Benarkan Himpunan 25 November  /  Tanggung Jawab Di Kota....

Anwar Ibrahim
Benarkan Himpunan 25 November                              (English version 
below)
 Kerajaan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia sewajarnya menyegerakan kelulusan 
permit membenarkan HINDRAF menganjurkan perhimpunan sebagaimana dirancangan 
pada 25 November 2007.


 Ini adalah merupakan hak demokratik bagi seluruh rakyat Malaysia untuk 
menyatakan pendapat dan hak mereka secara aman. Sebagaimana yang berlaku dalam 
perhimpunan BERSIH sebelum ini, sekiranya pihak polis sedia memberikan 
kerjasama, keselamatan dan perjalanan apa sahaja perhimpunan boleh terjamin.


 Sebagai individu yang percaya akan prinsip keadilan untuk semua, saya begitu 
simpati dengan matlamat HINDRAF yang murni. Komuniti India telah sekian lama 
menderita dan adalah penting pada waktu ini untuk menghentikan segala bentuk 
penindasan senyap dan jurang kemiskinan semua bangsa.


 Saya berharap agar perhimpunan ini akan mencapai matlamatnya untuk menjamin 
hak komuniti India sebagai rakyat Malaysia, dan adalah menjadi hak mereka untuk 
mendapatkan upaya sara hidup dan kualiti kehidupan seharian komuniti India 
seluruh Malaysia. Saya kekal menyatakan pendirian saya untuk menuntut keadilan 
dan kesaksamaan seluruh rakyat Malaysia


 Kita perlu mengiktiraf pengorbanan rakan-rakan komuniti India seluruhnya yang 
telah berkhidmat kepada Yang DiPertuan Agong dan negara dengan jujur dan penuh 
dedikasi dalam pelbagai bidang.


 ANWAR IBRAHIM
 
 English:
 The Malaysian Government and the Royal Malaysian Police should immediately 
issue a permit allowing the HINDRAF (Hindu Rights Action Force) organised rally 
to proceed as planned on 25 November 2007.


 It is the democratic right of all Malaysians to express their views and 
concerns peacefully. As the recent BERSIH rally demonstrated, if the police 
decide to cooperate, the security and orderliness of any gathering can be 
guaranteed.


 As a firm believer in the principle of justice for all, I am sympathetic to 
the peaceful intentions of HINDRAF. The Indian community has been suffering in 
silence and the time is most opportune to stop this neglect and marginalisation 
of the poor of all races.


 I hope this rally will achieve its goal of securing an affirmation of the 
interests of the Indian community as Malaysian citizens, and their right for a 
higher standard of living and quality of life for Indians throughout the 
country. I remain dedicated to the cause of justice for all Malaysians.


 We need to recognise the sacrifice and dedication of our fellow Indian 
citizens who have serve King and country loyally with distinction in many 
fields of endeavour.
 ANWAR IBRAHIM
          

*****.*.*****

Memimpin Perpaduan

                          Tanggung Jawab Di Kota...Tahniah Pemuda Johor         
                                     

Pagi 20 November 2007, Dewan Pemuda PAS Negeri Johor sekali lagi bersama-sama 
dengan kaum India di Johor ini. Kali ini, kami bersama-sama dengan rakyat 
khusus untuk memperjuangkan hak semua kaum dalam bidang pendidikan.

Seramai 300 orang rakan-rakan kaum India turun berdemonstrasi di hadapan 
Pejabat Menteri Besar Johor untuk meminta kerajaan lebih prihatin kepada 
kebajikan sekolah-sekolah Tamil yang ada di negeri ini.Maklumat yang saya 
perolehi daripada Saudara Poopathy, penggerak kepada Semparuthi Thorlagal 
(Persahabatan Bunga Raya), bilangan sekolah Tamil yang 'hidup segan mati tidak 
mahu' di Johor ini ialah sekitar 70 buah sahaja.

