HUKUM MEROKOK 
    
---------------------------------
  
  Rokok merupakan masalah baru yang tidak dibincangkan oleh para ulamak klasik. 
Tembakau atau rokok mula dikenal pada kurun ke 9 atau ke 10 hijrah. Ketika 
itulah baru bermunculan pendapat-pendapat dari kalangan para ulamak mengenai 
hukumnya. Pelbagai risalah/kitab yang ditulis mengenainya. 
  Secara ringkasnya, terdapat 4 pendapat tentang hukum merokok, iaitu: 
  1. Haram 
2. Makruh 
3. Harus 
4. Memperincikan hukum 
  
  Berikut ini adalah perinciannya: 
1. Haram 
Para ulamak dari golongan pertama mengatakannya sebagai haram secara mutlak. 
Mereka mengharamkannya atas sebab-sebab berikut: 
  1. Asap dan bau rokok adalah keji. Firman Allah Taala: 
(Al-A’raf:157) 
  2. Rokok mengakibatkan kematian sebahagian penghisapnya. Firman Allah Taala: 
(Al-Nisaa’:29) 
  3. Membelanjakan wang untuk rokok merupakan suatu pembaziran. Kerana rokok 
tidak membawa sebarang faedah. Firman Allah Taala: 
(Al-Isra’:26) 
  4. Rokok mengandungi kemudaratan yang diakui oleh para doktor. Sabda 
Rasulullah s.a.w.: 
“Tidak boleh memberi mudarat dan tidak memudaratkan.” (HR Malik, Daruquthni & 
Jamaah) 
  5. Asap dan bau rokok adalah kotor/tidak bersih. Sabda Rasulullah s.a.w.: 
‘Allah itu bersih dan Dia cintakan kebersihan” (HR al-Bazzar) 
  6. Merokok dapat menyakiti orang yang bersebelahan atau berhampiran 
dengannya. Sabda Rasulullah s.a.w.: 
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan dan akhirat, janganlah menyakiti 
jirannya.” (HR Bukhari & Muslim) 
  2. Makruh 
Para ulamak yang berpendapat bahawa rokok itu makruh adalah dengan beberapa 
alasan, antaranya ialah: 
1. Merokok memudaratkan kesihatan, lebih-lebih lagi jika ia dihisap dengan 
banyak. Manakala yang menghisap sedikit, jika dihimpun-himpun akan menjadi 
banyak juga. 
2. Mengurangkan harta, sekalipun tidak sampai ke peringkat membazir. Padahal, 
jika duit itu digunakan untuk perkara-perkara yang bermafaat adalah lebih baik 
lagi. 
3. Bau dan asap rokok yang tidak enak boleh menganggu dan menyakiti orang lain. 
Sama seperti orang yang memakan bawang mentah, petai, jering dsbnya. 
4. Masyarakat memandang rendah orang yang menghisap rokok. 
5. Melalaikan seseorang dari mengerjakan ibadah secara sempurna. 
6. Orang yang ketagihan rokok, fikirannya menjadi tidak keruan apabila tidak 
dapat merokok dalam jangka waktu tertentu. 
  Syeikh Abu Sahal Muhamad bin al-Wai’z al-Hanafi mengatakan bahawa kemakruhan 
merokok disabitkan dengan dalil yang pasti (qath’I), sedangakan keharamannya 
disabitkan dengan dalil yang zhanni (tidak pasti). 
  3. Harus 
Bagi golongan ulamak yang membolehkan atas dasar asal setiap makanan dan 
minuman itu adalah halal. Hukum ini akan kekal sebagai halal sehingga ada dalil 
yang mengharamkannya. Atau ia berada di bawah satu dalil atau kaedah umum yang 
membawa kepada hukum haram. Atau diqiyaskan kepada sesuatu yang haram, yang 
illahnya bersekutu pada keduanya. Ketika itu barulah haram hukumnya. Mengenai 
rokok, tidak ada dalil yang mengharamkannya. Oleh itu ia kekal hukumnya sebagai 
harus. 
  Tentu susah nak fahamkan? Yang senang difahami cuma di akhir itu – Rokok 
harus hukumnya. 
  Begini… Asal bagi semua makanan adalah halal. Beri contoh apa sahaja makanan 
dan minuman, semuanya adalah halal. Roti, ayam, lembu, ikan, babi, anjing, 
tikus, tupai, cicak, air sirap, air sarsi, air paip, air mineral dsbnya. 
Semuanya itu pada asalnya adalah halal. Sedikitpun tidak haram. TETAPI…Ia akan 
bertukar menjadi haram seandainya: 
  a. Ada dalil yang mengharamkannya. Seperti daging babi, asalnya adalah halal, 
tetapi sebab ada ayat al-Quran yang mengharamkannya, maka ia bertukar menjadi 
haram. Jadi, babi itu haram dimakan bukan sebab dirinya itu haram, tetapi sebab 
al-Quran mengharamkannya. 
  b. Di bawah satu dalil atau kaedah umum yang membawa kepada hukum haram. 
Seperti, ada ayat al-Quran yang secara umum melarang membunuh jiwa. Jadi, kalau 
kita memakan racun yang boleh membawa maut, maka haram hukumnya. Asal racun itu 
adalah halal, tetapi oleh kerana ayat suatu ayat umum yang melarang membunuh 
jiwa, maka racun itu bertukar menjadi haram dimakan. 
  c. Diqiyaskan dengan kepada sesuatu yang haram, yang illahnya bersekutu pada 
keduanya. Contohnya, dadah. Mana ada di dalam al-Quran yang menyatakan secara 
jelas tentang haramnya dadah. Tetapi, ia diqiyaskan dengan khamar yang secara 
jelas diharamkan oleh al-Quran. Khamar diharamkan kerana memabukkan. Kerana 
memabukkan itulah yang disebutkan sebagai illah (penyebab hukum berlaku). Jadi, 
dapat ditarik kesimpulan bahawa setiap perkara yang ada illah itu adalah haram 
