumlah dilihat: 4064 | Cetak | EmelKomen oleh (8) Pembaca



-->
MELAYU MUDAH LUPA
Dihantar oleh     ' );  document.write( addy_text49092 );  document.write( '' 
);  //-->\n INTAN BASRI  ' );  //-->  Alamat email ini telah dilindungi dari 
spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya    ' );  //-->  , 
on 11-03-2007 19:21 
Rasanya perkataan "sampah" yang dikeluarkan oleh VIP tersebut mengenai kajian 
gejala seks luar nikah adalah melampau. Buka minda dan terima kenyataan bahawa 
kebanyakan anak-anak melayu sekarang sudah lupa diri.Bukan membuka pekung di 
dada tetapi hakikat perlu diterima. Pihak kerajaan sepatutnya memantau dengan 
lebih terperinci lagi di mana ada di kalangan remaja melayu yang "berkampung" 
di mana-mana rumah dihujung minggu bersama pasangan masing-masing bertemankan 
arak dan dadah. Sekurang-kurangnya kita perlu berbangga kerana masih ada orang 
melayu yang prihatin dengan menjalankan kajian tersebut bagi membuka mata 
masyarakat bahawa GEJALA SEKS LUAR NIKAH bukan hanya melibatkan org dewasa 
tetapi anak-anak kita yang bersekolah juga tidak terkecuali.BUKA MINDA, SEDAR 
DAN JANGAN LEKA!!!!!!!!!

ajar ugama
Dihantar oleh che hashim, on 11-03-2007 19:15 
saya syorkan pelajaran sex di sekolah di hentikan serta merta.kerana pada usia 
13 ke 18 tahun pelajar perempuan dimasa umur itu amat mudah terpegaruh dan 
ingin mecuba.eloklah ditarbiahkan dgn agama .lagi berkesan.

camna ustaz?
Dihantar oleh pas kelana jaya, on 11-03-2007 19:14 
Tapi kes yg Ustaz Azli petik itu tidak jatuh bawah isu gejala seks bebas. 

 
Kes itu membabitkan sumbang mahram, si pelajar itu mungkin telah diperkosa oleh 
bapanya sendiri (bapanya difahamkan ditahan polis). 

 
Namun memang kajian Dr Kahidzir dari UKM itu bukan sampah tetapi Khir Toyolah 
sebenarnya sampah yang lebih besar

bersetuju
Dihantar oleh     ' );  document.write( addy_text34416 );  document.write( '' 
);  //-->\n NOOR ZURAINI MD ZAIN  ' );  //-->  Alamat email ini telah 
dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya    
' );  //-->  , on 11-03-2007 19:13 
Asalamualaikum.. 
saya amat bersetuju dengan kajian yg dibuat dengan pihak UKM tersebut.. 
remaja sekolah di pulau pinang juga ramai yg telah melakukan seks bebas dengan 
teman lelaki mereka..iaitu org yg mereka percayai. apa yang lebih 
mengejutkan..perbuatan itu dilakukan dirumah sendiri dan dibilik sendiri, pada 
waktu malam...semasa ibubapa telah tidur dan ianya melibatkan anak2 org yang 
berpengaruh. ibubapa begitu letih penat bekerja seharian dan tidur lena 
sehinggakan tidak sedar bahawa bilik anak perempuannya telah didatangi oleh 
teman lelaki pada waktu lewat malam dan tidur hingga ke pagi. 
jika anak perempuan itu pandai @ licik (berpengetahuan luas) dalam membeli pil2 
perancang....mereka boleh selamat daripada mengandung...jika tidak...lahirlah 
lagi bayi disekolah. 
kejadian ini dengan bangganya diceritakan oleh teman lelakinya kepada saya 
secara terperinci...bagaimana dia berjaya memasuki bilik gilfriendnya..dan 
ditambahlagi dengan mengambil foto sendiri (dlm keadaan yang mamalukan) untuk 
koleksi peribadi iaitu bukti cinta mereka melalui hanphone. 

