Alaikum salam semua, Setuju dengan Caring Mommy,
mengapa kita mesti cukup memperkatakan hal yg memberi kesan dan tekanan terhadap hidup kita, hidup keluarga dan hidup seluruh rakyat malaysia? Adakah benar ia tidak  akan mengubah apa-apa? Mungkin tidak akan mengubah keputusan yg ditelah dipaksakan kepada rakyat, tetapi ia bisa mengubah tahap pemikiran rakyat. Itu yg penting, maklumat disampaikan supaya berlakunya tranformasi pemikiran. Paling-paling kesedaran itu akan membuat mereka tahu siapa Pemimpin mereka, sayangkah pemimpin mereka kpd mereka, apakah benar-benar tidak ada cara lain selain menaikkan harga minyak?? Mengapa ada diskriminasi dalam pembahagian cukai? Kenapa cukai perniagaan koperat 28% kenapa cukai Syarikat Perjudian hanya 17% (apakah ini bukan subsidi?). Semua negara pengeluar minyak (tauke minyak) memberi subsidi kepada rakyatnya? (lebih murah daripada harga pasaran)  so apa alasan Malaysia? sebagai taukeh minyak? dan minyaknya yang dikira terbaik dari minyak keluaran Arab saudi dan lain-lain negara?. Fakta-fakta inilah yang harus rakyat tahu...Atau adakan satu perdebatan dengan rakyat tentang wajarnya kenaikan harga minyak ini.  Ini bukan perjuangan membela diri sendiri tapi untuk semua.
Jadi teruskan menulis..biar rakyat punya pengetahuan, tak senang diperbodohkan dengan alasan-alasan yang dengkel. 
 
Mira Ahmad - terpaksa rela dalam paksa  minyak oh minyak
  
 
      
  

[EMAIL PROTECTED] wrote:
Assalamualaikum
 
Well said. It is true that only daulah islamiyah is the answer.
 
IslahGateway
 
----- Original Message -----
Sent: Thursday, March 09, 2006 2:53 AM
Subject: Re: Bismillah [hidayahnet] harga minyak naik 30 sen....please sudah ya diskusinya...??

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
 
Saudari Nawar Khalila yang dihormati,
 
Jika saudari kurang minat dengan diskusi tentang minyak naik, saudari boleh delete posting itu tetapi bukan menghalang orang lain membincangkannya. Isu harga minyak naik bukan sekadar isu 30 sen tetapi isu ekonomi. Masalah pengagihan kekayaan ( distribution of wealth) yang berpaksi pada sistem ekonomi Kapitalis, nukilan Adam Smith. Sistem ekonomi yang sibuk memukul canang ke sana kemari  yang boleh diperiksa di dalam buku-buku ekonomi klasik dan kontemporari bahawa masalah ekonomi adalah masalah kekurangan sumber (scarcity of resources). Sedikit pun tidak disentuh bahawa bukan masalah kekurangan sumber tetapi masalah pengagihan kekayaan ( distribution of wealth) sehingga minoriti rakyat menguasai majoriti kekayaan.
 
Sebuah laporan PBB yang diterbitkan pada September 2005 menunjukkan bahawa 20 peratus teratas daripada penduduk dunia tinggal di negara-negara utara dan menguasai 80 peratus kekayaan dunia manakala baki 80 peratus tinggal di negara-negara selatan memiliki 20 peratus sahaja (petikan Utusan Malaysia, 4-5 Disember 2005).
 
Saudari mungkin seorang yang memiliki harta yang banyak, yang mana kehidupan harian saudari tidak terjejas apabila harga minyak naik. Tetapi bagaimana dengan orang-orang yang sebelum kenaikan harga minyak memang cukup-cukup makan sahaja? Ngam-ngam aje... Of course dalam kapasiti kita sebagai seorang individu nothing much that we can do tetapi kita tidak boleh sekadar tutup mata, tutup telinga dan anggap seolah-olah ' business as usual'. Nabi berpesan tidak beriman seseorang itu sehingga dia mahu saudaranya mendapat apa yang dia sendiri menyukainya (HR Bukhari). Bermakna, jika kita suka hidup selesa, iman kita tidak sempurna jika kita tidak mahu saudara seagama kita mendapat apa yang kita suka. Kita juga diperingatkan tentang mengambil berat jiran (hak jiran ke atas kita), dan juga diminta berbuat baik hatta kepada seekor anjing sekalipun. Jika dengan binatang pun kita kena buat baik, inikan pula manusia.
 
Mengeluh sepanjang hari memang tidak akan mengubah harga minyak yang telah naik tetapi bagaimana pula tentang tanggungjawab melaksanakan amar ma'ruf nahu munkar? (ali-imran 110,104). Kita diminta mengajak orang pada kebaikan ( Al-Khair). Cegah kemungkaran termasuk highlight kemungkaran yang dilakukan oleh pemerintah yang secara terang-benderang menzalimi rakyat. Bila kita highlight isu ini, memang betul kita tetap menanggung kesan kenaikan harga minyak yang tempiasnya terpercik sama ke atas harga roti canai, tepung, gula, tarif elektrik dll. Tetapi kita akan menumbuhkan dan mencetuskan kesedaran di dalam pemikiran umat Islam yang ramai masih lena dibuai juara lagu, anugerah bintang popular dsb bahawa mereka perlu lakukan sesuatu. Mereka akan berfikir – adakah aku boleh ubah keadaan ini? Jika boleh, bagaimana? Mungkin hasilnya tidak dapat dituai semasa hayat kita tetapi mahukah anak-cucu kita meneruskan sebuah hikayat derita yang tak kunjung reda?
 
