Assalamu'alaykum waRahmatuLlah..
   
  Tuan Guru Hj. Wan Mohd. Shaghir Abdullah, penceramah, penulis dan pengkaji 
ulama nusantara telah kembali ke RahmatuLlah pada hari Khamis 12 April, jam 
10.50 pagi di rumahnya di Taman Melewar, Gombak pada usia 62 tahun
   
  Tahlil untuk Almarhum diadakan selama 44 hari selepas sembahyang maghrib di 
dewan Syeikh Daud al Fathoni di Taman Melewar, bersebelehan rumah dan pejabat 
Almarhum
   
  Kepada yg dikasihi semua, para ikhwan akhawat, jamaah2 Islam, NGO dan 
Pertubuhan Islam, ahli keluarga Ulama2, muslimin muslimat dijemput hadir ke 
majlis pada mana2 hari yg ada kelapangan tuan semua juga hadir ziarah keluarga 
Almarhum pada bila2 masa (hubungi pejabat untuk keterangan lanjut 03-6189 7231) 
   
  sumbangan untuk majlis, wakaf dewan pengajian atau hadiah kepada keluarga 
Almarhum adalah dialu-alukan 
  
Alamat Dewan: 
No. 33 Jalan Batu Geliga Satu, Taman Melewar, 68100 Batu Caves, Kuala Lumpur 
   
  Saudara Abdul Halim Mahmud - HP: 013-356 4496 
Saudara Azrul Baharudin - HP:016-352 0094 
Saudara Kamal - HP:013-3850361 
  
Mohon di khabarkan kepada muslimin dan muslimat yang lain
   
  tulisan-tulisan beliau:
  http://ulama-nusantara-baru.blogspot.com/
   
  Program sedekah bacaan al Quran:
  http://albazrah.blogspot.com 
   
  Berita di Utusan Malaysia:
  
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0413&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm
   
  Berita di Berita Harian:
  http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Friday/Agama/20070413082624/Article/
   
  --------------------
   
  Penulis kolum meninggal dunia
  
PENULIS ruangan Ensiklopedia Nusantara yang dimuatkan dalam halaman agama 
Berita Harian setiap Selasa, Wan Mohd Shaghir Abdullah, 62, meninggal dunia 
kira-kira jam 10.15 pagi semalam di rumahnya di Taman Melewar, Gombak, akibat 
serangan angin ahmar.
   
  Allahyarham yang juga pengasas Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara 
(Pengkaji) banyak menyumbang dalam usaha mengumpul, memelihara dan 
mendokumentasi khazanah ulama Islam dunia Melayu.
   
  Penulisan Wan Mohd Shaghir yang berasal dari Pulau Midai, Riau, Indonesia 
mula disiarkan di Berita Harian pada 21 Jun 2005. 
   
  Allahyarham meninggalkan balu, Hamidiah Abdul Majid dan enam anak berusia 
antara 25 dan 11 tahun.
   
  Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Gajah Mati, Kedah. Berita Harian 
menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.
   
   
  Pemelihara khazanah ulama  Oleh: MOHD. RADZI MOHD. ZIN (WARTAWAN UTUSAN)
          
      ALLAHYARHAM Wan Muhammad Shaghir Abdullah yang uzur dipapah selepas 
membentangkan kertas kerja di Muzakarah Alus Sunah Waljamaah oleh keluarga Rawa 
di Raub, Pahang, bulan lalu.   
---------------------------------
  

  SETIAP Isnin, pasti ramai pembaca setia Ulama Nusantara tertunggu-tunggu 
apakah nukilan terbaru Wan Muhammad Shaghir Abdullah anak kelahiran Pulau 
Midai, Riau, Indonesia dalam ruangan Agama, Mega.
   
  Bagaimanapun, kita pasti akan terasa kehilangan atau ketandusan tulisan dan 
manuskrip tokoh yang lebih dikenali sebagai Ustaz Wan Shaghir ini yang 
dipanggil menghadap Ilahi, semalam.
   
  Beliau meninggal dunia akibat serangan strok pada pukul 10.50 pagi di 
rumahnya di Taman Melewar, Gombak pada usia 62 tahun.
   
  Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hamidiah Abdul Majid, 48, dan enam 
orang anak.
   
  Biarpun penulis tidak pernah bertemu mata, namun komitmen Allahyarham 
terhadap pengkajian ulama Nusantara amat mengagumkan.
   
  Apa tidaknya, sejak tahun 1958 lagi Allahyarham mengembara dan mengumpulkan 
pelbagai bahan berkaitan biografi, pemikiran, ketokohan dan perjuangan, 
analisis teks, transliterasi kitab-kitab lama serta karya ulama silam.
   
  Dalam uzur, Allahyarham menggagahkan diri membentang kertas kerja pada 
seminar-seminar baik yang diadakan di universiti mahupun oleh pihak lain di 
dalam dan luar negara.
   