KAJIAN UKM
Dihantar oleh     ' );  document.write( addy_text4234 );  document.write( '' ); 
 //-->\n tokJongos  ' );  //-->  Alamat email ini telah dilindungi dari spam 
bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya    ' );  //-->  , on 
11-03-2007 19:12 
Pelajar dan Pensyarah UKM yang membuat kajian (tesis) ini telah terlebih 
membuat penyelidikan ke atas kawasan yang dinilai berpotensi tinggi dalam soal 
kemerosotan akhlak ini. 
Jika ditanya kepada pelajar secara rasional kepada pelajar adakah kamu pernah 
melakukan kesalah...spt merokok, ponteng sekolah dsbnya...sudah tentu mereka 
jawab tidak pernah.....tetapi dilihat sebalik dari kajian tersebut yang 
menunjukkan bahawa kajian ini adalah hasil dari pernyataan telus dari pelajar 
terlibat. Pelajar terlibat juga sudah tentu telah dimaklumkan oleh para 
siswazah tersebut tentang sebab dan akibatnya (consequences). 
Jadi tak timbul perkataan "rubbish" dalam kajian ini.....

Kajian UKM bukan sampah
Dihantar oleh Bocahcilik, on 11-03-2007 19:11 
Kajian pensyarah UKM itu menjadi "sampah" (seperti kata MB Selangor) kerana 
hasil kajian itu tidak menyebelahi pihak UMNO yang kononya pandai sangat jaga 
akhlak masyarakat. Wahai orang-orang islam kita adalah sebaik-baik umat jika 
menurut ajaran islam yang sebenar, jagalah Allah sepanjang masa, nescaya Allah 
akan menjaga kita dan zuriat kita sehingga hari kiamat. Sebaliknya jika kita 
hanya mengikut pendapat dan telunjuk para pemimpin yang dalam kepala otak 
mereka penuh dengan "sampah tanpa hujah" secara membabi buta, PASTI Allah akan 
menghina kita dan zuriat kita dengan menjadikan mereka seperti "sampah" yang 
tidak bernilai seduit pun seperti...... bohsia, bohjan,mat rempit,mat dadah,mat 
zina,mat ragut,mat lepak dan macam-macam lagi. Mudah-mudahan kita dan zuriat 
kita dijauhkan dari perkara-pekara tersebut jika kita sentiasa bersama 
para-para ulama perwaris nabi..... ...insyallah

Memang Benar
Dihantar oleh     ' );  document.write( addy_text59316 );  document.write( '' 
);  //-->\n Sg Pinang  ' );  //-->  Alamat email ini telah dilindungi dari spam 
bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya    ' );  //-->  , on 
10-03-2007 13:04 
Saja tak nak sebut nama sekolah, tapi kejadian yang sama pernah berlaku di 
sekolah dekat rumah saya disini. Kalau tak caya rujuk jabatan pelajaran negeri 
p.p. Saya fikir benda macam ni tak payah nak selindung dan sembunyi tangan, 
fenomena ini sedang berlaku dan akan terus berlaku hasil dari sebab akibat 
tindakan dan tindak balas dari apa yang kita buat selama ini.  

 
Wassalam

suruh JAWI masuk UM...
Dihantar oleh adidasbengang, on 10-03-2007 13:03 
kes nie kat UM dah melambak-lambak...selain di kaw kampus terdapat mahasiswi 
yang menjadikan UM sebagai tempat pertemuan sebelum di ambil oleh mana-mana 
individu beroda empat yang RM100K keatas untuk memberi 
perkhidmatan...kebanyakkan program-program dan aktiviti yang di jalankan di 
kolej...menjurus kepada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan...bila 
report pak guard...suruh report JAWI...bila report JAWI..JAWI kata tak boleh 
masuk kaw kampus...so selamat lah mamat-mamat dan minah-minah CIA nie dari di 
cekup....HIDUP MELAYU...


  function x () {    return;  }  function ac_smilie(thesmile) {    
document.akocommentform.comment.value += " "+thesmile+" ";    
document.akocommentform.comment.focus();  }  function validate(){    if 
(document.akocommentform.comment.value==''){      alert("Please insert at least 
a comment related to the topic!");    } else if 
(document.akocommentform.acname.value==''){      alert("Validate name");   
}else {      document.akocommentform.action = 'index.php';      
document.akocommentform.submit();    }  }
 [input]  [input]  [input]  [input] Hantar Komen AndaNama [input]  [input] Emel 
[input] Subjek [input] Komen

Kod* [input]   [input] 
 [input] 

                
---------------------------------
 New Yahoo! Mail is the ultimate force in competitive emailing. Find out more 
at the Yahoo! Mail Championships. Plus: play games and win prizes.

Kirim email ke