nape jadi begini ya? sedihh sungguh hati ni. tak pernah kita
  dengar MPAJ roboh kuil atau sekecil2 tokong yg bersepah
  merata rata tak berani mpaj ketuk bagi pecah. takut badi buddha kot.
  tapi kalau surau dengan  bangganya rempuh. patutnya diperelokkan
  diubahsuai jadi cantik..iyalah tempat sujud ramai org. 
  nasib baiklah tak ada kaumkeluarga, sedara mara
  kerja jadi penguatkuasa MPAJ. Minta dijauhkan Allah.
  Arahan2 jugak nanti kat sane nun..sendiri kena jawab. 
  Khir Toyo tak leh tolong
  abang oii...
  

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
                  Penduduk halang MPAJ roboh surau   
  
  
        Nyza Ayob dan Salmiyah Harun 
Fri | Jan 12, 07 | 06:38:50 AM     KUALA LUMPUR, 12 Jan (Hrkh) - Tidak cukup 
dengan siri perobohan yang dilakukan sepanjang tahun lalu di negeri yang 
dipimpin oleh Menteri Besar, Dato' Seri Mohd Khir Toyo, kali ini Majlis 
Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menjadi pembuka tirai tahun 2007 dengan cubaan 
untuk merobohkan sebuah surau di Kampung Pandan Dalam.

  
  Kedatangan MPAJ untuk merobohkan Surau Ehsaniah, Kampung Dato' Harun, Kampung 
Pandan Dalam bagaimanapun telah dihalang oleh penduduk di situ pada jam 10 pagi 
tadi.
  

  Dalam kejadian pagi tadi, penduduk kampung terbabit telah meminta wakil 
pemaju yang turut serta dalam operasi meroboh ini, agar mengalihkan kawasan 
pembentungan dari kawasan surau.
  

  Surau tersebut dirobohkan bagi membolehkan pihak pemaju, Sri Seltra Sdn Bhd 
melakukan kerja-kerja pembentungan rumah pangsa bersebelahan kampung tersebut 
bagi menempatkan penduduk kampung apabila proses perpindahan berlaku nanti.
  

  Menurut wakil penduduk dan Ahli Jawatankuasa (AJK) surau, Abdul Aziz, Ahli 
Parlimen Pandan Dato' Ong Tee Keat menyokong cadangan agar surau tersebut 
dikekalkan di tempat asal selepas mengadakan perjumpaan dengan AJK.
  

  Tee Kiat melalui suratnya, kepada Pengarah Urusan Seltra Sdn Bhd memaklumkan 
beliau menyokong cadangan wakil AJK agar surau berkenaan ditampatkan semula di 
tapak yang dicadangkan.
  

  Beliau juga berharap surau tersebut hanya akan dirobohkan selepas surau baru 
siap dibina.
  

  Dalam pada itu, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Mohd Noor yang 
turut berada di tempat kejadian berkata, jika Ong Tee Kiat benar-benar mahu 
membantu sepatutnya beliau datang ke sini hari ini.
  

  "Beliau sendiri sepatutnya mengarahkan agar pembentungan dialihkan dari tapak 
surau," katanya ketika ditemui.
  

  Sementara itu, sewaktu perundingan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) 
telah dibawa meninjau keadaan surau baru yang sedang dalam pembinaan di tingkat 
bawah rumah pangsa berdekatan.
  

  Wakil penduduk turut mempersoalkan ruang surau yang sempit dan hanya 
mempunyai satu pintu untuk laluan jemaah lelaki dan perempuan tambahan pula 
surau tersebut masih dalam pembinaan dan membahayakan keselamatan.
  

  Wakil Jais, Mohamad Farid yang ditemui di sini menyatakan Jais sekarang sudah 
tidak ada kuasa terhadap surau dan mereka tidak terlibat dengan perkara-perkara 
teknikal serta ciri keselamatan yang lain.
  

  "Sumbangan pemaju menyediakan tapak surau di bawah rumah pangsa ini adalah 
alternatif pemaju,"katanya.
  

  Sehingga sekarang rundingan masih berjalan antara penduduk dengan Jais supaya 
tindakan meroboh ditangguhkan.
  

  Selepas Surau Arrahmaniah, Kampung Berembang dirobohkan pihak berkuasa Majlis 
Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Surau Ehsaniah, Kampung Dato' Harun, Kampung 
Pandan Dalam juga menerima nasib yang sama.
  

  Sebelum ini pada 14 Disember 2006, tanpa sebarang notis dan perbincangan, 
kira-kira jam 9.30 pagi MPAJ bertindak untuk merobohkan surau tersebut. 
Kerja-kerja mengosongkan surau dilakukan di mana sebahagian peralatan surau 
telah dipunggah keluar.
  

  Bagaimanapun MPAJ menghentikan kerja-kerja pengosongan surau tersebut dan 
menyatakan Yang Dipertua MPAJ, Mohamad Yaakub akan ke tempat tersebut.
  

  Dalam masa yang sama, Harakahdaily difahamkan, Menteri Besar Selangor hanya 
memberi tempoh penangguhan seketika sehingga Hari Raya Aidiladha.
  

  Pada 28 November lalu, satu perbincangan telah diadakan antara Ahli 
Jawatankuasa Surau bersama Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS), MPAJ dan Sri 
Seltra Sdn Bhd.
  

  Dalam perbincangan tersebut, AJK surau menolak tawaran sebuah surau gantian 
yang akan disediakan pemaju di tingkat bawah salah sebuah blok rumah pangsa 
berkenaan.
  

  Sebaliknya mereka mencadangkan pemaju menyewa sebuah rumah kosong di situ 
untuk dijadikan surau sementara yang mana segala kos perpindahan peralatan 
surau ditanggung pihak pemaju. - mks. 
    
---------------------------------
  The all-new Yahoo! Mail goes wherever you go - free your email address from 
your Internet provider.  

         

 
---------------------------------
Now that's room service! Choose from over 150,000 hotels 
in 45,000 destinations on Yahoo! Travel to find your fit.

Kirim email ke