Aswt,    
      Islam itu agama yang menjanjikan rahmat kepada seluruh alam, tak kira 
haiwan atau tumbuhan bukit dan bukau lebih-lebih lagilah manusia yang diberi 
akal fikiran. Tapi negara Islam Hadhari kata kedai arak dan judi khas untuk 
bukan Islam, menjadi kesalahan kepada orang Islam jika terlibat. Ini bererti 
Islam Hadhari tak kisah kalau bukan Islam nak berjudi atau nak minum arak atau 
nak mampuskah ikut suka merekalah. Bila dah mabuk yang pandu kereta pun langgar 
sana langgar sinilah. Yang akan jadi mangsa mungkin juga orang Islam. Islam 
buat peraturan agar manusia hidup dengan sejahtera tapi masusia fasiq ni tak 
mau dengar. Kenapa takut sangat nak laksanakan hukuman Islam keatas mereka!! 
Singapura keras undang-undang nya dalam pelbagai hal walaupun bukan 
undang-undang Islam dan kita puji pula!! Di negara kita ni yang buat maksiat 
terlepas tapi yang dok ngajar agama kalau sentuh saja politik sikit-sikit kena 
ambil tindakan selalu. 
      Dulu yang dok jadi ketua parti Melayu bukan dari kalangan yang tau agama 
sangat tapi yang tau agama pun jadi pak turut juga. Hari ni yang jadi ketua 
parti Melayu adalah Hamba Allah @ Abdullah anak cucu ulamak tapi bukan nak 
bimbing umat Islam dan bukan Islam menuju kesejahteraan seperti yang Allah SWT 
perintahkan bahkan bersubhat pula dengan mereka yang dipimpinnya untuk jadi 
lebih jahat. Dia pula tunjuk pandai lebih daripada Allah SWT. Islam agama yang 
Allah telah sempurnakan dia tak pakai tapi dia reka pula Islam Hadhari. Saya 
sangat hairan macamana dia boleh pejam mata dengan segala kemungkaran yang 
berlaku!! SAYA AMAT BIMBANG TAKUT-TAKUT SEMUA KITA AKAN MUSNAH KERANA KERAKUSAN 
PUAK-PUAK INI.  Tapi apalah nak dihairankah ketua segala munafiq pun Abdullah 
juga namanya. 
      Akhir-akhir ini kerap kita dok dengar tanah runtuh sana sini, bumbung 
runtuh bumbung bocor apakah petanda kemungkinan berlaku bencana lebih dahsyat? 
Nauuzubillah!! Oleh itu janganlah kita redha dengan kemungkaran puak-puak yang 
menentang hukum Allah ini supaya kalau kita juga ditimpa bala mungkin sekadar 
di dunia tapi di akhirat kita terselamat dari siksaan Allah yang tidak terkira 
pedihnya. 
      Sehari dua ni ahli parlimen BN yang kurang ajar telah mempermainkan wakil 
DAP (wanita) yang pertikai kerana kerap berlaku kebocoran bangunan kerajaan. 
Wakil parti BN yang tidak berakhlak dok sindir kata yang wakil parlimen 
berkenaan pun bocor juga dua kali sebulan!! Inilah susahnya bila orang Melayu 
yang peribadinya merosakkan Islam. Melayu buat busuk Islam dapat nama!!  
Wallahua'lam.
   
      Ibnuali
      Kota Jembal
  

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
          Ruj. Kami : SU/PAS/KR/1.02(8)
Tarikh : 18 Rabiul Akhir 1428 – 6 Mei 2007

Kepada :

Yang Di Pertua dan Pegawai Daerah
Majlis Perbandaran Seremban. Faks : 7637449 
Majlis Perbandaran Nilai. Faks : 7997300/7400
Majlis Daerah Rembau. Faks : 6855117

Assalamualaikum,

Tuan ,

PENGAWALAN RUMAH JUDI DAN PENJUALAN MINUMAN KERAS

Merujuk kepada perkara di atas PAS Kawasan Rembau
melahirkan rasa kebimbangan yang amat sangat terhadap
gejala keruntuhan akhlak terutama di kalangan orang
Islam dan orang Melayu di kawasan ini.

2. Justeru itu pihak kami mengharapkan agar pihak tuan
dapat mempastikan agar pemberian lesen rumah judi
serta lesen penjualan arak adalah terkawal dan tidak
melibatkan orang Islam secara langsung atau tidak
langsung.

3. Sepertimana yang termaktub dalam Rang Undang-Undang
Rumah Perjudian Terbuka (Pindaan) 2000 Akta Rumah
Perjudian Terbuka 1953 kerajaan telah mengadakan
kawalan yang ketat ke atas aktiviti perjudian yang di
antaranya adalah, kerajaan tidak lagi mengeluarkan
lesen-lesen baru bagi semua bentuk perjudian dan
adalah dilarang orang yang beragama Islam, mereka di
bawah umur 21 tahun dan murid sekolah daripada
memasuki premis-premis perjudian. 

