Saya juga, tapi bukan kerana tak sayangkan negara malaysia ini.
Malah saya sangat sayang...tetapi kerana sedih melihat
kehancuran masyarakat Islamnya sedikit demi sedikit...
dan pemimpinnya langsung tidak menunjukkan sikap gusar
dan cemas, so aaapaaalahh ada paadaa bendera??
 
.[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
SAYA PUN!...............


--- [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED] wrote:

> saya setuju dengan anda
>
>
>
> [EMAIL PROTECTED] wrote:
>
> 1. Tiada jaminan harga petrol dikekalkan
> harganya pada tahun hadapan. Sedangkan pada zaman
> Mahathir dulu, sekalipun Perang Teluk telah berlaku
> tetapi Kerajaan Persekutuan masih mampu menahan
> kenaikan harga minyak secara mendadak. Baru 3 tahun
> memerintah dah menyusahkan rakyat. Hilang mood saya
> nak kibar bendera.
>
> 2. Umno kutuk keganasan Israel di Lubnan dan
> Palestin sebab mereka menzalimi orang Islam di sana.
> Tapi Umno pun tumpang sekaki ke atas kezaliman ke
> atas pejuang reformasi yang majoritinya seagama
> sebangsa, mana lagi ZALIM? Dengan mengarahkan Polis
> untuk membelasah dan mendera mereka yang cintakan
> demokrasi - Umno bergelak ketawa melihat
> penentang-penentangnya terseksa. Disebabkan
> rakan-rakan seperjuangan saya dibelasah sampai
> berdarah dalam Bloody Sunday, maka sebagai tanda
> protes saya tak nak kibar bendera.
>
> 3. Umno dayus tidak pernah berusaha mewujudkan
> pilihan raya yang adil dan saksama. Demokrasi konon,
> setakat kuasai Media Prima lepas tu hentam
> pembangkang habis-habisan tanpa memberi peluang
> untuk kami membela diri, demokrasikah itu? Umno
> Democrazy! Umno - BN memerintah kuku besi laksana
> komunis!
>
> 4. Pak Lah tipu rakyat. Pak Lah kata nak buat
> Islam Hadhari sebagai satu pendekatan mudah memahami
> Islam, tapi sejak Pak Lah jadi Perdana Menteri makin
> bercambah-cambah program realiti tv yang majoritinya
> merosakkan moral rakyat. Untuk pengetahuan Pak Lah,
> remaja sekolah sekarang lebih bermotivasi untuk
> masuk Akademi Fantasia (Insya Allah akan naik taraf
> jadi Kolej Universiti Fantasia) berbanding mendaftar
> untuk program pengajian di IPT. Ini kerana graduan
> AF lebih disanjung dari graduan ijazah sarjana muda
> IPTA walaupun kursus AF tak sampai 6 bulan pun
> tempohnya.
>
> 5. Pak Lah kata Islam Hadhari mampu memajukan
> Malaysia. Sedangkan kini inflasi makin naik, rakyat
> makin terdesak kerana kereta kancil, rumah dan
> motosikal yang mereka miliki dibeli secara hutang.
> Rakyat Malaysia adalah antara rakyat yang paling
> banyak berhutang berbanding negara lain. Hakikatnya
> rakyat pokai takde duit.
>
> 6. Pak Lah dah berzaman jadi Menteri
> Keselamatan Dalam Negeri, mengapa Pak Lah mahu
> menyeksa tahanan ISA tanpa dibicarakan. Saya yakin
> Pak Lah seorang yang amat sayang pada rakyat,
> justeru itu besarlah harapan agar mereka dibicara di
> mahkamah atau dibebaskan tanpa sebarang syarat.
>
> 7. Saya tidak nampak beza Islam Hadhari dengan
> Pemerintahan Mahadewa Mahathir. Sama saja, disko
> banyak pub banyak kedai jual arak pun banyak. Pak
> Lah cong saya ker?
>
