Waalaikumusalam wbt,
   
      Saya juga tidak mengikuti perbahasan sepenohnya tetapi sempat dengar 
hujah oleh MP Pasir Mas iaitu YB Ustaz Hj Ismail Noh. Beliau menyebut tentang 
betapa besarnya ganjaran yang Allah SWT berikan kepada seorang anak walau pun 
sekadar menatap wajah kedua ibubapa mereka. Maknanya tentulah lebih besar 
ganjaran sekira nya mereka berbuat bakti kepada dua ibubapa sebagai membalas 
jasa mereka. Walau apa pun ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT ramai 
anak-anak lebih mementingkan kehidupan mewah dan dan menganggap ibubapa 
membebankan lebih-lebih lagi jika ibubapa tidak memiliki harta yang banyak. 
Ramai tidak berminat dengan tawaran untuk hari akhirat !!
   
      Walau apa pun langkah dikenakan keatas anak-anak yang menghantar 
anak-anak kepusat jagaan atau rumah orang tua adalah lebih memalukan kerana 
ianya dilakukan oleh orang-orang Islam (anak orang-orang Islam). Bukan mereka 
tidak tahu tentang hadith Nabi SAW bila ditanya siapakah yang wajar seorang 
anak itu lebih kasihi, Nabi sebut tiga kali ibu mu kemudian bapa mu. Saya 
setuju dengan pandangan tentang kemungkinan sistem pendidikan yang tidak begitu 
menitikberatkan ajaran Islam  sebagai antara puncanya. Kerajaan negeri Kelantan 
apabila memegang tampuk pemerintahan telah memperkenalkan cuti hujung minggu 
selama dua hari dan kemudian diikuti oleh kerajaan Pusat beberapa tahun 
kemudian. Betullah Kelantan mendahului !! Antara hujah cuti hujung minggu 
selama dua hari diberikan ialah bagi membolehkan kakitangan memberi perhatian 
kepada keluarga dan untuk menuntut ilmu dengan mengikuti kuliah-kuliah agama. 
      
      Malang nya ramai yang menganggap keluarga itu sekadar anak isteri yang 
mereka miliki dan tidak merasakan ibubapa juga adalah sebahagian daripada 
keluarga. Ada yang ambil ibubapa tinggal dengan keluarga tetapi bukan untuk 
dikasihi atau sebagai membalas jasa ibubapa tetapi bagi tujuan mengelakkan 
daripada terpaksa bayar upah kepada orang-orang gaji atau pembantu rumah kerana 
menjaga anak mereka. Bahkan ada rebet cukai diberikan pula bagi yang kononnya 
bersusah payah jaga ibubapa mereka. Sepatut nya apa juga bantuan daripada 
kerajaan ianya wajar diberikan terus kepada setiap ibubapa yang tidak 
berkemampuan atau uzur. Baru-baru ini kerajaan negeri Kelantan telah 
memperuntukkan bantuan Takaful ...? bagi orang-orang tua berumur 60 tahun 
keatas apabila meninggal dunia. Sekali lagi Kelantan mendahului !!
   
      Mungkin perlu diwujudkan kumpulan pekerja sosial untuk mengesan perbuatan 
anak-anak yang mengzalimi kedua ibubapa mereka dan dakwalah mereka jika 
terbukti perbuatan keji dan kejam mereka sebagaimana undang-undang terhadap 
ibubapa yang melakukan penderaan keatas anak mereka. Mungkin mahkamah Syariah 
mampu mengendalikan nya. Penilaian bukan berdasarkan apabila berlaku penderaan 
tetapi tahap "caring" anak keatas ibubapa. Bagi yang bekerja dengan kerajaan 
jadikan sebgai salah satu kriteria menilai prestasi mereka dan diberi insentif 
jika ibubapa mendapat penjagaan yang baik. Rebet cukai pendapatan yang 
diberikan mungkin tidak dihargai.
   
      Saya percaya banyak tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan Pusat 
terutama kementerian yang bertanggung jawab. Pujian wajar diberikan kepada 
kerajaan Kelantan dalam usahanya membawa kesejahteraan kepada kehidupan rakyat. 
Dalam keadaan kesempitan kewangan, kerajaan negeri Kelantan mampu berbuat 
sesuatu yang bermanafaat untuk rakyatnya. Mungkin inilah keberkatan negeri yang 
diperintah oleh ulamak, yang tidak mahu melakukan pembaziran wang rakyat,  yang 
melaksanakan amar makruf nahi mungkar, yang bergantung hanya kepada pertolongan 
Allah SWT bukan bergantung kepada Amerika Syarikat atau Eropah. Kalau yang jadi 
ketua memerintah hanya cucu daripada ulamak belum pasti negara terpelihara 
mungkin silap-silap terlaknat Nauuzubilah , macam juga ada anak cucu sebilangan 
para anbia yang sesat dan menyesatkan. Jadi PRU 12 nanti berilah peluang parti 
yang dipimpin ulamak pula memerintah Malaysia !! Wallahuaklam.
   
