W"salam,
   
     Saya ingatkan fahaman "agama suku politik suku" sudah  tidak wujud lagi. 
Fenomena  tak boleh cakap politik dalam agama dan tak boleh cakap agama dalam 
politiklah maka berlakunya matlamat menghalalkan cara di kalangan manusia yang 
mengaku beragama Islam. Islam bukan seperti kebanyakan agama lain yang 
menyembah apa yang mereka percaya tapi dari segi amalan dan urusan dalam 
kehidupan mereka  agama tidak dijadikan pedoman. Agama Islam mengajar umat nya 
berakhlak mulia maka dalam politik pun akhlak mulia mestilah dipamirkan. Kalau 
nak masuk tandas pun Islam ajar caranya takkan lah soal politik soal berlaku 
adil soal urusan pentadbiran negara tidak diajar oleh Islam? Pemimpin negara 
seru rakyat jangan amalkan rasuah, perangi rasuah, rasuah itu keji dan ada 
Badan Pencegah Rasuah tapi kenapa bila ada saja pilihanraya rasuah seolah-olah 
dihalalkan untuk diamalkan oleh parti mereka? Islam larang kita cakap lain buat 
lain! Renungkanlah!! Wallahua'lam.
   
     Ibnuali
     Kota Jembal
  

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
          salamz

juz wondering, emailing ni untuk keagamaan sahaja kan?tetapi kenapa ada 
berunsur politik?

wasalam


[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:      
   
  Assalaamualaikum wbt,
   
      Kekecohan yang berlaku pada hari penamaan calun pilihanraya DUN Ijok 
tidak mungkin berlaku kalau UMNO/ BN benar-benar parti berjiwa besar. Setelah 
11 kali menang PRU walau pun cara kemenangan diperolehi untuk memerintah 
negeri-negeri tertentu boleh dipertikai, nampaknya mereka amat gentar untuk 
menerima kekalahan walaupun dalam pilihanraya kecil. Kalau mereka benar-benar 
yakin mampu perolehi kemenangan atas dasar kekuatan parti mereka (UMNO/ BN) 
tidak perlulah mereka "bersenjatakan" jentera kerajaan, media cetak arus 
perdana, media elektronk, SPR sendiri dan macam-mcam lagi. Apalah sangat 
kekuatan yang ada pada PKR/ PAS ??!! UMNO/ BN hanya boleh berbangga jika menang 
secara jujur dan berdikari. Mereka mau rakyat berdikari tapi bila mereka hadapi 
pilihanraya mereka sendiri tak mampu berdikari, terpaksa bergantung kepada 
pelbagai cara walupun secara tidak beramanah. 
   
      Namun sifat tamak dan haloba BN yang diterajui UMNO ini amatlah 
menyedihkan. Sedih kerana mereka (UMNO) masih mengaku berpegang kepada Islam 
sedangkan apa yang mereka buat jauh sekali dari ciri-ciri sebagai organisasi 
yang dipimpin oleh orang Islam. Demi untuk menang mereka peralatkan jentera 
kerajaan dan wang rakyat.  Wang rakyat itu sepatutnya diagihkan untuk semua 
rakyat termasuklah di DUN Ijok sejak mereka memenangi pilihanraya 2004 bukan 
digunakan habis-habisan dalam tempoh sebulan menanti pilihanraya kecil 
sedangkan sebelum ini apa yang dijanjikan kepada rakyat hanya tinggal janji. 
   
      Apakah mereka (UMNO) yang menerajui pemerintahan tidak malu kepada Lim 
Kit Siang yang bukan beragama Islam yang mengatakan pembangunan hanya 
dilaksanakan bila ada wakil rakyat meninggal dunia??? Maksudnya UMNO/BN tidak 
menunaikan amanah terhadap rakyat yang pilih mereka!! Slogan Bersih Cekap 
Amanah yang pernah mereka gunakan hanyalah untuk mengaburi mata rakyat. Begitu 
juga selogan Cemerlang dan Gemilang yang dilaungkan PM Abdullah Ahmad Badawi 
bukanlah berteraskan cemerlang dalam erti kata berpegang kepada konsep 
kecemerlangan Islam sebaliknya cemerlang dalam merasuahi rakyat dan pengundi. 
Tindak tandok UMNO amatlah MENJIJIKKAN sekali dan rasa saya tak ada orang bukan 
Islam akan tertarik dengan Islam UMNO. Kebaikan mereka adalah hipokrit iaitu 
ciri-ciri pada orang Munafiq yang dijanjikan Allah SWT neraka paling bawah jauh 
lebih dalam dari neraka untuk orang kafir. Mungkin kerana mereka menganut Islam 
Hadhari semuanya BOLEH !! Bagi mereka MATLAMAT MENGHALALKAN CARA
 !!! MALANG SEKALI KERANA ULAMAK UMNO HANYA DIAM MEMBISU. APAKAH MEREKA FIKIR 
DI AKHIRAT NANTI MEREKA AKAN TERLEPAS DARIPADA DIPERTANGGUNGJAWAB OLEH ALLAH 
SWT ??  Wallahua'lam.
   
  Ibnuali
  Kota Jembal
   
  
  
---------------------------------
  Ahhh...imagining that irresistible "new car" smell?
Check out new cars at Yahoo! Autos.   


    
---------------------------------
  Yahoo! Mail is the world's favourite email. Don't settle for less, sign up 
for your free account today.  

         

       
---------------------------------
Ahhh...imagining that irresistible "new car" smell?
 Check outnew cars at Yahoo! Autos.
       
---------------------------------
Ahhh...imagining that irresistible "new car" smell?
 Check outnew cars at Yahoo! Autos.

Kirim email ke