Semasa Nabi berdakwah di Mekah iaitu di atas Bukit Safa, Nabi telah memberitahu masyarakat Mekah bahawa umat Islam akan dapat menakluki Rom dan Parsi. Ketika itu pengikut baginda hanyalah 3 orang. Jika kenyataan itu datang dari orang biasa, pasti masyarakat akan ketawa   bedekah-dekah sambil mengatakan inilah lawak paling lucu pernah mereka dengar. Tetapi statement yang datang dari seorang manusia  yang memegang status Al-Amin sebelum kenabiannya menyebabkan masyarakat  terpinga-pinga. Apa yang hendak baginda sampaikan adalah penaklukan ke atas dua kuasa besar dunia saat itu memerlukan lebih dari sekadar aqidah Islam tetapi kuasa politik. Dakwah baginda bukan sekadar dakwah membetulkan akidah tetapi dakwah baginda turut mengandungi dakwah siyasah (politik). Dengan kuasa politik, Islam akhirnya berkembang hingga menawan 2/3 dunia. Nabi juga pernah bersabda bahawa umat Islam akan menakluki Konstantinople dan Rom. Konstantinople (kota Raja Heraclius) telah ditawan oleh Sultan Muhammad al-Fatih pada tahun 1453 M lebih kurang 800 tahun setelah Nabi menyebutnya. Ini juga contoh bagaimana kuasa politik boleh merubah corak geopolitik dunia. Membebaskan manusia (Muslim & non-Muslim) dari kemiskinan dan kemelaratan. Semasa pemerintahan singkat Khalifah Umar Abdul Aziz, tidak ada orang yang layak menerima zakat di Afrika hingga wang zakat digunakan untuk membebaskan hamba abdi di Eropah. Di era pemerintahan Umar al-Khattab, semasa zaman kebuluran di Madinah, bantuan datang dari Sudah. Bayangkan nasib Sudan pada hari ini?
 
Teramat panjang jika hendak dituliskan semuanya tetapi masalah manusia ini tetap ada jalan penyelesaiannya kerana Islam itu adalah rahmatan lil 'alamin. Maka, bukan isu minyak naik 30 sen tetapi 'the main culprit' ialah isu pemerintahan yang berasaskan Sistem Sekular-Kapitalis. Isu kekuasaan. Jika umat Islam menjadi kuasa adidaya dunia (super power) pasti umat Islam memiliki kapasiti untuk memastikan tiada manipulasi harga minyak hingga menyebabkan negara pengeluar dan rakyat jelatanya menderita. Secara fakta, negara-negara yang ramai didiami umat Islam mengandungi banyak minyak. Si Kafir ini pun mengakui :
 
The problem is that the good Lord didn't see fit to put oil and gas reserves where there are democratic governments." - Dick Cheney, Bush's Vice President at a 1996 energy conference
 
Pemerintahan Islam dalam bentuk Daulah Islamiyyah yang berlangsung lebih 1300 tahun semenjak di Madinah hingga dicantas agen British, Mustafa Kamal Atarturk pada tahun 1924 di Istanbul pernah berlaku. Daulah Islamiyyah pernah ujud. Hendak tahu apa testimoni orang Kafir akan hebatnya Daulah Islam ini? Sekadar memetik beberapa contoh:
 
"Islam is the best chance the poor of the planet have for any hope of decency in their lives. It is the one revolutionary force that cares about humanity." [1998] - Former U.S. Attorney General Ramsey Clark
 
"Here in the land of the Turks we have nothing to complain of. We possess great fortunes; much gold and silver are in our hands. We are not oppressed by heavy taxes and our commerce is free and unhindered. Rich are the fruits of the earth. Everything is cheap and each one of us lives in freedom. Here a Jew is not compelled to wear a yellow star as a badge of shame as is the case in Germany where even wealth and great fortune is a curse for a Jew because he therewith arouses jealousy among the Christians and they devise all kinds of slander against him to rob him of his gold. Arise my brethren, gird up your loins, collect up your forces and come to us." Rabbi in Turkey writing to his brethren in Europe where they were facing increasing persecution after 1453"  - 'Constantinople', Philip Mansel    
 
Saudari Nawar Khalila,
 
If my writings still do not "click" something in your mind, I don't know what else will.
 
Wallahu alam.
 
 
CM – Feeling the pain, crying in vain. Remembering the glory of the yesteryears…  


On 3/6/06, NawarKhalilaAbdullah <NawarKhalilaAbdullah> wrote:
Maaf ya...
Banyak sekali sudah ditulis di milist ini tentang kenaikan harga minyak dan kesannya buat hidup kita, hampir semuanya mengeluh dan upset.....
Sudahlah, minyak sudah naik, tak usahlah upset banyak-banyak.. (Sepertinya hanya menguras tenaga kita saja, karena walaupun kita mengeluh sepanjang hari, tak akan turun khan harganya ...)
 
As a muslim, just say "Alhamdulillah". Inshallah rezeki dari Allah akan cukup buat kita...
 
 


 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Mail
Use Photomail to share photos without annoying attachments.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke