Bacakan qunut nazilah tiap solat kita...
bersendirian apa lagi berjamaah... 

"Abd Mutalib Ibrahim"@yahoo.com
wrote:
Ini adalah harga yang perlu dibayar kerana umat Islam adalah golongan
yang lemah. Pengerusi OIC yang mewakili umat Islam sedunia terpaksa
berpura-pura gembira menyambut kedatangan kafir yang membunuh orang
orang Islam diLubnan dan Palestine. Tidak banyak yang boleh dilakukan
oleh pengerusi OIC itu kerana kebanyakan ahli OIC sendiri adalah barua
golongan kafir itu.

Apa yang dapat dilakukannya?
Selain melaungkan bangkangan "keras" yang tidak ada nilainya sama
sekali. Umat Islam tidak ada senjata nuklear (kecuali Pakistan yang
menjadi barua setia kafir di Asia Selatan), tidak ada mengeluarkan
peralatan senjata untuk tentera (kecuali Turki yang masih terhegeh-hegeh
mahu menyertai kafir EU) dan Malaysia sebuah negara kecil yang mempunyai
12 juta penduduk Islam yang tidak punya sejarah perang yang boleh dibawa
ketengah, tidak punya kemampuan untuk memgeluarkan senjata sendiri, yang
tidak ada kemampuan tentera yang boleh diberi perhatian diperingkat
antarabangsa dan yang hanya segelintir umatnya bersolat jemaah diwaktu
Suboh kecuali bulan Ramadhan.

Umat Islam, bangunlah.
Sertai solat Suboh berjemaah setiap hari.
Moga-moga roh Islam akan meresap kedalam jiwa tiap-tiap orang Islam
seperti mana para Sahabat.
Moga-moga kita mendapat hidayah untuk mencintai Akhirat lebih daripada
dunia.
Moga-moga kita dapat berjihad dengan cara yang lebih berkesan
diperingkat antarabangsa.
Moga-moga Allah menunjukkan jalanNya untuk mendapat keredhaanNya.
Moga-moga kita diterima sebagai HambaNya.
Amin.


>>> syed dahij 27/07/2006 23:28:52 >>>
Pelbagai pihak bantah Abdullah rai ketibaan Condoleeza
Thu | Jul 27, 06 | 05:23:47 PM
Oleh Wan Nordin dan Azamin Amin KUALA LUMPUR,
27 Julai (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi
dikecam kerana kesudiannya membenarkan dalang kepada pembunuhan umat
Islam di Lubnan dan Palestin, Condoleeza Rice menjejakkan kaki di bumi
Malaysia.


"Dalam negara Islam Hadhari ini, Abdullah benarkan orang yang
mengizinkan pembunuhan umat Islam di Lubnan dan Palestin datang, malah
diraikan lagi dengan majlis makan malam (Gala Dinner).Ini satu perbuatan
yang biadap," kata Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli dalam ucapannya
di perhimpunan aman membantah kehadiran Condoleeza Rice dalam Mesyuarat
Menteri Luar Asean di Pusat Konvensyen KLCC dekat sini hari ini.


Kira-kira 150 penyokong keadilan dan aktivis hak asasi serta pemimpin
parti politik turut serta dalam perhimpunan aman yang mendapat permit
polis itu.


Perhimpunan aman itu dimulakan di hadapan Bangunan Suria KLCC tatkala
masyarakat dan golongan pekerja di ibu kota Kuala Lumpur bersesak untuk
pulang ke pejabat selepas waktu makan.


Biarpun lapar dan dahaga 150 aktivis marhaen ini tetap berarak dari
depan bangunan Suria menghala ke Pusat Konvensyen melalui kawasan taman
yang penuh dengan pasangan bermadu asmara.


Segan dan malu bukan faktor penghalang kepada 150 aktivis yang diketuai
Dr Hatta ini untuk menelusuri jalan-jalan yang penuh dengan pegawai
cawangan khas (SB) serta pasukan berkuda FRU.


"Hancur Amerika", "Hancur Rice"
Sambil melaungkan 'Hancur Amerika', 'Condoleeza Rice out', 'Hancur
Israel' dan 'Hentikan peperangan', gerombolan yang bersepanduk tetap
mara ke hadapan pusat konvensyen yang dipagari dengan manusia berpakaian
seragam beserta kuda-kuda yang tidak mengerti apa yang dilakukan.


Kumpulan wartawan dari media tempatan dan asing bergegas keluar dari
bangunan pusat konvensyen untuk membuat liputan, ketika SB dan 'wartawan
palsu' bingkas menulis setiap apa yang diperkata pemimpin perhimpunan.


Nama Abdullah dan Rice setanding, dikecam dan dimaki kerana
kedua-duanya didakwa bersalah, yang satu kerana membenarkan dalang
pembunuh menjejakkan kaki ke Malaysia, dan satu lagi terus-menerus mahu
darah rakyat Palestin serta Israel menyimbah bumi.


