defina what is DAULAH KHILAFAH, maybe people will understand.

----- Original Message ----
From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, March 7, 2007 4:22:50 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Luahan rasa - Orang Islam mesti baca

Terasa sedih betul hari ni. Air mata tak berenti meleleh dari tadi. Dada pulak 
asyik sebak je. Kat tangan ni masih lagi menggenggam SN terbaru keluaran HT 
Malaysia. SN 111 – MENEGAKKAN DAULAH KHILAFAH ADALAH WAJIB.

Terasa kecik sangat diri ni. Lalai, pentingkan diri, tak berguna dan 
macam-macam lagi. Rasa-rasa waktu ni nak pi duk kat tepi jalan nak tarik baju 
semua orang ISLAM yang lalu ajak supaya bersama dan cepat-cepat dapat tegakkan 
semula DAULAH KHILAFAH.

Bila di kesat air mata barulah diri ni nampak jelas realiti yang ada. Oh…..aku 
duk kat Malaysia rupanya. Kan aman kat sini. Yang ada pun cuma parti-parti 
politik periuk nasik . Yang masing-masing pentingkan agenda politik sendiri. 
Ada yang membela BANGSA – YANG SAH-SAH RASULULLAH HARAMKAN dan ada pulak yang 
membela Islam tapi Islam yang dibentuk sendiri supaya boleh masuk dengan 
keadaan sekarang. Yang kalau salah satu dari mana-mana yang berkuasa pun tak 
akan dapat mengembalikan kemuliaan ISLAM tu sendiri. Sebabnya…..remote control 
untuk setiap negara bangsa kat dunia ni ada kat tangan kafir-kafir Amerika , 
Britain dan Yahudi. Jadi kalau berkuasa mana-mana parti pun berani ke sorang 
diri sebatang kara nak tegakkan Islam ikut Quran dan Sunah????Besar mana la 
sangat Malaysia ni. Dah la tu, umat Islam kat dalam ni pun berpuak-puak.

Setiap ahli dari parti-parti ni yang majoritinya orang ‘Islam’, tak habis-habis 
ber’perang’ satu sama lain menegakkan kebodohan sendiri sambil diperhatikan 
oleh kafir-kafir dalam dan luar negara. Maka bertepuk tangan dan ketawa 
bergulung-guling la kafir-kafir ni tengok acara ‘perang’ antara umat ‘Islam’ 
ni. Ternyata, jarum assobiyyah yang disuntik telah menjalankan ubatnya 
keseluruh urat saraf umat-umat ni menjadikan mereka pengikut jumud dan jahil 
tegar.

Tak sudah dengan tu, masing-masing berlumba-lumba mengangkat dan menjunjung 
Mufti-mufti kesukaan masing-masing. Maka berlumba-lumbalah para Mufti dengan 
isu-isu hebat semasa, membongkar isu murtad, nak intip orang khalwat dan 
macam-macam lagi.

Tak ke kita semua sedar bahawa sangat la besarnya tanggungjawab Mufti ni pada 
umat. Keja dia bukannya membongkar masalah-masalah yang wujud tapi mencegah 
dari wujudnya masalah tu. Kalau betul la semua mufti yang ada sekarang ni 
benar-benar menjunjung Islam dan sanggup mati keranaNya, dah lama perkara 
maksiat akan tercegah hukum uqubat Islam terlaksana.

Kita sekarang ni dok sibuk menguis-nguis masalah yang datang yang sebenarnya 
berpunca dari sistem buatan kafir yang rosak. Jadi kita dok tolak masalah yang 
akan datang balik suatu masa nanti sebab ibu sawatnya tak diganti. Kita 
sekarang sedang mengubat penyakit bukan mencegah. Kita dok rawat masalah dengan 
sistem buatan manusia yang ada, bukan mencegah dengan menukar kepada sistem 
yang telah Allah turunkan, SYARIAT ISLAM.

Nak tulis panjang lagi, rasa-rasanya, nanti ramai pulak yang kena serangan 
darah tinggi. Aku sendiri pun nak pi cari siapa yang boleh bawak aku supaya 
cepatnya tertegak KHILAFAH ni supaya aku ada perisai untuk berlindung. Aku 
takut mati lebih-lebih lagi kalau mati sia-sia dalam keadaan jahiliah.

Abdullah bin Umar meriwayatkan, “Aku mendengar Rasullullah mengatakan, 
“Barangsiapa melepaskan tangannya dari ketaatan kepada Allah, nescaya dia akan 
menemui Allah di Hari Kiamat dengan tanpa hujah. Dan barangsiapa mati sedangkan 
di pundaknya tidak ada bai’ah(kepada Khalifah) maka dia mati dalam keadaan mati 
jahilliyah” (HR Muslim).


Get your own web address.
Have a HUGE year through Yahoo! Small Business.




____________________________________________________________________________________
Looking for earth-friendly autos?
Browse Top Cars by "Green Rating" at Yahoo! Autos' Green Center.
http://autos.yahoo.com/green_center/

Kirim email ke