Kesemuanya berada dalam keadaan yang amat dhaif. Kerajaan BN yang juga di 
dalamnya terdapat MIC sebagai parti komponen utama yang mewakili kaum India, 
kelihatan secara terang-terang melayan sekolah Tamil ini seakan-akan anak tiri 
di dalam pendidikan negara.

Saya hampir menitiskan air mata apabila seorang guru yang mengajar di salah 
sebuah sekolah Tamil di Kangkar Pulai menceritakan permasalahan mereka. Kata 
beliau, mereka tidak kecukupan kelas dan bangunan sehingga terpaksa 'menumpang' 
salah sebuah sekolah kebangsaan yang berdekatan.

Dan, tambah menyedihkan ialah diskriminasi yang dilakukan oleh pihak pengurusan 
sekolah itu kepada pelajar dan guru mereka. Para pelajar sekolah mereka, yang 
'menumpang' kelas di sekolah itu tidak dibenarkan untuk masuk ke sekolah 
menggunakan pintu pagar yang sama dengan pelajar sekolah kebangsaan tersebut. 
Malahan, guru-guru juga diminta untuk menggunakan pintu pagar belakang untuk 
memasuki sekolah itu! Daripada segi kemudahan dan infrastruktur sekolah pula, 
mereka tidak dibenarkan untuk berkongsi makmal komputer dan yang lain-lainnya 
sehingga menyebabkan ramai anak-anak murid yang agak ketinggalan dalam 
teknologi terkini.Sedih, memang sedih. Mengapa masih ada sikap pesimis antara 
kita di Malaysia ini walaupun sudah 50 tahun merdeka?

Sewaktu saya diminta berucap dalam himpunan ini bagi mewakili kaum Melayu, saya 
menyebut bahawa kerajaan sememangnya bersikap tidak adil dalam bidang 
pendidikan. Bukan sahaja sekolah Tamil dan Cina yang menjadi mangsa, malahan 
sekolah agama rakyat juga telah lama di'anak tiri'kan oleh kerajaan.Saya juga 
menyebut bahawa Islam mengajar kita untuk saling hormat-menghormati dan 
menghargai semua manusia. 

Tuhan telah menjadikan kita semua dalam bentuk pelbagai bangsa dan memiliki 
bahasa yang cukup unik serta berlainan. Maka, menjadi tanggungjawab sesama kita 
untuk saling menghormati dan menghargai setiap insan. Kita juga perlu 
memelihara pendidikan dalam bahasa ibunda kita.

Islam adil kepada semua kaum tidak kira apa ras dan bangsa serta agama mereka. 
Saya menyebut Dato' Ng Yen Yen yang sekarang ini menjadi Timbalan Menteri 
Kewangan dan mewakili BN sebagai contoh terbaik akan keadilan pemerintahan 
Islam. Ng Yen Yen pernah menerima biasiswa daripada Kerajaan PAS Kelantan 
sewaktu era pemerintahan Dato' Asri dahulu. Ini menunjukkan bahawa pendidikan 
adalah milik semua mengikut pandangan pemerintahan Islam. Ucapan saya disambut 
dengan tepukan gemuruh mereka.

Akhirnya, saya meminta agar mereka semua meneruskan perjuangan sehingga hak dan 
tuntutan mereka didengari oleh pihak berwajib. Hidup hidup, hidup rakyat!

Pemuda PAS Johor Bahru, Saudara Zaaba dan adiknya Razak juga turut hadir 
memberikan sokongan.

Bersama Saudara Nyam, Koordinator SUARAM Johor Bahru yang turut hadir 
memberikan kerjasama dan semangat. Kami juga menghadiahkan 'maruku perpaduan' 
kepada Suaram sempena Deepavali ini. Beberapa paket besar maruku juga 
dihadiahkan kepada Semparuthi Thorlagal. 



Nazman Ibrahim

Pengerusi
Lujnah Perpaduan Nasional
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor.
[EMAIL PROTECTED]
013 7207883 

http://www.hanfeitsu.blogspot.com/






Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/

Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
Get easy, one-click access to your favorites.  Make Yahoo! your homepage.

Kirim email ke