> 8. Umno kata nak bina universiti di Kelantan
> dan Terengganu, apa ni isu kebajikan rakyat pun nak
> politik ker? Umno tak sedar diri tu duit kitorang
> yang punya. Perasan dewa la Umno ni!
>
> 9. Adapun buat apa nak buat universiti tapi
> kerja takde, 30 000 kekosongan konon! Universiti
> yang sedia ada ni pun dah lebih dari cukup. Apa
> cerita kerja kosong 30 000 tu? Takkan nak tipu kami
> lagi kot?
>
> 10. Zaman Pak Lah, saya masih tertunggu-tunggu
> program J-Qaf yang kononnya mahu memartabatkan
> tulisan jawi. Sejauh mana berkesannya program ini
> dalam memastikan remaja tidak buta Al-Quran? Atau
> sekadar retorik sahaja? Selagi tiada penekanan
> serius dalam usaha memartabatkan bahasa melayu /
> tulisan jawi, saya taknak kibar bendera.
>
> 11. Pak Lah kata Islam Hadhari bukan agama baru,
> tapi pendekatan baru Islam. Mengapa Pak Lah simpan
> menteri kabinet yang berstatus tokey judi, pengampu,
> perosak ekonomi, tukang korup dan pelbagai lagi
> jenis malaun-malaun yang sewajarnya dijadikan beruk
> peliharaan En. Khairy Jamaluddin sahaja. Sebab tu la
> saya merajuk tak nak kibar bendera Malaysia tahun
> ni.
>
> 12. Pak Lah kata Pak Lah orang Penang, tapi kenapa
> di Penang berlaku ketidak seimbangan ekonomi antara
> kaum. Saya nampak Penang dah macam Singapura Kedua.
> Mungkinkah 10 tahun lagi kita terpaksa memerdekakan
> Penang sebagai sebuah republik?
>
> 13. Zaman Pak Lah, saya makin keliru dengan Islam.
> Saya tahu Pak Lah seorang yang alim dan tahu memetik
> ayat-ayat Quran dengan lancar, habis tu bolehkah Pak
> Lah cari dalam ayat Quran yang mengatakan ada judi
> halal, arak halal, rumah urut halal, disko halal dan
> macam-macam lagi benda yang haram tapi dihalalkan
> kerana berlesen. Sebab tu la zaman Pak Lah ada
> istilah pusat judi haram, pusat hiburan haram dan
> pusat pemprosesan arak haram (kerana tiada lesen).
>
> 14. Pak Lah kata anak Pak Lah tak meniaga dalam
> negara, habis tu kenapa Scomi dapat tender
> pembekalan koc monorel walau apa pun yang terjadi
> (contoh kalau MRCB tak dapat tender)? Sampai hati
> Pak Lah cong saya, mentang-mentanglah saya tak kaya,
> tak hensem macam Khairy dan tak elit macam menteri
> kabinet, sampai hati Pak Lah kotak-katikkan saya,
> kelirukan saya. Saya sedih Pak Lah, sedih! Bagi
> menonjolkan rasa frust di hati, maka saya taknak
> kibar bendera sempena merdeka ini.
>
> 15. Pak Lah dah diberi mandat besar dalam pilihan
> raya lalu, macam-macam janji Pak Lah, Umno - BN
> tabur pada rakyat. Tapi saya tengok rakyat makin
> takde duit sampai sanggup pecah mesin ATM.
>
> 16. Di bawah pimpinan Pak Lah, saya amat berharap
> Pak Lah mansuhkan AUKU. Alhamdulillah Pak Lah dah
> mansuhkan AUKU. Yang sedihnya AUKU dimansuh /
> dikecualikan kepada mahasiswa pro aspirasi saja.
> Mereka yang bukan pro-aspirasi diminta diam. Dewa
> betul Umno ni.
>
> 17. Saya tak nampak pun orang kurang upaya diberi
> kenaikan elaun yang tinggi disebabkan harga minyak
> naik. Mereka masih merempat seperti biasa. Sudahlah
> dipandang sepi masyarakat, diabaikan pula oleh
> kerajaan. Dari membazirkan wang rakyat buat
