Tajuk : Mukhtasar Kitab Al-Umm Fi Al-Fiqh Jilid 1-2  
Harga jualan : RM 180.00
ISBN : 983-3817-95-5  
http://www.jahabersa.com.my/store/My/productdetail.asp?ISBN=983-3817-95-5

======================================

Assalaamu'alaikum

Buku ini merupakan ringkasan kepada Kitab al-Umm
karangan Imam al-Syafi'i rahimahullah ta'ala yang
diringkaskan oleh seorang ulamak dari Universiti
al-Azahar, Mesir, Syaikh Hussain Abdul Hamid Abu
Nashir Nail.

Sewajarnya bagi mereka yang mengaku berpegang kepada
mazhab Syafi'i berusaha untuk mendapatkan buku ini
agar mereka boleh memahami serta mempelajari fahaman
Fiqh yang original dari Imam al-Syafi'i rahimahullah
sendiri. Menerusi pengalaman penulis, begitu ramai
dari kalangan kita di Malaysia termasuklah mereka yang
ber"title"kan Ustaz yang menempelkan sesuatu amalan
itu sebagai pegangan Imam al-Syafi'i namun dari segi
realitinya Imam al-Syafi'i sendiri tidak pernah
mengajarnya malah berlepas diri dari ajaran-ajaran
tersebut. Disebabkan kejahilan sebegini mereka telah
menuduh golongan yang tidak sefahaman dengan
amalan-amalan yg mereka "Syafi'ikan" itu sebagai
terkeluar dari Mazhab Syafi'i atau jolokan yg selalu
kita dengar iaitu "Kaum Muda / Wahhabi".

Saranan saya agar dapatkan kitab Mukhtasar Kitab
Al-Umm Fi Al-Fiqh ini agar kita dapat mengenali
ajaran-ajaran sebenar Imam al-Syafi'i rahimahullah
serta melihat sendiri kebijaksanaan beliau dalam
mengeluarkan sesuatu hukum mengikut acuan al-Qur'an
dan al-Sunnah. Buku ini juga telah diterjemah dengan
menggunakan Bahasa Malaysia Moden yang mudah difahami.
Insya Allah

MESTI BELI bagi semua mereka yang mengaku bermazhab
Syafi'i

ABU IQBAL MOHD YAAKUB


      
____________________________________________________________________________________
Be a better friend, newshound, and 
know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.  
http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i62sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ

Kirim email ke