itulah bezanya kita dengan org kafir tu...
kebersihan faktor utama juga, bukan setakat
halal haram je.  Tapi Iklan roti High 5 tu masih lagi
ditayangkan di tv.  Kenapa ya? nak untung lah agaknya.

----- Original Message ----
From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, September 28, 2006 3:28:20 PM
Subject: Boycott Israel [hidayahnet] Kisah Sebenar Kenapa Roti High 5 Jijik, Kotor dll

Jawapan Rasmi Dari Meja Admin PPIM (Persatuan Pengguna
Islam Malaysia) Mengenai Isu Roti High5
http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?extend.235
Antara isu-isu besar yang telah dibongkar oleh PPIM
adalah isu sosej haram, isu ayam campur babi, isu
murtad, isu  salib, isu ikan diberi makan  babi, isu
kuih bulan dan babi salai, isu tanda halal, isu vaksin
haram, isu penjualan Pantai Hospital kepada Singapura,
isu tarik kereta, isu gula, isu penindasan Islam di
Selantan Thailand, isu penipuan kerajaan Amerika
berkenaan tragedi 9/11 dan menyalahkan umat Islam dan
banyak lagi isu-isu penting yang tidak dapat
disenaraikan. Semua isu-isu ini ditangani dengan baik
dan telah membuahkan hasil yang positif kepada para
pengguna sebagaimana yang kita lihat selama ini.

Tetapi agak pelik apabila isu roti High5 diserbu
kerana kekotoran yang telah disahkan “amat kotor” oleh
Kementerian Kesihatan dan JAKIM menghadapi bermacam
bantahan, fitnah, cemuhan serta tomahan daripada
“berbagai” pihak. Ada yang menyalahkan PPIM kerana
membuat inisiatif menyerbu sebuah kilang yang kotor
dan menyediakan roti yang kotor kepada para pengguna.
Nampaknya mereka ini seolah-olah setuju dan gemar
memakan roti yang dikeluarkan oleh kilang yang amat
kotor lagi menjijikan itu.
    
PPIM juga dikatakan menyebarkan fitnah mengenai minyak
‘haram’ yang digunakan sebagai ramuan dalam roti
sedangkan PPIM telahpun membuat laporan Polis
menafikan dakwaan tersebut dan menunggu laporan dari
JAKIM. Ini merupakan satu fenomena yang amat pelik
sepanjang perjuangan PPIM sejak 8 tahun lalu kerana
ramai “pengguna” pula didapati  ingin “mempertahankan”
kilang yang kotor!

PPIM juga difitnah dan ditohmah menerima habuan serta
merancang bersama Gardenia untuk menjatuhkan
perniagaan Silverbird. Ia bermula dengan penafian
pihak Silverbird  bahawa kilang ditutup kerana “only a
few broken tiles” (Sila rujuk gambar kilang tersebut
yang sebenarnya tidak menggunakan tiles langsung dalam
kilangnya).

Malah berita terkini yang diterima mengatakan seorang
Menteri Kabinet memaklumkan bahawa isu High5 adalah
isu “business rival” yang mana menidakkan  isu
sebenar, iaitu soal  kekotoran, jijik, meloyakan dan
tiada standard seolah tenggelam begitu sahaja! Malah
tindakan undang-undang seperti yang sepatutnya dibuat,
tidak pula diambil.

Amatlah menyedihkan jika setiap kali PPIM mengambil
tindakan maka ramai pula ”pengguna” di luar sana
datang kehadapan untuk mempertahankan para pengusaha
yang dikira tidak beretika. Bayangkan setiap kali
berita serbuan atau pendedahan berlaku tentang isu-isu
diatas maka ramailah  “pengguna” bermati-matian
mempertahankan isu sosej, vaksin, salahguna tanda
halal dan lain-lain isu di atas.

Cuba Bayangkan kesan yang akan timbul jika para
pengguna mempertahankan Coca Cola, Colgate, Starbucks
dan lain-lain produk yang dibuktikan mendatangkan
mudarat kepada kita dan kepada keamanan dunia dibela
sebagaimana terbelanya roti High5.


Untuk makluman semua, PPIM memang ada menjalankan
aktiviti kemasyarakatan dengan syarikat-syarikat yang
dikatagorikan sebagai MFO (Muslim Friendly
Organisation) atau syarikat-syarikat yang beretika
yang ingin memperbaiki perkhidmatan mereka dan
bekerjasama dengan PPIM demi kepentingan hak pengguna.