   Ibnuali
   Kota Jembal
   
  
[EMAIL PROTECTED] wrote:
            Assalamualaikum warahmatullah…
  
  Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan 
yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi 
bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat berserta salam buat 
Baginda saw yang memiliki akhlaq terpuji dan menjadi ikutan selamanya berserta 
ahli keluarga Baginda. Juga sejahtera buat kita semua dan orang-orang yang 
beramal soleh.
  
  Bismillahir Rahmanir Raheem…
  
  Secara tiba-tiba, isu `anak derhaka' menjadi topik utama di Dewan Rakyat. Ini 
sebenarnya raksi ahli-ahli parlimen lanjutan daripada pendedahan yang dibuat 
oleh akhbar Harian Metro pada 7 April lalu mengenai Pakcik Bakhtiar Ramli dan 
pasangannya yang dikatakan melarikan diri dan mendapatkan perlindungan di Pusat 
Jagaan Warga Emas akibat menerima layanan buruk oleh 7 (TUJUH) orang anak 
mereka.
  
  Sesungguhnya berita mengenai warga emas yang dipersiakan oleh anak-anak 
mereka memang menyayat hati. Dan ini bukanlah kisah yang petama kali terjadi. 
Tetapi apa yang lebih menarik perhatian saya sebenarnya adalah reaksi orang 
kenamaan kita berkenaan kejadian ini. Mungkin sengaja ataupun secara kebetulan, 
Dewan Rakyat juga sedang membincangkan Rang Undang-Undang Pusat Jagaan 
(Pindaan) 2006.
  
  Saya tidak pasti apa yang dibincangkan tetapi, yang menarik pada pandangan 
saya adalah beberapa pandangan yang dikeluarkan ahli-ahli parlimen. Paling 
menarik adalah pandangan dari ahli parlimen Setiu, Mohd Yusof Majid. (Ini 
berdasarkan pembacaan saya di Harian Metro. Jika sekiranya memang ada pandangan 
dari pihak pembangkang yang lebih menarik tetapi tidak disiarkan, maaf, saya 
tidak tahu).
  
  Menurut Mohd Yusof, anak-anak berkemampuan yang menghantar ibu bapa mereka ke 
pusat jagaan agar dikenakan potongan gaji ke atas mereka manakala anak-anak 
yang menjaga ibu bapa mereka diberikan insentif seperti potongan cukai dan 
sebagainya. Tidak dapat tidak, saya amat bersetuju dengan pendapat itu. 
Terutama bahagian potongan gaji. Hanya, pemberian insentif perlu dinilai dengan 
lebih mendalam.
  
  Sebenarnya, ketika pertama kali mendengar perkara ini dibahaskan di Dewan 
Rakyat dalam Buletin Utama siaran TV3 pada Rabu, 11 April tempohari sudah cukup 
mengundangkan perbahasan di kalangan ahli keluarga saya sendiri. Tambah lagi, 
dalam siaran tersebut, TV3 menjalankan bancian SMS membincangkan wajarkah anak 
yang menghantar ibu bapa mereka ke pusat jagaan dikenakan tindakan.
  
  Sebagai warga emas, ibu saya dengan segera mengatakan persetujuannya. Tetapi 
tidak, bagi saya. Kerana, sekiranya mereka ini dihukum, maka akan terjadi 
peristiwa ibu bapa terbiar sehingga akhirnya `mati beragan', sebagaimana gambar 
yang pernah tersebar di dalam internet tidak berapa lama dahulu. Jika tidak 
dihukum, sekurang-kurangnya, anak-anak mereka berani menghantar mereka ke pusat 
jagaan dan warga emas itu nanti tidaklah tersia.
  
  Kemudian abang sulung saya pula bersuara. "Sepatutnya, anak yang hantar ibu 
bapanya ke pusat, kemudian tidak datang menziarah dan tidak menghantar belanja 
(sedangkan mereka mampu) yang perlu dihukum" katanya. Samalah seperti pendapat 
Ahli Parlimen Setiu itu tadi. Adakalanya, menghantar warga emas ini ke pusat 
jagaan lebih baik. Sekurang-kurangnya mereka boleh berkawan sesama mereka dan 
penjagaan juga akan lebih rapi.
  
  Bukan apa, kerana saya pernah melihat di hadapan mata saya sendiri bagaimana 
seorang warga emas yang diherdik oleh cucunya. Manakala menantunya pula sering 
merungut itu dan ini. "Orang tua ni ada `bela'. Malam-malam memekak je 
terjerit-jerit. Bila nak mampus entah!" gerutu cucunya. "Orang tua, biasalah. 
Kita tua nanti tak tau lagi macam mana" jawab saya cuba mengingatkannya. "Tak. 
Orang tua ni lain. Dia ada belaan!"
  
