Fahaman Wahdatul Wujud Menyalahi Akidah
Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Agama Islam

Kategori : Akidah

Tajuk : Wahdatul Wujud

Keputusan
a) Fahaman Wahdatul Wujud menyalahi akidah
Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan bertentangan dengan ajaran
Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segera bertaubat.

b) Bersetuju dengan Fatwa resmi Negeri Johor tahun
1948 oleh S.S. Syed Alawi Tahir Al-Hadad seperti
berikut:
"Mengikut pendapat ijmak ulama'; fahaman Wahdatul
Wujud adalah kufur. Sesiapa yang mempercayai dan
mengamalkannya adalah murtad jika pengamal fahaman
tersebut mempunyai isteri, isterinya tertalak dan
anaknya adalah anak luar nikah dan hartanya hendaklah
diserahkan kepada Baitulmal."

c) Kitab Kasyf Al-Asrar, Al-Dar an-Nafis, Hidayah
As-Salikin dan kitab-kitab lain yang mempunyai elemen
Wahdah al-Wujud tidak dibenarkan dipelajari di
masjid-masjid dan di surau-surau.

d) Semua negeri akan mengambil tindakan memfatwa dan
mewartakan bahawa ajaran Wahdatul Wujud bercanggah
dengan ajaran Islam.

Oleh : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-48
Tarikh Keputusan : 3 April 2000
Tarikh Muzakarah : 3 April 2000 hingga 3 April 2000

sumber : http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=159


      
____________________________________________________________________________________
Get easy, one-click access to your favorites. 
Make Yahoo! your homepage.
http://www.yahoo.com/r/hs 

Kirim email ke