Dalam konteks ini, kira-kira 5 tahun dahulu setelah
PPIM menerima aduan sms dan email mengenai Gardenia
tidak halal dan dicampur minyak babi, memang PPIM
memeriksa ada kilang Gardenia (dan banyak kilang lain
sepanjang  8 tahun lalu) yang mana setelah diperiksa
dan dirujuk kepada beberapa pakar perunding agama,
mereka berpuas hati dan tidak ada sebab untuk
mengaitkan pelabur yang membeli saham di pasaran
terbuka dengan isu ternakan babi kerana adalah "tidak
adil untuk menyalahkan dan menghukum  seorang anak
yang  di atas dosa ayah".  

Lagipun setelah diberikan nasihat, mereka menerima
secara terbuka dan memperbetulkan apa yang diminta.
Mereka juga telah manaja program-program keagamaan
seperti Al-Hidayah dan Mencari Keberkatan yang banyak
membawa manfaat kepada jutaan umat Islam. Isu terhenti
di situ tanpa sebarang bantahan dan juga tomahan yang
tidak matang daripada mana-mana pihak seperti apa yang
berlaku pada isu roti High 5.

Kalau High5 sendiri bersedia untuk menerima  dan
mengakui kesalahan sebagaimana yang dicatat oleh
Kementerian Kesihatan maka sudah tentu PPIM bersedia
memberi nasihat yang diminta. Malangnya tiada sebarang
permohonan maaf atau “remorse” atau kesediaan menerima
kelemahan dan memperbaikinya. Yang ada hanya percubaan
untuk menafikan semua kesalahan, seolah-olah para
pengguna di negara ini dungu dan hadap segala yang
dihidangkan.

Kami juga rasa hairan di hari kejadian tersebut, Dato’
Jackson Tan CEO Silverbird bercakap dengan pengarah
kami di mana dalam laporannya  mencatatkan bahawa ayat
pertama yang dikeluarkan oleh Dato’ Jackson adalah
“ini dilakukan oleh Gardenia”. Adakah kilang yang
kotor dilakukan oleh Gardenia? Apa kena mengena kilang
kotor dengan Gardenia? Kalau kilang tidak kotor,
Perdana Menteri pun tak boleh buat apa! “Gagak lalu,
ranting patah?” Isu selepas itu adalah “dilakukan oleh
musuh perniagaan, beberapa jubin pecah, …”    

Adalah tidak professional dan tidak beretika
menyalahkan orang lain di atas kesalahan kita sendiri
yang telahpun dilakukan bertahun-tahun. Saya yakin
kalaulah ditaja oleh Gardenia, maka maklumat ini sudah
tentu diperolehi PPIM 4 tahun dahulu dan serbuan
telahpun lama dilakukan.  Serbuan tersebut bukannya
dilakukan oleh PPIM sahaja tetapi pelbagai agensi
kerajaan turut terlibat dan menyaksikan sendiri betapa
teruknya keadaan. Moralnya, jangan menyalahkan orang
lain di atas kelemahan dan kejahatan sendiri kecuali
kejahatan sudah memang ada dalam diri. Memanglah,
pencuri mana pun akan menyalahkan orang yang
menangkapnya apabila tertangkap. Biasalah tu....
salahkan orang lain atas salah sendiri..

Kini kita mula teringat mengenai kejadian yang berlaku
pada Gardenia… adakah dilakukan oleh High5!!!? Isu
minyak babi digunakan oleh Roti High 5 juga bukannya
dimulakan oleh PPIM. Mungkin mereka dengan sengaja
menaikkan isu ini dan apabila berjaya dibuktikan
sebaliknya, maka isu kilang kotor jijik dan meloyakan
tertutup dengan sendirinya.

Diperspektif yang lain, adakah bermakna apabila PPIM
bekerjasama dengan mana-mana organisasi kerajaan
ataupun swasta, PPIM tidak boleh memantau syarikat
lain yang menjalankan aktiviti yang serupa dengannya.

Senarai produk dan organisasi yang mendapat nasihat
dari PPIM adalah banyak sekali. Senarai  penipuan
produk yang telah dibongkar oleh PPIM pun banyak juga.
Adakah ini bermakna PPIM tidak boleh  memantau
lain-lain produk sebagaimana yang sedang berlaku di
antara Gardenia dan High5? Adakah ini bermakna PPIM
harus tutup mata rapat-rapat apabila diadukan
kekotoran kilang High5 semata-mata kerana PPIM
memantau Gardenia.

Sama-sama kita renung perkara ini dengan bijaksana.…

”BERSAMA KEMBALIKAN HAK DAN MARUAH DENGAN BIJAKSANA”

-TO’KI-


    
  
  Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
  Syarak Mengata , Adat Menurut
  
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
  




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com





--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/

iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim  
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED]
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/


__._,_.___

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/

iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/ 




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

Kirim email ke