> universiti banyak-banyak baik buat Kolej Universiti
> khas untuk orang kurang upaya. Pak Lah kalau nak
> bukti boleh tonton Bersamamu.
>
> 18. Zaman Pak Lah, rasuah sama saja susah
> dibendung. Maklumlah Umno parti materialistik. Saya
> percaya kalau dijalankan Dasar Ekonomi Baru dengan
> telus, semua rakyat di Malaysia akan hidup aman. Apa
> yang jadi, hanya mereka yang ada kabel dengan Umno
> saja diberi peruntukan. Tak adil. Kata parti melayu
> berjuang untuk melayu tapi negeri malay belt -
> Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah masih kekal
> miskin. Terbaru MPK nak kena lelong. Apa ni? Dasar
> Keris Khianat!!!
>
> 19. Zaman Pak Lah Petronas makin kaya tapi rakyat
> makin miskin. Semua benda naik, gaji jer susah naik.
> Cukuplah dengan omongan kosongmu itu wahai Pak Lah.
> Sebab harga barang mahal ibu bapa terpaksa bekerja
> lebih masa, anak-anak tidak sempat diberi perhatian
> lalu lahirlah gejala sosial. Apa yang disemai itulah
> yang dituai. Saya kecewa Pak Lah! Dengarlah lontaran
> rasa hati di sudut sanubari saya ini!
>
> 20. Saya sudah merajuk apabila kerajaan Pak Lah
> hanya indah di mata, di hati tidak. Saya hanya
> patriotik pada kerajaan yang adil dan berkhidmat
> untuk rakyat. Walaupun saya setia pada Yang
> Dipertuan Agong dan Kerajaan Persekutuan Malaysia,
> tetapi tindakan AAB Inc. menyebabkan saya rasa
> seperti kesetiaan saya selama ini dipandang enteng
> dan dibalas pula dengan khidmat sambil lewa anda
> selaku ahli Parlimen dan wakil kepada semua rakyat
> selaku pembayar cukai.
>
> Saya bersedia untuk menimbang semula hasrat tidak
> mengibarkan bendera Jalur Gemilang jika Pak Lah
> kurangkan balik harga minyak, tingkatkan peruntukan
> untuk rakyat termiskin dan pastikan peruntukan itu
> tidak disalurkan pada kroni Umno macam seorang
> gedebe PPRT itu. Saya juga akan berjanji untuk
> mengibarkan bendera hanya apabila tahanan ISA
> dibebaskan / dibicarakan di Mahkamah yang adil dan
> hak istimewa rakyat untuk bebas berhimpun dan
> memberi pendapat dibenarkan semula.
>
> Sekiranya Pak Lah bersetuju menimbangkan permintaan
> saya / kami maka Insya Allah kami akan berasa bangga
> mengibarkan jalur gemilang sempena bulan kemerdekaan
> nanti. Akhirul kalam, jika Pak Lah hanya memikir
> Umno-BN sahaja sebagai golongan yang layak diberikan
> prioriti, maka bolehlah Pak Lah memberi opsyen
> kepada anggota KeADILan, PAS, DAP dan pembangkang
> lain supaya diberi pengecualian cukai (tax
> exemption).
>
> Pak Lah perlu sedar bahawa saya tidak pula
> mengusulkan Pak Lah untuk meletakkan jawatan. Saya
> ingin Pak Lah bertanggungjawab hinggalah pilihan
> raya akan datang. Selepas itu, terpulanglah kepada
> rakyat sama ada memilih untuk memecat semua menteri
> kabinet Keris Khianat United dan kapten bolasepaknya
> Dato'
=== message truncated ===


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com





--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/






Do you Yahoo!?
Everyone is raving about the all-new Yahoo! Mail. __._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

Kirim email ke