Syed Hamid tidak layan memorandum
Perhimpunan itu berlangsung secara aman, namun penyerahan memorandum
yang mahu dibuat oleh kumpulan perhimpunan tidak mendapat restu Menteri
Luar Malaysia, Dato' Seri Syed Hamid Albar yang berkeras tidak mahu
bertemu atau menerima memorandum.


Sebagai simboliknya, polis membenarkan tiga wakil kumpulan aktivis
antaranya Dr Hatta, Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir
Hashim dan Koordinator Suaram, S.Arutchelvan untuk meletak memorandum
itu di anak tangga bawah pintu masuk pusat konvensyen.


"Ada sesiapa wakil kementerian luar di sana, kalau tidak kami letak
sahaja memorandum ini di sini sebagai tanda bantahan kami yang tidak
dilayan pemimpin Islam Hadhari.Ini memalukan," katanya lagi.


Terdahulu sebelum itu Dr Hatta dalam ucapan awalnya menyifatkan
sambutan terhadap Condoleeza itu satu perbuatan menghina umat Islam.


OIC dan 'Gala dinnner' untuk Condoleeza
"Pada malam ini mereka (pemimpin negara) dijangka akan meraikan
Condoleeza dalam satu majlis makan malam.Sudah mereka bersuka ria dan
bergurau mesra tatkala nyawa umat Islam terus dimamah senjata rejim
Zionis," katanya.


Dr Hatta menegaskan, sesuatu yang memalukan bagi Malaysia selaku
Pengerusi OIC membenarkan kehadiran 'manusia angkuh' yang juga sekutu
Israel itu.


Lebih mengecewakan sambutan terhormat yang dibuat ke atas Condoleeza
itu tatkala pemimpin sekutu Yahudi itu dalam satu kenyataannya di Rome
semalam tidak berminat untuk menghentikan serangan terhadap Lubnan,
katanya.


Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti
Mariah Mahmood melahirkan rasa kecewa dengan sikap Condoleeza yang juga
seorang ibu yang tidak berperikemanusiaan membenarkan kanak-kanak,
wanita dan orang tua di Palestin serta Lubnan dibunuh secara kejam oleh
tentera Israel.


Sikap pemimpin Islam Hadhari hipokrit
Dalam pada itu kehadiran 3000 tentera Amerika Syarikat di Malaysia
turut mendapat kecaman dari aktivis keadilan.


Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KeADILan (AMK), Badrul Hisham
Shaharim menyelar sikap 'hipokrit' pemimpin Malaysia yang membenarkan
kehadiran tentera Amerika di Malaysia tatkala perjanjian perdagangan
bebas (FTA) dengan negara terkutuk itu diteruskan.


"Inilah sikap pemimpin Islam Hadhari yang bercakap soal membela Islam
di negara ini, tetapi semuanya bercakap sahaja tetapi tindakannya
tiada," katanya.


Pengarah Penyelidikan PAS Pusat, Dr Zulkifli Ahmad pula menyelar sikap
'kurang ajar' Malaysia membenarkan pencabul kepada hak asasi manusia
memberi pandangan dalam mesyuarat negara Asean. Malah penonjolan
Condoleeza di mesyuarat Asean dalam keadaan umat Islam di Lubnan dan
Palestin memberi isyarat bahawa Asean sekali lagi terpaksa menerima idea
'bodoh' pemimpin Barat itu untuk dihadam dan dipraktikkan.


"Jangan izinkan apa sahaja yang Condoleeza kata dalam ucapannya di
persidangan ini untuk dipraktikkan di negara ini," katanya lagi.


Lagi demonstrasi akan diadakan
Sebelum perhimpunan bersurai, rakyat diingatkan supaya beramai-ramai
turun ke Masjid Kampung Baru esok (28 Julai 2006) selepas solat Jumaat
untuk menyertai perhimpunan dan perarakan ke kedutaan Amerika anjuran
PAS.


Perarakan yang dijangka mendapat sambutan 100,000 rakyat dengan setakat
ini dikhabarkan 15 buah bas akan datang dari Kelantan, 12 dari
Terengganu dan lima dari Kedah itu akan dikepalai Presiden PAS, Tuan
Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang.


Manakala pada hari Sabtu (29 Julai) jam 3.00 petang, satu lagi
perhimpunan aman di KLCC berhubung isu kenaikan harga minyak akan
diadakan. - mks.

*************************
Surat/Emel Pembaca
Sekiranya terdapat sebarang komen, aduan, cadangan, pendapat, rencana
atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED] Sertakan
bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon
(maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang
diterima dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau
bersesuaian.


---------------------------------
The all-new Yahoo! Mail goes wherever you go - free your email address
from your Internet provider.

DISCLAIMER:

This e-mail (including any attachments) may contain confidential information. If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review, distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited. If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and other information in this e-mail that do not relate to the official business of Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is excluded to the fullest extent permitted by law.




--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/






See the all-new, redesigned Yahoo.com. Check it out. __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com





YAHOO! GROUPS LINKS




__,_._,___

Kirim email ke