hukumnya. Dadah, ada atau tidak illah tersebut (memabukkan)? Sudah tentu ada! 
Maka dadah juga dihukumkan haram seperti arak. 
  Jelas bukan? 
  Ulamak dari golongan ini tidak melihat satu dalil pasti/qathi’I yang 
mengharamkan rokok. Mereka menolak hujah pendapat ulamak yang mengharamkan 
rokok dengan katanya: 
  Dalil yang digunakan untuk mengharamkan rokok dilalahnya (petunjuk hukum) 
bersifat zhanni (tidak pasti). Perkataan keji di dalam ayat yang diberi – 
adalah tidak tepat jika memasukkan asap rokok ke dalam sebahagian dari maksud 
`keji’ yang dikehendakki oleh al-Quran. Begitu juga dengan membunuh jiwa. Ia 
tidaklah secara yakin berlaku kepada semua perokok dan dalam semua keadaan. 
Mengenai kemudaratan merokok pula, tidaklah semua yang memudaratkan itu haram 
hukumnya. Ada mudarat yang tidak haram. Kemudaratan adalah sesuatu yang besifat 
nisbi – ada yang haram dan ada yang makruh. Tentang hujah mengatakan ia 
menyakitkan/mengganggu, sama seperti memudaratkan. Tidak semuanya haram, ada 
juga menyakitkan itu hanya makruh sahaja. Samalah halnya dengan hujah lain yang 
diketengahkan, iaitu: kebersihan dan pembaziran. Tidak semuanya haram, kerana 
di sana ada yang makruh sahaja hukumnya. 
  Begitulah mereka yang berpendapat bahawa rokok itu harus. 
  4. Memperincikan hukum 
Ulamak dari golongan ini pula memperincikan hukum merokok. Bagaimana? Mereka 
mengatakan, ya, perlu dilihat dahulu keadaannya bagaimana. Jika seseorang itu 
merokok hingga menjejaskan kesihatannya (menurut doktor yang dapat dipercayai), 
sudah tentu haram hukumnya. Begitu juga jika perokok itu membelanjakan wangnya 
untuk membeli rokok sehingga menjejaskan kewajipan nafkah terhadap keluarganya, 
maka haram hukumnya ketika itu. 
  Dalam keadaan lain, merokok hukumnya makruh jika ia tidak menjejaskan 
kesihatan dan harta. Kerana ia merokok merupakan tempat yang diduga akan 
memudaratkan kesihatan dan menjejaskan kewangannya. Juga kerana baunya yang 
tidak enak yang mengganggu orang lain. 
  Begitulah gayanya pendapat dari golongan ini. 
  ----------------------- 
Tarjih 
  1. Dr. Yusof al-Qardhawi lebih cenderung kepada hukum haram merokok.. 
2. Para ulamak Hijaz juga cenderung kepada hukum haram merokok. 
3. Syeikh Mahmud Syaltut cenderung kepada hukum haram merokok. 
4. Syeikh Abu Sahal Muhamad bin al-Wa’izh al-Hanafi condong kepada hukum 
makruh. 
5. Syeikh Abdul Ghani al-Nabilisi mengatakan Harus 
6. Syeikh Athiyah Saqr condong kepada pendapat yang memperincikan hukum 
merokok. 
  ******** 
Bagaimana? Kami tahu, bagi yang merokok, bila membaca pendapat pertama yang 
mengatakan haram merokok, rasa bengang dan sesak nafas. Bila, baca pendapat 
kedua yang kata makruh sahaja hukumnya, ada rasa lega sedikit. Bila membaca 
pendapat ketiga yang mengatakan merokok ini harus sahaja hukumnya, fuuhh! Rasa 
lega betul… Dan akhirnya pendapat keempat yang memperincikan hukumnya, rasa 
lega itu susut sedikit. 
  Bagi yang tidak merokok pula – Mereka tidak banyak soal. Haram hukumnya. 
  Bagi yang merokok, sekarang ini beginilah.. Tidak kiralah apa juga hukumnya, 
haram atau makruh, kita semua pakat tahu bahawa merokok itu membahayakan 
kesihatan. Tak perlulah kami menyatakan lapuran para doktor mengenai perkara 
ini. Semua telah sedia maklum. Dan, dari sudut menghamburkan wang kepada 
sesuatu yang tidak berfaedah seperti rokok juga kita telah sedia ketahui. 
Kemudian ditambah lagi dengan syarikat pengeluar rokok, entah siapa di belakang 
mereka.. Tetapi yang pasti mereka adalah orang kafir yang banyak menaja 
perkara-perkara merosakkan umat Islam. Inipun semuanya sudah mengerti. 
  Jadi…. Bagaimana ya? Berhenti merokok? 
  Ya, memang mudah disebut, tetapi sukar dilaksanakan. 
  Kami tahu para netters sekalian adalah orang-orang yang amat mencintai Islam. 
Bahkan pejuang Islam. Hatta kami di sinipun banyak kalah dari segi semangat, 
keazaman dan kerja-kerja anda semua ke arah membumikan kembali al-Quran dan 
Sunnah di tanah air tercinta. 
  Dengan itu, kami percaya anda semua sudah berazam untuk berhenti merokok. 
Bukanlah disebabkan oleh kesihatan tetapi atas alasan agama. Kecintaan kepada 
Islam. Ada yang telah berusaha berkali-kali untuk berhenti tetapi tidak 
berjaya. Ada juga yang berjaya, kemudian menghisap kembali. Ada yang terus 
berazam, dan terus berazam. 
  Teruskanlah usaha anda. Dan, bagi yang tidak merokok pula, janganlah mengeji, 
apatahlagi menghina kepada saudara-saudara kita yang merokok. Adalah menjadi 
kewajipan kita untuk membantu, memberi galakkan dan dsbnya agar azam dan usaha 
mereka berjaya. 
  Oh!! Betapa siksanya mahu berhenti merokok… 
  Sekian adanya. Wallahu a’lam 


