Baru2 ni di DBP dalam ceramahnya ada dr MAZA ni 
  ditanya ttg Islam Hadari mengikut teman2 jawapannya 
  agak tidak menyebelahi Islam Hadari. Tak tahulah jika
  MAZA dah berubah pendirian ikut keadaan.
  cuma yang agak ketara..bila kami bual2 ttg dia 
  memang ada unsur mencari populariti dan cari pertentangan
  untuk dpt perhatian.

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
          Assalamualaikum, 

Sunnah Perlis?

 Dalam salah satu forum yang di hadiri oleh Dr Basit (phD Madinah) dalam 
program sunnah telah di hadiri sama oleh Syahidan Kasim. Dalam membentangkan 
persoalan sunnah Dr Basit menekankan sunnah yang syumul termasuklah penghapusan 
riba, persoalan aurat, hudud, pergaulan bebas, mengelakkan pembaziran, 
persoalan hutang dan lain2 persoalan yang lebih besar dari persoalan talkin, 
tahlilan dan seumpamanya.. 

  Biasanya syahidan kasim sentiasa mengemukakan soalan tapi kali ini dia keluar 
dari majlis kerana tidak tahan dengan ulasan yang diberikan oleh Dr Basit. Lalu 
Dr Basit telah dituduh merosakkan majlis walaupun berkata benar dalam persoalan 
sunnah yang syumul.

 Institut Ibnul Qayyim telah merakamkan kejadian ini tapi tidak di keluarkan 
dalam lamannya dan tidak disebarkan dalam bentuk vcd kerana menjaga aib pejuang 
sunnah perlis Syahidan Kasim. Saya hairan betul kat geng yang kata tajdid ni.. 
ada pilih kasih pulak ye.. Yang di sebut oleh Dr Basit adalah persoalan sebenar 
yang patut di fahami oleh pejuang tajdid.. jangan memperjuangkan sunnah dalam 
bentuk yang terlalu sempit. 

Syahidan Kasim?

  Syahidan Kasim telah berubah di akhir pemerintahannya. Dia telah nampak ingin 
kembali kepada Islam. Mungkin atas sebab tekanan di mana kemewahan, pembaziran, 
hutang yang bertimbun di Perlis sehingga bil air, bil elektrik yang tak 
terbayar menyebabkan dia tersentak dan ingin kembali kepada Islam. Baguslah 
kalau begitu tapi kenapa tidak bersikap adil dan cuba mengemukakan islam yang 
syumul. 

Kenapa mengemukakan semata2 sunnah perlis? Tapi ada yang mengatakan kerana 
ingin menjaga kedudukan politik, kalau di bincangkan persoalan sunnah yang 
syumul nanti dibuang oleh pimpinan atas.. betul ke wallahu a'lam.. tapi 
hakikatnya dah terbuang pun walaupun tak bincang persoalan sunnah yang syumul, 
Kan lebih baik dalam masa keinsafan tersebut terus melaksanakan islam yang 
syumul sebagai taubat untuk membaiki kesilapan yang lama.. Jangan mengharapkan 
perkara yang jauh, nanti jadi angan2 mat jenin..

syahidan kasim tak sempat untuk membaik pulih atau mengembalikan Islam di 
perlis dalam bentuk yang syumul ..Dengarnya akaun negeri Perlis masih dalam 
bank konvensional dan tak di tukar ke bank islam. Sepatutnya perkara ini sempat 
di laksanakannya sebelum perkara yang susah lain. 

Seminar sunnah?

 Seminar sunnah di Perlis pun dalam bentuk yang sempit dan sepatutnya ia 
menjurus kepada masalah besar yang semasa. Masalah penyelesaian kes jenayah 
mengikut sunnah, penyelesaian masalah pergaulan bebas, mat rempit mengikut 
sunnah, persoalan insuran islam atau mengikut sunnah, persoalan kad kredit 
islam, persoalan hutang dan riba, persoalan riba dalam ptptn adalah persolaan 
islam dan sunnah yang bersifat semasa dan perlu diketahui oleh pendokong sunnah 
dan tajdid. 

