Assalamualaikum wbt.

Sedikit ilmu untuk dikongsi bersama...

TQ

MA - PNB PROJECT
EXT 3437 (Level 27)                                                             
                                                                                
                                                                 
                                                                                
                                                      




A. [ ERTI KHITBAH / TUNANG ]



"Khitbah" (Bahasa Arab) / "bertunang" (Bahasa melayu) adalah muqaddimah
atau permulaan kepada az-zawaj(Bahasa Arab) / nikah atau kahwin (Bahasa
Melayu). Sesungguhnya Allah menjadikan khitbah sebagai salah satu dari
syariat-syariat / perundangan-perundangan Agama Islam. Apa hikmat, faedah
atau kelebihannya???  Kerana khitbah memberi peluang kepada kita semua
untuk at-ta'arruf / berkenalan dengan pasangan masing-masing dari segi
zahir dan batin sebelum kita bernikah atau berkahwin.


"Khitbah" (bahasa Arab) bererti "bertunang"(bahasa Melayu). "Tafsiran"
lafaz atau perkataan "bertunang" ini berbeza mengikut tempat, kawasan, adat
dan suasana masyarakat masing-masing. Berbeza di antara negara Malaysia,
Singapura, Thailand dan Indonesia. Dan kemungkinan berbeza juga di antara
beberapa tempat, adat, suasana serta kawasan-kawasan di dalam negara
masing-masing. Contohnya di dalam Indonesia, tafsiran "bertunang" di Medan
dan Jakarta berbeza. Di dalam Thailand, tafsiran "bertunang" di Bangkok dan
Pattani berbeza. Begitulah seterusnya di tempat-tempat lain.


"Khitbah" di dalam bahasa Arab apabila diterjemah maknanya ke dalam Bahasa
Melayu bermakna 'melamar' wanita untuk dijadikan bakal isteri. "Melamar"
ini juga bermakna meminta persetujuan pihak wanita untuk menjadi isteri
kepada pihak lelaki. Khitbah ini memakan 'masa' berdasarkan kebiasaan atau
adat yang masyhur dipegang kawasan, tempat, adat dan suasana masyarakat.


"Khitbah" juga bermakna proses lelaki meminta dari pihak perempuan untuk
berkahwin dengan cara-cara atau jalan-jalan yang diketahui masyhur di
tempat masing-masing.(Fiqh Assunnah oleh Syed sabiq).


"Khitbah" juga membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak / kemahuan
seseorang untuk berkahwin dengan seseorang wanita.(Fatawa Muasoroh oleh
Dr.Yusof Al Qardawi). Dr. Yusof Al- Qardawi juga berkata (buku yang sama)
bahawa di dalam khitbah / bertunang ini tidak ada "hak" bagi khatib(tunang
lelaki) kecuali hak untuk melamar  ( to reserve or booking) makhtubah
(tunang wanita) semoga pihak lelaki selain darinya tidak datang untuk
meminang wanita itu.



____________________________________________________________________________________________





B. [ HUKUM KHITBAH / BERTUNANG DI DALAM ISLAM ]


Saya bertanya kawan saya tentang hukum "khitbah/bertunang" ini kepada
kawan-kawan saya yang faham dan alim. Dan saya juga rujuk buku agama yang
ada menceritakan tentang khitbah/ bertunang ini.


Hukum khitbah ini adalah "harus" tetapi Imam As-Syafie(sila rujuk buku
Mughni Almuhtaj) mengatakan hukumnya adalah "al-istihbab / sunat". Dan Dr.
Abd. Karim Zaidan(sila rujuk buku Almufassal fi Ahkam Al Mar'ah mengatakan
bahawa hukum "al-istihbab / sunat" ini lebih aula(utama / baik) dari hukum
"harus" tadi.



____________________________________________________________________________________________





C. [ DALIL ATAU BUKTI DISYARIATKAN (DIPERUNDANGKAN) KHITBAH / TUNANG ]


Dalil atau bukti di"bolehkan" khitbah / tunang ini terlalu banyak.
Contohnya ialah...


1) Hadis Rasulallah saw yang mafhumnya: " tidak halal  bagi kamu penjualan
di atas penjualan  orang lain dan tidak halal bagi kamu pertunangan di atas
pertunangan orang lain".


Mengikut hadis ini kita faham bahwa kita tidak dibenarkan oleh syarak untuk
meminang seseorang wanita / laki pabila wanita / laki itu sudah dipinang
orang. Ini dalil dibolehkan 'khitbah' tetapi, dalil ini tidak 'soreh' /
tidak terus (indirect). Ulamak dan orang-orang yang 'faqeh'/ faham
hukum-hakam mengambil hukum "boleh" khitbah dalam Islam dari sini.
Bagaimana?? Begini, cuba rujuk hadis ini semula. Khitbah dibolehkan dalam
Islam, tetapi yang tidak bolehnya ialah meminang seseorang wanita / laki di
atas pinangan orang lain. Maka, khitbah boleh. Moga anda semua faham.


