jika kita nak tengok sejarah cuba kita tenggok negara jiran kita 
singapura....dahulu singapura di perintah oleh orang melayu kini apa dah jadi 
kepada mereka....mereka seperti merempat di negara sendiri..dipimpin dan 
diperintah oleh warga asing...maaf jika ada warga singapura yang terasa tapi 
itulah kenyataan nya....so sebelum keluarkan isu cuba fikir dulu......maaf jika 
tersalah kata


To: [EMAIL PROTECTED]: Date: Sun, 9 Dec 2007 03:59:33 +0000Subject: Help 
Palestine [hidayahnet] kelahiran semula parti negara dato' onn




assalamualaikum ,ta'kala dato onn jaafar menubuhkan umno dan menentang malayan 
union dulu beliau telah menyedai satu hakikat yang mesti diterima iaitu 
kehadiran bangsa cina dan india untuk sama sama hidup dalam kemerdekaan.kerana 
itu beliau mencadangkan umno membuka keahliannya kepada bangsa cina serta india 
tetapi malangnya cadangannya di tentang olih pemimpin umno yang lain.sebaliknya 
pemimpin umno yang diterajui olih tengku dan tun razak ketika itu lebih suka 
kepada mekanisma perikatan yang mendapat sokongan british.kerana itu dato onn 
keluar umno dan menubuhkan parti negara yang kurang mendapat sambutan.idea 
untuk membuka keahlian kepada semua bangsa tidak mendapat sambutan sebaliknya 
mekanisma penyatuan perikatan dengan orang melayu cina dan india mempunyai 
parti sendiri akhirnya yang berjaya mendapatkan kemerdekaan dari british.dato 
onn sebagai pencetus pejuangan demokrasi jalanan dengan laungan hidup melayu 
akhirnya terpinggir.sesudah 50 merdeka akhirnya kita sedar kita merdeka dengan 
mekanisma yang salah.kalau dulu idea dato onn diterima mungkin keaadan tidak 
jadi macam sekarang.mungkin kita tidak akan menyalahkan bangsa cina dan hindraf 
tidak perlu berdemostrasi menuntut hak.kenapa begitu? sebab mekanisma perikatan 
meneruskan dasar divide and rule penjajah atas nama kontrak sosial.semangat 
perkauman terus ditanam dikalangan orang melayu cina dan india.peristiwa 13 mei 
1969 menjadi sejarah.namun sesudah itu umno terus memainkan sentimen ini 
sehingga hari ini.buktinya perhimpunan hindraf yang baru ini,ada percubaan 
dikalangan pemimpin umno untuk mencetuskan ketegangan kaum bilamana zainudin 
maidin mengeluarkan kenyataan pelajar mesir marah dengan hindraf serta bilamana 
paklah menyatakan apa yang dituntut olih hindraf itu satu pembohongan dan bolih 
mencetuskan ketegangan kaum.itulah hakikatnya kemerdekaan yang kita 
capai.kesilapan dalam mencapai kemerdekaan inilah punca segala galanya.orang 
melayu dimalaskan dengan berbagai bagai cara olih kerajaan dari subsidi 
sehinggalah lobi melobi(orang melayu yang tidak menyokong kerajaan dipinggirkan 
dari segala kemudahan, bumiputra bertukar menjadi umnoputra) sedang orang india 
dibiarkan melarat di estete estet dan orang orang cina yang sedar nasib mereka 
tanpa pembelaan bekerja keras untuk sesuap nasi dan hasil kerja keras inilah 
akhirnya membawa mereka menguasai ekonomi dan dicemburi olih orang melayu 
dengan didalangi olih umno.(untuk perbandingan tren yang serupa bolih dilihat 
dalam masyarakat kemboja yang lari dari perang satu ketika dulu kini menjadi 
antara peniaga yang berjaya dan juga dicemburi olih orang melayu walaupun 
seagama)seandainya idea dato onn diterima dulu bilamana pemimpin dari keturunan 
melayu cina dan india bolih duduk dalam satu parti keadaan ini mungkin tidak 
berlaku kerana segala masalah dan perancangan bolih dibuat dengan telus tanpa 
perlu dihalang seperti kaedah parti yang berasingan yang ada sekarang.hakikat 
ini disedari selepas 50 tahun merdeka dan kelahiran semula parti negara dato 
onn semakin terserlah menerusi PKR yang mula mendapat sambutan bukan sahaja di 
semenanjung malah di sabah dan serawak(yang orang aslinya mengalami nasib yang 
sama dipinggirkan). apa yang pernah dicadang dan di perjuangkan olih dato onn 
dulu mula mendapat sambutan dan perhatian terutama dari masyarakat india dan 
cina.ironiknya,pemimpin yang mencetuskan semula idea dato onn inilah dsai 
bukannya cucu beliau yang masih leka dibuai mimpi kosong BN.






_________________________________________________________________
Easily manage multiple email accounts with Windows Live Mail!
http://www.get.live.com/wl/all

Kirim email ke