4. Sementara dalam isu penjualan minuman keras ataupun
arak menurut syarat-syarat pemegang lesen di bawah
Seksyen 35 Akta Eksais 1976 , Lesen Kedai Runcit,
Peniaga Borong dan Rumah Awam telah menetapkan
antaranya pemegang lesen runcit tidak dibenarkan
pelanggannya minum arak di kedainya, mempamerkan
lesennya pada setiap masa di suatu tempat yang mudah
dilihat di premis berlesen, hendaklah beroperasi
antara waktu-waktu yang ditetapkan, pemegang lesen
tidak boleh mengadakan atau membenarkan sebarang
pertunjukkan muzik atau lain-lain hiburan dalam premis
berlesen kecuali mendapat kebenaran Ketua Pegawai
Polis atau Pesuruhjaya Polis, pemegang lesen tidak
boleh membenarkan pelanggannya mabuk atau melakukan
kekacauan atau perjudian di dalam premis berlesennya,
pemegang lesen tidak boleh membekal atau menjual
liquor kepada seseorang yang mabuk atau seseorang yang
dibawah umur 18 tahun, pemegang lesen tidak boleh
menjual liquor yang memabukkan kepada seseorang yang
beragama Islam, hendaklah mengadakan Papan Kenyataan
"MEMINUM ARAK DAN SEUMPAMA DENGANNYA ADALAH HARAM BAGI
ORANG-ORANG ISLAM". Papan Kenyataan ini hendaklah
dipamerkan di bahagian bar bagi rumah-rumah awam.
Pemegang terlebih dahulu hendaklah mendapat lesen
iklan daripada Majlis Daerah, Pemegang Lesen Rumah
Awam tidak dibenarkan mengambil/menempatkan pekerja
wanita/lelaki Islam di bahagian bar.

5. Disamping itu pihak kami juga menggesa agar
Penguatkuasa Jabatan Agama Islam menguatkuasakan
Seksyen 79A Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan)
(Pindaan)
2004 yang menyatakan : “Orang Islam yang berjudi atau
didapati berada di tempat perjudian
adalah melakukan suatu kesalahan di bawah dan apabila
disabitkan boleh dikenakan hukuman denda tidak
melebihi RM 3,000.00 atau penjara selama tempoh tidak
melebihi dua tahun atau kedua-duanya” , terutamanya di
pekan Rembau, pekan Rantau dan pekan Senawang 
Kerjasama daripada pihak tuan adalah amat diharapkan
dan dihargai untuk membentuk generasi warganegara
Malaysia amnya serta orang Islam dan bangsa Melayu
khususnya yang berakhlak mulia dengan itu akan
mengurangkan gejala yang tidak sihat di kawasan ini
yang bukan sahaja merugikan diri mereka, malah
membinasakan institusi kekeluargaan dan masyarakat
Islam khususnya serta rakyat amnya.

Sekian, terima kasih.

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Yang menjalankan amanah ,
Rosli bin Yaakop
Yang Di Pertua PAS Kawasan Rembau
PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PAS KAWASAN REMBAU – PPM/NS 26/52-7824
Kg Senama, Jalan Rembau-Tampin, 73000 Rembau,
N.Sembilan
Tel/Faks : 06-6776254 , HP : 019-2171942
http://pasns.blogspot.com

s.k. :
1. YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan
Fax : 7631394
2. Ketua Polis Daerah Rembau – Fax : 6857363
3. Ketua Polis Negeri Sembilan – Fax : 7623506
4. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri
Sembilan Faks : 7631395
5. Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan - Fax
: 7620648
6. Bahagian Penguatkuasa JHEAINS Fax : 7672767
7. Semua Ketua Cawangan PAS dalam Parlimen Rembau
8. Semua Ketua Cawangan UMNO dalam Parlimen Rembau
9. Semua Nazir dan Imam Masjid serta Surau dalam
Parlimen Rembau
10. Semua Penghulu dan Pengerusi JKKK dalam Parlimen
Rembau

Blog PAS N.Sembilan http://pasns.blogspot.com Laman Web Pemuda PAS NS 
www.sriminang.com & Pemuda PAS Seremban www.pemudapasseremban.net 
Blog AMKNS http://amkns.blogspot.com & Blog Cikgu Badrul 
http://chegubard.blogspot.com 

__________________________________________________________
Sucker-punch spam with award-winning protection. 
Try the free Yahoo! Mail Beta.
http://advision.webevents.yahoo.com/mailbeta/features_spam.html

         

       
---------------------------------
Sick sense of humor? Visit Yahoo! TV's Comedy with an Edge to see what's on, 
when. 
       
---------------------------------
Get the free Yahoo! toolbar and rest assured with the added security of spyware 
protection. 

Kirim email ke