2) Hadis. Dari Jabir bin Abdillah bahawa Rasulallah saw bersabda: " Apabila
salah seorang dari kamu bertunang, maka jika sekiranya dia boleh melihat
wanita itu hingga membawa kepada kehendak atau kemahuan untuk bernikah /
kahwin, maka lakukan!!! ". Berkata Jabir (perawi) hadis ini: " aku telah
bertunang dengan wanita dari Bani Salamah, aku telah bersembunyi tanpa
dilihat oleh wanita itu sehingga aku melihat sebahagian dari 'diri / tubuh
badan' wanita itu yang boleh membawa kepada kehendak dan kemahuan aku untuk
menikahi atau mengahwininya".


2 dalil di atas dipetik dan diambil dari buku Fiqh Assunnah oleh Syed
Sabiq.


____________________________________________________________________________________________




D. [TEMPOH ATAU MASA YANG DIBENARKAN OLEH SYARAK UNTUK BERKHITBAH /
BERTUNANG ]



1. Tempoh / masa khitbah yang dipersetujui oleh jumhur ulamak (ramai
Ulamak) ialah tempoh yang tidak panjang atau lama.


2. Jumhur ulamak (ramai Ulamak) berselisih pendapat dalam mentafsirkan /
menentukan makna "tempoh panjang / lama" itu. Berapa hari, berapa minggu,
berapa bulan, berapa tahun.


3. Maka tempoh ini semua ditentukan oleh 'uruf / adat yang masyhur dipegang
di sesuatu tempat.


4. Jika di sesuatu tempat mentafsirkan tempoh lama satu HARI, maka satu
harilah yang mesti dipegang oleh sesiapa yang menjalankan khitbah ini.


5. Jika di sesuatu tempat mentafsirkan tempoh lama satu MINGGU, maka satu
minggulah yang mesti dipegang oleh sesiapa yang menjalankan khitbah ini.


6. Jika di sesuatu tempat mentafsirkan tempoh lama satu BULAN, maka satu
bulanlah yang mesti dipegang oleh sesiapa yang menjalankan khitbah ini.


7. Jika di sesuatu tempat mentafsirkan tempoh lama satu TAHUN, maka satu
tahunlah yang mesti dipegang oleh sesiapa yang menjalankan khitbah ini.


Ini semua contoh yang saya berikan kepada anda semua. Maka lepas ini boleh
anda rujuk sendiri 'tempoh' atau 'masa' ini kepada mereka yang tinggal di
kawasan anda. Tanyakan, biasanya di tempat anda ini berapa "tempoh paling
lama" khitbah / bertunang ??? Jika 2 hari, 3 minggu, 4 bulan atau 5 tahun
(contoh), maka semua ini terpulang kepada 'uruf / adat di sesuatu tempat,
adat, kawasan dan suasana. Semoga anda faham.


*** 'uruf == adat yang masyhur dipegang di sesuatu tempat.


_________________________________________________________________________________________




E. [ HUKUM BERKHALWAT DENGAN TUNANG... (KHATIB-TUNANG LELAKI,
MAKHTUBAH-TUNANG WANITA) ]



HARAM BERKHALWAT / DUDUK DITEMPAT SUNYI(menimbulkan fitnah) BERSAMA DENGAN
TUNANG???


Agama Islam mengharamkan "khalwat" ini kerana ianya diharamkan ke atas
tunangan ini sehinggalah mereka diakad(ijab dan qabul) dan dinikahkan. Maka
lepas akad (ijab dan qabul), maka haruslah bagi pasangan laki dan wanita
ini untuk berdua-duaan tanpa menimbulkan fitnah lagi. Dan hikmah, faedah
dan kelebihan "haram khalwat" ini ialah untuk mencegah terjadinya maksiat.
Sabda Rasulallah saw yang bermaksud: " Tidak halal bagi seseorang lelaki
berkhalwat dengan seseorang wanita yang tidak halal buatnya kecuali
ditemani mahram (mahram-orang yang diharamkan nikah / kahwin dengannya.
Maka orang atau pihak ketiga yang ada bersama-sama ketika mereka berdua
berkhalwat itu adalah syaitan". (sila rujuk buku Fiqh As-Sunnah oleh Syed
Sabiq).


Dr.Yusof Al Qardawi (Fatawa Muasoroh) berkata:
[" selama mana akad kahwin (ijab dan qabul) belum ditunaikan oleh tunang
laki dan tunang wanita (belum sah nikah / kahwin mereka mengikut 'uruf
-adat, syarak dan undang-undang), maka keadaan masih seperti hukum asal.
Iaitu:-


1. Tidak halal dan haram bagi makhtubah (tunang wanita) untuk
berkhalwat(berdua-duaan sehingga menimbulkan fitnah) dengan khatibnya
(tunang lelaki) KECUALI bersama-sama mahtubah (tunang wanita) itu ada salah
seorang mahramnya seperti ayahnya atau abangnya.


