Jom tegakkan sistem Khilafah!

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Kegiatan Pelacuran di Bukit Bintang di dalangi oleh kumpulan Triad.Iaitu kegitan kumpulan jenayah terancang.Kumpulan Jenayah terancang ini terlibat dengan kegitan mafia antarabangsa.Mereka mempunyai kewangan yang kukuh dan struktur organisasi yang terancang.Meraka mempunyai banyak unit untuk memastikan kegiatan mereka berjalan lancar.setiap unit di ketuai oleh seorang ketua.Tidak terdapat satu pun gerakan Islam yg militant atau fanatik berusaha untuk untuk melumpuhkan mereka.Gerakan Islam hanya berminat berkonfratasi dgn Kerajaan saja dan mengebom orang awan yang tidak berdosa.

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:

AMBIL RISIKO: Pelacur menunggu pelanggan di sebuah pusat
pelacuran di luar negara.

‘Anak ayam’ walaupun sudah boleh dipanggil mak cik huni lorong maksiat mencari rezeki dengan menjual tubuh bagi membesarkan anak

PELACURAN membabitkan wanita Melayu bukan perkara baru. Laporan akhbar sepanjang tahun lalu menunjukkan pelbagai tangkapan pelacuran dilakukan di seluruh negara dan apa yang menyedihkan, kebanyakannya membabitkan wanita Melayu.

Di kawasan hitam sekitar Kuala Lumpur yang sering dikaitkan sebagai lembah maksiat, terutama Chow Kit atau Lorong Changkat di Bukit Bintang pada waktu malam, kelihatan wanita pelbagai bangsa dan peringkat umur dengan ramah menyapa pengunjung yang melalui kawasan berkenaan. Jika sapaan dilayan, bermulalah sesi tawar-menawar.

Cukup menyedihkan apabila melihat ada wanita yang lebih senang membahasakan diri mereka ‘anak ayam’ sudah mencapai peringkat umur yang selayaknya dipanggil mak cik, tetapi kerana desakan hidup, mereka masih menghuni lorong kotor itu.

Jangan sekali-kali memanggil mereka pelacur kerana bagi mereka istilah berkenaan hanya sesuai untuk mereka yang menjual tubuh kerana nafsu. Sebaliknya, kebanyakan mereka terpaksa memperdagangkan diri kerana ingin mencari sesuap nasi bagi beberapa mulut kecil yang setia menanti di rumah.

Ini diakui sendiri Maria Riji, sukarelawan yang sudah lama mengabdikan diri bagi membantu wanita malang yang saban malam menghuni lorong hitam di Kuala Lumpur.

“Tiada siapa yang ingin membantu mereka sedangkan perut anak di rumah perlu diisi. Sewa rumah perlu dilunaskan dan wang sekolah anak perlu disediakan. Tanpa pendidikan tinggi, siapalah yang hendak mengambil mereka bekerja?

“Kerja sebagai pencuci atau tukang sapu pun sekarang memerlukan kelayakan akademik, sekurang-kurangnya lulus Tingkatan Tiga. Kalau bekerja di gerai makan, upah yang diperoleh tidak banyak, mungkin setakat RM200. Itulah sebabnya ramai wanita ini yang terdesak dan mengambil jalan mudah dengan melacurkan diri,” katanya ketika ditemui pada seminar ‘Isu Pelacuran dan Perdagangan Wanita Mengikut Perspektif Islam’, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Seminar sehari anjuran Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi) itu diadakan dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan Pergerakan Puteri Islam.

Sejak terbabit sebagai sukarelawan bagi membantu wanita yang memperdagangkan tubuh itu kira-kira sedekad lalu, Maria mengakui antara cabaran utama yang perlu ditangani ialah memujuk pekerja seks itu kembali ke pangkal jalan.

Bagaimanapun, tanpa kemahiran dan pendidikan, kebanyakan mereka tidak berupaya untuk meneruskan kehidupan normal. Lebih-lebih lagi, stigma masyarakat yang memandang hina pelacur meskipun mereka ingin atau sudah bertaubat.

“Kebanyakan wanita ini sememangnya ingin meninggalkan kerjaya mereka. Tetapi, dengan tahap pendidikan yang rendah dan latar belakang sebagai pelacur, tiada siapa yang hendak mengambil mereka bekerja. Malah, ada yang tidak tahu membaca. Ke mana mereka hendak pergi, nak balik ke pangkuan keluarga tidak terima.

“Jika keluarga tidak tahu sekali pun apa yang dilakukan sebelum ini, mereka juga tidak dapat membantu kerana sudah sedia kala hidup susah. Orang kata, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Masyarakat hanya tahu memandang hina pekerja seks ini, tetapi tidak ramai yang hendak mengambil tahu masalah mereka,” katanya yang jelas kecewa dengan pendirian itu.

Malahan, beliau berkata, ada masyarakat yang meminggirkan wanita seumpama itu dan berterusan memandang hina kepada mereka tanpa cuba untuk meringankan beban wanita terbabit.

Beliau berkata, secara tidak langsung ‘hukuman’ masyarakat itu menyebabkan kebanyakan pekerja seks terbabit kembali menghuni lorong kotor di beberapa kawasan hitam yang cukup terkenal di Kuala Lumpur, sedangkan ramai yang berniat kembali ke pangkal jalan.

Itu cerita wanita yang memperdagangkan tubuh kerana desakan hidup. Tetapi ada juga wanita yang dipaksa melacurkan diri oleh suami sendiri. Mungkin ada yang menganggap kisah berkenaan yang pernah dipaparkan dalam filem ‘Perempuan, Isteri dan... lakonan Sofea Jane dulu sekadar cerita rekaan.

Pensyarah di Jabatan Syariah dan Undang-undang Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Profesor Madya Raihanah Abdullah, berkata pelacuran juga boleh dikaitkan dari segi jenayah, terutama penculikan, dadah, memperdagangkan wanita, samseng, peras ugut dan penipuan.

“Namun, kebanyakannya terjebak dalam kegiatan ini selepas ditipu dan terperangkap.

“Mereka yang ditipu ini akan menjalankan kegiatan pelacurannya tanpa kemahuan. Mereka dipaksa untuk melayan nafsu lelaki dan jika enggan mereka akan menerima hukuman seperti dipukul atau diugut. Lazimnya, mereka akan dijaga sekumpulan orang bagi memastikan mereka tidak melarikan diri,” katanya.

Hakikatnya, pada alaf baru ini itulah senario yang berlaku di sekitar kita. Ramai gadis yang dipaksa menjadi pelacur selepas diculik atau diperdaya. Itulah nasib wanita. Hidup dan maruah mereka dipermainkan bagaikan hamba, pada zaman moden ini. Namun, tidak ramai yang cuba memahami dan paling penting, membantu mereka keluar daripada kehidupan sebegitu.

Bak kata seorang peserta seminar berkenaan yang berulang kali mengatakan banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan untuk mencari sumber pendapatan daripada menjual tubuh.

Memang mudah menghukum mereka, tetapi bagi kumpulan wanita terbabit yang hidup begitu daif dan tidak berpendidikan tinggi, hanya itulah kehidupan mereka. Sesuatu perlu dilakukan bagi mengelakkan wanita terus menjadi hamba seks lelaki.


FAKTA:
Siapa pelacur?

Mana-mana perempuan yang menawarkan tubuh badannya kepada pihak lain bagi memuaskan nafsu dengan bayaran atau mana-mana perempuan yang menawar dan menjual perkhidmatan seksual kepada mana-mana orang.
Siapa pelanggan?
Mana-mana lelaki yang mengadakan perhubungan dan/atau perkhidmatan seksual dengan mana-mana perempuan selain daripada isterinya yang sah dengan membuat pembayaran di atas perhubungan dan/atau perkhidmatan itu.
Sebab jadi pelacur:
Pendekatan sosial dan kajian jenayah bersetuju antara perkara membawa kepada pelacuran ialah:
  • Faktor ekonomi – yang dikaitkan dengan kemiskinan, terdesak dan/atau keinginan untuk hidup mewah;
  • Faktor sosial – keruntuhan moral, dicerai suami, keruntuhan rumah tangga, kezaliman keluarga;
  • Faktor persekitaran – pujukan muncikari (barua), pekerjaan dan kerja paksa serta pengaruh rakan;
  • Pegangan, cara hidup dan kepercayaan – seperti pergaulan bebas, keseronokan, kebebasan dan wang
  • Didikan dan asuhan yang membawa kepada terlupa diri, adat dan terkeluar daripada nilai murni budaya dalam masyarakat.

  • Yahoo! Mail
    Bring photos to life! New PhotoMail makes sharing a breeze.

    Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com


    Yahoo! Mail
    Use Photomail to share photos without annoying attachments.

    --------------------------------------------------------------------------

    All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

    If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




    SPONSORED LINKS
    Divine inspiration Islam


    YAHOO! GROUPS LINKS




    Kirim email ke