"Abd Mutalib Ibrahim"@yahoo.com wrote:           Harap boleh beritahu hadis 
diatas datang dari mana..
Hadis ni interesting, sebab saya ni perokok tapi pergi surau solat
jemaah.

>>> "a.rahman ariffin" 09/01/2007 02:42:24 >>>
Sdr Shaik,

Terima kasih, tetapi hanyalah satu pendapat. Tak lebih tak kurang.

Memang ada fatwa oleh Mufti Selangor pada satu waktu dulu, bahawa
merokok itu haram, tapi tak ada siapa yg peduli pun. Saya tengok tok-tok
lebai pun sedap jer merokok dalam perjalanan ke masjid/surau. Orang
ketayap putih dan songkok hitam pun sama jer depa, berkepoi-kepoi. Ustaz
yg bagi ceramah pun tak sebut "haram", cuma perli jer: Jin suka asap,
maka siapa yang merokok, adik beradik jin lah dia tu" dan hadirin pun
gelak dan ketawa.

Allahu a'lam.

Telah bersabda Nabi SAW: "Wahai Abu Hurairah akan datang beberapa kaum
diakhir zaman yang mengekalkan menghisap rokok (pohon tembakau ini) dan
mereka berkata: kami sekalian termasuk sebagian umat Muhammad SAW, dan
padahal mereka bukanlah termasuk daripada umatku dan aku tidak mengakui
mereka sebagai umat, tetapi mereka itu merupakan sebagian umat yang
liar. Berkata Abu Hurairah: "Aku bertanya kepada Nabi SAW dari apakah
tumbuhnya?. Rasulullah menjawab: "Sesungguhnya tembakau itu tumbuh dari
kencing iblis . Apakah tetap iman di hati seseorang yang menghisap
kencing setan? maka di laknat orang yang menanamnya, yang
memindahkannya, dan yang menjual belikannya. Telah bersabda nabi SAW 
Allah akan memasukan mereka kedalam api neraka Bahwasanya pohon
tembakau itu pohon yang keji. "


DISCLAIMER:

This e-mail (including any attachments) may contain confidential information. 
If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review, 
distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited. 
If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa 
Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and 
other information in this e-mail that do not relate to the official business of 
Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be 
understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa 
Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising 
from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is 
excluded to the fullest extent permitted by law.


         

 
---------------------------------
Never Miss an Email
Stay connected with Yahoo! Mail on your mobile. Get started!

Kirim email ke