Aswt,
    Samy Vellu yang sekarang masih memimpin MIC walau pun tewas dalam 
pilihanraya lepas gesa semua pemimpin Hindraf yang ditahan bawah ISA 
dibebaskan. Itu barulah dikatakan pemimpin. Cuma bila tidak duduk dalam 
kerajaan barulah nampak ISA itu tak betul. Itu pun hanya mau tahanan ISA 
Hindraf saja yang dibebaskan. Semasa berada dalam kabinet tak pula pernah 
bersuara tentang kezaliman ISA. Jelaslah pemimpin bukan Melayu walau pun dalam 
komponen BN tetap perjuangkan bangsa mereka sahaja tapi apakah UMNO perjuangkan 
ini semua?? Kebanyakan orang Melayu terutama pemimpin UMNO hanya perjuangkan 
UMNO bukan perjuangkan Melayu sebab itulah ramai yang ditangkap bawah akta ISA 
adalah orang-orang Melayu PAS dan mereka yang bukan orang PAS tapi berjuang 
menentang kezaliman disamping beberapa kes-kes lain yang terpencil. 
    UMNO sebenarnya hanya mengutamakan survival politik mereka. Mereka tidak 
peduli ramai tahanan dan ahli keluarga tahanan ISA yang menderita akibat akta 
zalim ini. Apakah hanya bila UMNO/BN gagal memerintah Malaysia dan akta ini 
digunakan keatas mereka barulah mereka akan sedar betapa zalimnya akta ini? 
Antara sebab doa seseorang atau sekumpulan orang  diterima Allah swt ialah doa 
daripada mereka yang dizalimi. Pastinya  kegagalan BN menguasai lima negeri 
dalam pilihanraya lepas adalah berpunca dari pelbagai kezaliman mereka. 
Bagaimana pun jika PAS, PKR dan DAP menguasai kerajaan pusat mereka telah 
berjanji untuk hapuskan akta ISA.  Andainya akta ini masih perlu maka tahanlah 
Dollah Badawi, Mahathir pun masih boleh ditahan (cuma kerana bergelarTun 
menjadi sukar sikit tapi pedulikan?) dan ramai lagi pemimpin-pemimpin UMNO 
wajar dikurung di bawah ISA!!! Tak perlu kurung 2 atau 4 tahun kurung takat 
setahun pun cukuplah biarkan mereka dan ahli keluarga mereka pula yang rasa
 !!! Cuma Islam tidak galakkan membalas dendam!! Wallahua'lam.

ibnuAli
kota jembal

       
---------------------------------
OMG, Sweet deal for Yahoo! users/friends: Get A Month of Blockbuster Total 
Access, No Cost. W00t

Kirim email ke