  Walaupun baru keluar dari hospital kira-kira dua minggu lalu, Allahyarham 
masih terus berkarya. Dan karya terakhir beliau telah dikirim ke ruangan Agama, 
Mega Rabu lalu untuk siaran 16 April ini.
   
  Semalam, Allahyarham juga dijadual membentangkan kertas kerja pada suatu 
seminar di Terengganu. 
   
  Menurut Hamidiah, cinta suaminya terhadap bidang penulisan tidak pernah padam 
walaupun semasa terlantar sakit di rumah.
   
  “Walaupun menaip dalam keadaan mata tertutup kerana sakit namun Allahyarham 
tetap terus berkarya menyiapkan bahan untuk Agama, Mega,” katanya.
   
  Jodoh Allahyarham bersama Utusan Malaysia bermula sejak 12 Februari 2004. 
  Ketika itu Ustaz Wan Shaghir berada di peringkat awal dalam hubungan dengan 
media cetak perdana dalam memaparkan hasil mengumpul, menyebar dan 
mengembangkan karya tokoh ulama Nusantara ke alam Melayu.
   
  Karya sulung beliau yang disiarkan Utusan Malaysia ialah Syeikh Abdul Lathif 
Tambi Ulama gigih dan Dermawan.
   
  Allahyarham juga adalah pengasas Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik 
Nusantara Malaysia (Pengkaji) yang didaftarkan pada tahun 1996.
   
  Persatuan ini juga berfungsi sebagai Pusat Penyelidikan dan Penyebaran 
Khazanah Islam Klasik dan Moden Dunia Melayu.
   
  Bercakap soal penulis yang prolifik, tidak syak lagi Allahyarham adalah salah 
seorang contohnya. Apa tidaknya, sepanjang lebih tiga tahun bersama Utusan, 
lebih 100 karya kajiannya telah diterbitkan.
   
  Ini tidak termasuk hasil kerja berbentuk transliterasi teks, kertas kerja, 
koleksi rencana yang disiarkan dalam buku dan majalah.
   
  Karya-karya itu pula menjadi bahan rujukan bukan sahaja oleh para penuntut 
institusi pengajian tinggi tetapi juga di kalangan para pengkaji ilmu Islam 
antarabangsa.
   
  Dalam temu bual bersama Utusan Malaysia pada 12 Februari, Allahyarham 
memberitahu, “seawal usia 12 tahun saya telah mula mengembara ke Kepulauan Riau 
dan Sumatera untuk membuat penyelidikan di samping mengikuti pengajian di 
beberapa pondok di sana.”
   
  Sebenarnya, minat berkarya cucu kepada tokoh ulama yang tidak asing lagi, 
Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani ini dipupuk oleh ibunya Hajah Wan 
Zainab melalui cerita-cerita karamah tokoh ulama terulung silam.
  Kelebihan Allahyarham ialah dari segi semangat mencari dan mengumpul 
bahan-bahan terutama khazanah yang tidak diperoleh daripada pihak lain kecuali 
dirinya.
   
  Untuk itu, beliau menjelajah beberapa negara asal ulama tertentu seperti 
Singapura, Indonesia, Thailand dan beberapa wilayah di Pattani dan Kalimantan 
Barat dalam usaha meneroka dan pencarian bahan-bahan ulama Nusantara. Malah, 
sanggup membelinya walaupun dengan harga yang mahal.
   
  Di antara karya beliau ialah Sufi dan Wali Allah, Pusaka Penulisan al-Syeikh 
Wan Ahmad bin Muhammad Zain, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani dan banyak 
lagi. Semuanya boleh didapati di Pengkaji.
   
  Kini, semua usaha beliau hanya tinggal sejarah. Namun, alhamdulillah matlamat 
Allahyarham menyebar dan mengembangkan tokoh ulama silam ke alam Melayu telah 
berjaya.
   
  Pemergian Allahyarham memang satu kehilangan kepada dunia ilmu Islam 
khususnya ulama Nusantara. Sebabnya, beliau semasa hayatnya bukan sahaja aktif 
berkarya tetapi terlibat menerbit, mencetak dan membentang kertas kerja.
   
  Bagaimanapun, kita berharap Pengkaji yang diasaskan oleh Allahyarham akan 
meneruskan perjuangan yang murni ini.
   
  Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Al-Fatihah



   
   
  ----------------------------------
  Panduan untuk bakal pengantin & sudah berkahwin.. cara utk mengawal kewangan, 
meningkatkan dana kewangan utk berkahwin & sesudah berkahwin, berbelanja secara 
berhemah.. insha ALlah 

layari laman web>> http://www.maskahwin.com/index.php?ref=delete 
untuk keterangan lanjut

       
---------------------------------
 
 Real people. Real questions. Real answers. Share what you know.

Kirim email ke