Mufti Perlis?

 Mufti perlis (SS Asri Zainal Abidin) sentiasa menyuruh orang bersikap adil 
dalam penilaian.. Tapi atas sebab kondisi atau kedudukannya ada perkara yang 
sangat jelas mempunyai kepentingan politik dirinya sendiri, mencari pengaruh, 
mencari pertentangan supaya dia dilihat dan diperhatikan orang...

 Islam Hadhari dan Mufti Perlis

Islam Hadhari adalah isu lapok dan modal lapok dan langsung tidak digunakan 
oleh Pak Lah dan UMNO semasa p/raya kali ini... Yang membincangkan Islam 
hadhari pada waktu terdekat dengan p/raya hanyalah syahidan kasim dan mufti 
perlis. Mufti Perlis apabila di tanya tentang Islam hadhari terus menjawab 
dalam bentuk yang kabur dan menyembunyikan kebenaran..

 Jawapan yang mudah kalau bersikap adil adalah jelas. Islam hadhari dari segi 
bahasa yang di melayukan mungkin boleh diterima tapi perlaksanaannyalah yang 
perlu di tekankan. Tapi kalau eksekutif pelaksana menjadikan Islam hadhari 
mengikut acuan nafsu sehingga seumpama islam liberal maka sudah tentu ia adalah 
salah dan haram. Jawapan semudah ini pun tak dijawab oleh Mufti mungkin mencari 
peluang bercakap di TV atau pun mungkin nak jaga syahidan kasim!!! Tapi adakah 
cara politik mufti perlis ini benar?? atau menyebabkan orang yang baik lagi 
meluat dengan mufti perlis dan menolak sunnah??

 Artikel sebelum jadi mufti perlis kritikan terhadap islam hadhari langsung dah 
tak de dalam internet. kat mana mufti perlis ini buang pun tak tahulah.. 

Mufti Perlis dan Zuhud?

 Dalam satu segi ada zuhudnya mufti perlis kini. Dalam ceramahnya untuk 
menunukkan kezuhudannya dia mengatakan dia tak ingin lagi menjadi mufti perlis 
tapi tiba2 di sambung pula kontraknya.. Tu jadi konfiusnya.. 

  Jawatan mufti yang ditakuti ialah tidak berkata benar dan dipengaruhi oleh 
golongan politik atasan tak kiralah negeri mana pun.. Tu yang payahnya..

 Tapi sepatutnya mufti yang biasanya berkontrak sahaja 2 tahun sekali 
sepatutnya berusahalah berkata benar walaupun ada risiko di buang atau di 
berhentikan kontrak. Kebenaran lebih besar dan suci dari jawatan mufti 
tersebut. 

 Berkata benar, bukanlah maksudnya menjatuhkan aib pemimpin, tapi berkata benar 
untuk menegakkan kebenaran dan supaya tidak menyesatkan rakyat jelata. Berkata 
benar bukanlah bermaksud mesti mencela atau memaki pemimpin tapi sekadar 
mengatakan hukum yang sebenar!!

Itu pun mufti perlis tak boleh buat kerana nak jaga syahidan kasim???

  Mufti perlis ini juga menyatakan kelantan akan malap kerana sikap tok2 guru 
pondok yang pelik dan berkhayal dengan mimpi dan sebagainya.. Benar juga kata 
syeikh mufti perlis ini tapi di waktu yang sama jangan sekadar menuduh orang 
je.. tapi perlis juga mungkin malap kembali perjuangan sunnahnya apabila 
syahidan kasim telah tidak memegang tampuk pemerintahan perlis.. 

 Mesti di ingat, pejuang sunnah di Kelantan adalah yang paling ramai berbanding 
perlis contohnya ketokohan Dr Johari Mat, Dr basit, Maulana Asri, Abdullah Qari 
dan sebagainya tapi geng2 pondok ini juga ramai menyebabkan ada perkara2 bid'ah 
yang dipertahankan. 

wassalam
    
---------------------------------
  Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.  

                           

       
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo! Search.

Kirim email ke