2. Tidak halal dan haram bagi makhtubah (tunang wanita) untuk bermusafir
atau melancong  dengan khatibnya (tunang lelaki) KECUALI bersama-sama
mahtubah (tunang wanita) itu ada salah seorang mahramnya seperti ayahnya
atau abangnya.]


*** mahram == mahram-orang yang diharamkan nikah /kahwin dengannya (dengan
wanita itu)
***  'uruf ==  adat yang masyhur dipegang di sesuatu tempat.

Halimatun Saadiah <[EMAIL PROTECTED]> wrote:



 > komen/pendapat saye..
 > 1)faedahnye...
 > err...Nabi ade buat ke??...tak pulak dengarkan?..
 > jadi ...bertunang nie adat je..
 > list down...antara baik @ buruknya ... mane lebih bosar
 > potensinye??..slmt buat
 > pilihan yang bijak n tepat...
 >
 > 2)kalau nak tunang juge...
 > ukur baju kat badan sendiri.
 > kalau cukup persediaan... buat cepat pun takdak salahnye aihhh..kan
 tujuannye
 > tadi dah jelas dah!!..
 > kalau tak cukup persediannya...ambik le mase....
 > err..perlu diingatkan..persediaan tu bukan takat pasai duitnye
 > je..ngan ilmu..
 > dan persediaan mentol n fizikolnye jugeee....
 >
 > 3)pulangkan barang???
 > waichehh!!!...nie yang tak best nie...
 > macam ade ura ura nak try je nie....heheee....
 > bertunang tu kira macam dah ikat janji le tu...
 > emmm...antara ciri ciri orang munafik apa dia ha?...
 > antara satunya...apabila dia berjanji..dia memungkirinya...
 > ..pasal balas membalas 2x ganda nie takde hal kat atas dunia nie..bole
 ejast
 > punye...
 > ..tapi... tapiii...nak menggantirugikan kat akhirat sok...susah leeee..
 > susah banyak!!! wa cakap luuu...heheee
 >
 > err...tu je soalannye tadi ek??..
 >
 > okeh la.sekian yea.mintak maap yea..no heart feeling ek??...
 >
 >
 >
 >
 >> ... saya nak komen/bg pendapat sikit...
 >> a) faedah bertunang... takde apa sangat cuma ala2 nak bg tahu
 >> parents perempuan yg kita(lelaki) serius dgn anak dia.. bukan nak
 >> buat main2
 >>
 >> b) tempoh bertunang... takde sesapa yg set brp lama cuma.. lebih
 >> elok cepat. Utk pengetahuan, saya bertunang 5 tahun.... tahun 2002
 >> baru kahwin & awal thn nie(2005) baru dpt baby.... rezeki masing2..
 >> nak buat mcmana, ke2 pihak x bekerja (tahun 1998-1999 kan zaman
 >> meleset) & parents perempuan tak nak bagi anak dia kawin selagi x
 >> dpt kerja.. so tunggu lah
 >>
 >> c) bertunang 3thn... masalah x timbul... cuma ke2 nyer kena kuat
 >> semangat & jgn cepat melatah @ putus asa.... saya 5thn.. i know how
 >> u feel...
 >>
 >> d) hantaran... tak semestinyerr, kalau pihak perempuan nak putus,
 >> dia hantar balik hantaran & cincin balik pd pihak lelaki & kalau
 >> lelaki nak putus, dia hantar balik hantaran pd perempuan. Tetapi
 >> again, tertakluk kpd perjanjian ke2 pihak semasa mula2 bertunang..
 >> selalunya org tua2 yg set..
 >>
 >> wasalam
 >>
 >> p/s.. kenapa? u nak putus tunang ke?
 >>
 >> zanyayra <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
 >> Assalamualaikum,
 >>
 >> Saya nak tahu pendapat saudara-saudari berkenaan pertunangan dari
 >> segi agama dan adat...
 >>
 >> 1. Apa faedah bertunang?
 >>
 >> 2. Berapa tempoh bertunang paling lama sebenarnya? Beberapa bulan
 >> atau sampai bertahun-tahun?
 >>
 >> 3. Katakanlah seseorang tu nak bertunang selama 3 tahun (kerana
 >> bimbang ekonomi tak stabil dan nak sambung belajar), wajar tak?
 >> Sedangkan kita tahu dan percaya bahawa rezeki daripada Allah swt
 >> semakin bertambah selepas mendirikan masjid(bernikah)?
 >> Lagipun 3 tahun satu masa yang agak lama, macam-macam boleh terjadi.
 >> Bertunang juga tak menghalalkan hubungan pasangan tersebut. Adakah
 >> lebih baik jika tak perlu bertunang dan tunggu saja 3 tahun lagi?
 >>
 >> 4. Betulkah jika seseorang wanita tu nak memutuskan ikatan
 >> pertunangan, dia dimestikan memulangkan semula barang-barang
 >> hantaran pertunangan tu 2X lebih banyak kepada pihak lelaki?
 >>
 >> Terima kasih atas pendapat serta nasihat anda semua.
 >>
 >>
 >>
 >>





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/sTR6_D/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke