Al Quran ini kan mukjizat dan penawar segala penyakit, penawar dalam kedukaan. itukan menyeluruh. of coz setelah kita usaha, ikhtiar, dan tawakal. salah satu dari ikhtiar tu membaca al quran..mungkin ada ayat-ayat yg terkena kepada masalah kita , kita amalkan.  Bukan kita menolak surah2 lain tu, tidak sama sekali.Dan jagnanlah kita pula hanya tertuju kpd surah tertentu tika kita dalam masalah kerana fadhilat.. tak aci lah cam tu.  hari lain kita tak baca pun, itu salah lah. cumanya kita flexible lah sikit, jangan kata semua tak boleh, kekadang kalau yg biasa amalkan bacaan yassin tu biarlah dia terus amalkan, bukan iktikad dia mesti baca...kerana itulah amalan dia.jng kondem lak. Saya percaya mereka pun faham, bila mereka mengamalkan sesuatu ayat tu mereka tentu ahli ibadah dan suka baca al quran.   
 
 
 
 

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Al Quran apa bila dibacakan nada bunyinya mempunyai perkara berikut
 
1)Frequency
2)Resonance
3)Peak Amplitude
4)Energy
 
1)Experimen sains menunjukan apabila ayat quran di baca tiga perkara di atas mempengaruhi gelombang otak manusia atau mahluk lain.
 
2)Apabila ayat Bismilah di bacakan stuktur hablur kristal pada air berubah menjadi bentuk seperti berlian.
 
3)Apabila surah yassin di bacakan  denyutan letrik yang mengerakan jantung menjadi stabil.
 
4) Gelombang tenaga yang di hasilkan dari bacaan alquran boleh membetulkan atau mengubah corak gelombang pada satu objek
 
Itulah Mukjizat  Alquran dimana Allah sendiri yang mengarankannya.
 
 
 


"Caring Mommy"@yahoo.com wrote:
Assalamualaikum,
 
39) SURAH SHAAD (Shaad)

Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian
sejati.

Secara peribadi, saya sendiri kecewa bila mendapat  tahu amalan ini tidak bersumber dari hadis. Contoh:-
 
Surah shad ayat 42 - Allah berfirman, hentamkanlah kakimu, inilah air yang sejuk untuk mandi dan minum. Lucu pula rasanya. Baca ayat ini dan kebahagiaan sejati akan muncul. Macam gosok-gosok pelita ajaib, sekonyong-konyong Jin keluar dan kabulkan permintaan seperti dalam kisah 1001 Malam.
 
Beriman dengan ayat Quran adalah perbuatan hati. Akan tetapi, untuk mencapai sesuatu tujuan, aktiviti fizikal perlu dilakukan. Contoh: Lapar. Kita beriman bahawa arrizqu bi yadilLah. Rezeki itu di tangan Allah. Akan tetapi, kita tidak duduk saja. Kita usaha mencari rezeki (yang halal), dan suap makanan ke mulut supaya rasa lapar itu hilang. Dapat bayangkan 2 aktiviti tersebut iaitu perbuatan hati (beriman) dan perbuatan fizikal. Untuk meraih kebahagiaan juga tidak sekadar membaca ayat dan sekelip mata bahagia menjelma. blink! blink! blink!
 
Biarlah amalan kita berasaskan nas yang soheh sambil kita berlapang dada apabila ia menyentuh masalah khilafiyah (perselisihan pendapat dibenarkan). Jadikanlah budaya beramal ikut-ikutan dan asyik cakap 'ustaz tu yang cakap' menjadi sejarah. Marilah kita belajar ilmu Islam, belajar dalam usrah, sesi tarbiyah, hadiri majlis ilmu agar kita tidak menjadi kebanyakan orang yang mengucap kalimah syahadah setiap hari tetapi ia tidak diterjemahkan dalam perbuatan yang mencakup seluruh urusan. Bergurulah dengan guru betul, bukan baca sendiri apatahlagi hanya mengadap PC dan mencari sumber dari internet sahaja. 
 
Semuga kita masuk dalam golongan orang-orang yang semakin hari semakin dekat dan semakin sayang kepada Allah, kepada Islam yang dibawa Rasulullah sehingga semua perbuatan kita dilakukan hanya demi dan kerana-Nya. Macamana nak timbul sayang itu,  " fas alu ahlazzikri inkuntum laa ta' lamun " - an-Nahl:43
 
Wassalam

 
On 3/8/06, manpinrahman <manpinrahman> wrote:
Tuan/puan, Menyebarkan ilmu, terutama berkaitan langsung dgn ugama, amatlah baik. Tetapi kita semua mesti ingat, kalau kita nak berdakwah, sebarkan ilmu , tengoklah dulu betoi atau tidak. Sahih atau tidak. Sumbernya mai dari mana?  Qur'an? Hadith? Jgn lah semata-mata sebarkan ilmu tanpa kita mengetahui benar atau tidak, kerana perbuatan itu boleh merosakkan ramai orang, walupun  nita kita tersangatlah baik.

Contohnya, di bawah ini: KiutMiut kata, amalan yg disebutkan tu banyak kebaikannya, tapi Moas pulak kata "tidak ada dalil sahih". Habis tu, saya yg jahil ni, mana satu yg nak ikut? Tu pasainya, sangat-sangat penting, tuan/puan yg menghantar maklumat ilmu spt ini, tengok dulu la sahih-tidaknya.

Satu hal lagi: tidak adakah ustaz-ustaz yg boleh beri cahaya kat kita dlm soal-soal spt ini? Depa tak tengok ke benda-benmda macam ni? Patutnya, kalau depa nampak yg tak kena, cepat-cepat la tulis, "yg ni betul", "yg ni tak betul" dsb.

Last sekali: kalau kita bukan ilmuan, kena hati-hati. Takut ada  benda-benda yg musuh ugama kita sengaja bubuh, nampak cantik tapi actually memesongkan. Kita pun dgn niat yg baik, tolong pulak sebarkan kat kawan2. Naya tu...


   

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Semua khasiat di bawah tiada dalil yang sahih dari al-Quran ataupun al-Sunnah.

[EMAIL PROTECTED] wrote:


From: kiut miut
Date: 02/24/06 16:20:58
khasiat Al-Quran.. amalkan



Assalamualaikum wbt

Buat sesiapa yang merasakan ada penyakit mazmumah dalam badan.


(1) BISMILLAH (Dengan nama Allah)

Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya
terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan
jin,
daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian mengejut. Dan
barangsiapa membaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim,
hinalah
dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan
kehebatan kepada pembaca.


(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)

Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh
dan
fardhunya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh
dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barangsiapa
membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezekinya
dilapangkan oleh Allah dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya
rohaninya.


(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)

Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya
terpelihara dari tipu daya dan gangguan syaitan. Dengan membacanya
seorang
yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur
nescaya
akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa
sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli
rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk
lalu membaca sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi
40
darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan
hurufnya,
seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.

Dan tersebut dalam hadith yang lain:
Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka
pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut
bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam
itu, ia dikira mati syahid.

Imam Jaafar S hadiq r.a. mengatakan:
Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000
kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan,
dan
1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.


(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)

Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanar rasulu)
sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara
bahaya.

(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)

Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, nescaya ia
akan
mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan
jin.

(6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan)

Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan
terselamat dari kejahatan para penjahat.


(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)

Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang
mungkin
selama 3 hari berturut -turut, insyaAllah akan terselamat dari was-was
sema
sa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101
dari
surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap
dusta,
nescaya dia tidak akan bercakap dusta lagi.


(8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)

Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari
segala
bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang
kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.


(9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)

Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang
fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala
dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan
terpelihara
dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.


(10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan)

Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di
cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.


(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) ( Pemutus Perhubungan)

Barang siapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan
akan
mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini,
dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya
itu.


(12) SURAH YUNUS (Yunus)

Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, keatas perempuan yang hamil,
nescaya ia akan melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.
Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar
dari
mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.


(13) SURAH AL-HUD (Hud)

Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan kehebatan
serta
ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari
surah
ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia
yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat 112 dari
surah
ini, sebanyak 11 kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan
mencapai
ketetapan hati.

(14) SURAH YUSUF (Yusuf)

Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan
kemuliaan
kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan
terhindar
dari kepahitan dan kesukaran hidup. Barang siapa membaca ayat 68 dari
surah
ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.


(15) SURAH AR-RA'D (Petir)

Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari
petir.
Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya penyakit
jantungnya
akan sembuh.


(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim)

Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya
anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.


(17) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)

Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas
perempuan
yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan
terselamat, dari gugurnya.


(18) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)

Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang
bercakap gagap insyaAllah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca
ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia
akan
dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.


(19) SURAH AL-KAHF (Gua)

Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan.
Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, mescaya dia akan mendapat
rezeki
yang murah.


(20) SURAH MARYAM (Maryam)

Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan
akhirat.


(21) SURAH THAAHAA (Hai Manusia)

Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu
pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca
ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas
sembahyang
subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.


(22) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)

Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat
sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .


(23) SURAH AL-HAJ (Haji)

Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.


(24) SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)

Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang
selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi.
Barang
siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat
daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan
musuh.


(25) SURAH AN-NUUR (Cahaya)

Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang
buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat
sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.


(26) SURAH AL-FURQAN (Pembaca)

Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu
air
itu dipercikkan di dalam rumah,nescaya rumah itu akan terselamat dari
gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.


(27) SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)

Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan
senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang
berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.


(28) SURAH AN-NAML (Semut)

Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal
kepadanya.


(29) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)

Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya mereka tidak
akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga
55
dari surah ini, nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan
budi
pekertinya
akan halus.


(30) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)

Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa
membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.


( 31) SURAH AR-RUM (Rum)

Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang
hendak
menzaliminya.


(32) SURAH LUQMAN (Luqman)

Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala
penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca
ayat
31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.


(33) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)

Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas
kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala
penyakit ruhani dan jasmani.


(34) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)

Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia
akan
mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca
ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan
musuh-musuhnya.


(35) SURAH SABA' (Saba')

Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana,
terutaman ya dari rosaknya tanam-tanaman.


(36) SURAH FAATHIR (Pencipta)

Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati
perniagaannya.


(37) SURAH YAASIIN (Hai Manusia)

Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu mempunyai hati
dan
hati Al-Quran ialah surah Yaasin."
Hadith yang lain mengatakan : "Barang siapa membaca surah Yaasiin kerana
Allah, nescaya akan terampun segala dosanya kecuali dosa syirik.."

Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda :"Hendaklah kamu
membaca
surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut,
nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu."

Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda : "Aku ingin
benar,
agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku."

Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala
hajat
dan cita-citanya.

Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jum aat, lalu berdoa
istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan
diampunkan oleh Tuhan.

Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan,

nescaya
akan maju perniagaannya itu.

Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andai kata ia mati pada
malam itu, mesti ia mati syahid dan barang siapa membacanya sekali pada
awal pagi, andaikata ia mati pada hari itu, mesti ia mati syahid.

Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat,
nescaya
ia akan diselamatkan dari siksa kubur.

Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan
peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan,
serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya.

Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar
didapati
di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk di amal
oleh
anda sekalian.


(38) SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)

Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada
gangguan
jin.


(39) SURAH SHAAD (Shaad)

Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian
sejati.

Wassalam





--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Brings words and photos together (easily) with
PhotoMail - it's free and works with Yahoo! Mail.

SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS

  •  To unsubscribe from this group, send an email to:
      [EMAIL PROTECTED]
     
  •  Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.





      Yahoo! Mail
      Bring photos to life! New PhotoMail makes sharing a breeze.


    • --------------------------------------------------------------------------

      All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

      If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




      SPONSORED LINKS
      Divine inspiration Islam


      YAHOO! GROUPS LINKS

    •  To unsubscribe from this group, send an email to:
        [EMAIL PROTECTED]
       
    •  Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.





      • --
        Wanna feel something new ??? Visit www.mykhilafah.com

        YAHOO! GROUPS LINKS





        Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
        Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com


        Yahoo! Mail
        Use Photomail to share photos without annoying attachments.

        --------------------------------------------------------------------------

        All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

        If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




        SPONSORED LINKS
        Divine inspiration Islam Malay


        YAHOO! GROUPS LINKS




        Kirim email ke