  Tetapi rungutan sebegini tidak kedengaran ketika ayahnya (anak kepada warga 
emas itu) ada di rumah. Malah ketika itu si warga emas dijaga dengan baik. 
Kalaulah dia cuba mengadu kepada anaknya, maka akan segera disangkal oleh 
menantu dan cucunya dengan mengatakan dia sudah nyanyuk. Keadaan ini 
benar-benar berlaku di hadapan mata saya. Setuju atau tidak, warga emas tadi 
lebih wajar tinggal di pusat jagaan dari rumah anaknya?
  
  Maka kerana itu saya tidak dapat bersetuju dengan pendapat ahli parlimen 
Jerai, Datuk Badruddin Amiruldin yang mencadangkan Pusat Jagaan Warga Emas ini 
ditutup sahaja. "Biar anak-anak lebih bertanggung jawab", katanya. Benar, kita 
boleh paksa anak-anak untuk menjaga orang tua mereka tetapi, dapatkah sesuatu 
kerja yang dilakukan dalam keterpaksaan diselesaikan dengan baik? Saya rasa 
anda tahu jawapannya.
  
  Maka di sini, perkara yang menjadi pokoknya adalah pendidikan agama. Manusia 
yang berdiri atas pegangan aqidah yang sempurna akan menjadi manusia yang cukup 
berguna. Sama ada kepada orang tuanya, mahupun kepada negara. Dan manusia 
begini tidak mungkin akan mensia-siakan orang tua mereka. Jadi, mungkin sudah 
tiba masanya kerajaan merobah dasar pendidikan agar lebih menerapkan pendidikan 
Islam yang tulen, bukan Hadhari.
  
  Dan bercakap tentang insentif, sebenarnya, sebagai seorang yang menjaga kedua 
ibu bapanya, perkara ini sepatutnya mendatangkan kegembiraan buat saya. Malah, 
suatu ketika dulu saya berasa sepatutnya di dalam Borang BE cukai pendapatan, 
ada rebet untuk orang yang menjaga ibu bapanya seperti mana rebet untuk orang 
yang menjaga anak mereka. Malah ayah saya juga bertanya mengapa kerajaan tidak 
mengadakan perkara seperti itu.
  
  Memanglah nampaknya seperti elok. Tetapi saya rasa akan ada pihak yang cuba 
mengambil kesempatan nanti. Kerana inginkan rebet tersebut, maka si anak akan 
bawa ibu bapa mereka tinggal bersama. Tetapi kemudian, dihambakan seperti 
seorang pembantu rumah bahkan lebih teruk lagi kerana tidak dibayar gaji. Jadi 
si anak dua kali untung. Pertama dikenakan rebet, dan yang keduanya, tidak 
perlu mengupah pembantu rumah.
  
  Adakalanya juga, ada orang tua yang lebih menyayangi seorang anak berbanding 
anak yang lain. Kadangkalanya, anak yang paling disayang yang enggan menjaga 
mereka hinggakan mereka terpaksa tinggal dengan anak yang dibenci. Tetapi `anak 
derhaka' itu tetap menjadi anak kesayangan mereka. Ini juga biasa terjadi. 
Bimbang nanti, di hadapan penguasa, mereka mendakwa anak kesayangan mereka yang 
menjaga mereka. Maka yang mendapat potongan dalam cukai adalah si anak 
kesayangan walaupun ia mengabaikan mereka. 
  
  Soal menjaga ibu dan bapa ini adalah soal iman dan aqidah. Menghukum, 
mengutuk atau memberi malu kepada mereka yang mengabaikan orang tua mereka 
tidak akan membawa apa. Nabi Muhammad saw malah Allah swt sendiri mengutuk, 
menghina bahkan menjanjikan azab yang pedih untuk anak derhaka tetapi manusia 
tidak sedikitpun takut. Inikan pula hukuman dunia yang boleh dielak dengan 
`lidah yang lembut'?
  
  Tingkatkan didikan agama di sekolah-sekolah kerajaan. InsyaAllah, bukan 
setakat masalah penjagaan warga emas, bahkan kebanyakan kebejatan sosial yang 
melanda negara kita ini juga akan dapat diselesaikan. Asalkan kerajaan sedia 
untuk tidak lagi mempolitikkan isu pendidikan agama seperti mengatakan sekolah 
agama tempat merikrut pengganas atau tempat penyebaran ideologi  pembangkang.ma 
kita sebenarnya mampu membentuk masyarakat yang lebih cemerlang jika kembali 
kepada Islam yang lebih tulen…
  
  Sekian buat kali. Segala yang baik datang dari Allah dan yang tidak baik 
adalah akibat kejahilan saya sendiri.
  
  Wabillahitaufiq walhidayah.
  
  Wassalamualaikum warahmatullah…
  
  -Abu Naqibah-
  
  Komen dan kritikan membina dialu2kan. Email saya di [EMAIL PROTECTED] atau 
lawati http://abunaqibah.blogspot.com/
  

         

       
---------------------------------
Ahhh...imagining that irresistible "new car" smell?
 Check outnew cars at Yahoo! Autos.

Kirim email ke