Assalamualaikum wrm wbt.
   
  Melihat perkembangan politik hari ini, dengan
  membaca dan meneliti sendiri beberapa peristiwa 
  yang berlaku di beberapa kawasan yang dimenangi
  oleh Pakatan Rakyat.  Takut dan sedih ada di hati saya,
  menjadi sgt berkecamuk. Entah apa lagi ya..rasa ini.
  rasa hairan, terkejut semuanya ada.
  Boleh saya katakan di sini... puak2 umno di tempat saya
  selama ini telah banyak melakukan rasuah, penyalahgunaan
  wang surau dan Dewan Org Ramai dan kini bermatian2 
  mempertahankan tempat2 ini semua kerana wang dan 
  takut terbongkar berbagai penyelewengan mereka. 
  (Benarlah kerana wang dan kuasa mendorong org yang tak beriman 
  sanggup buat apa saja). Untuk berhadapan dng mereka 
  dan bercakap tentang DOSA PAHALA, HALAL dan HARAM. 
  Ini bukan hujah dan senjatanya. (tak Lut kata org).
  Walau kita merasa ngeri dan tak habis fikir apakah puak2 ni
  tak rasa dosa. Matikan sajalah kehairan kita tu, 
  kerana hati mereka tak akan takut dan gerun. walau solat
  mereka tak tinggal, puasa mereka tak tinggal 
  (syukurlah kalau benar begitu - huznuz zon) 
  Umno di tempat lain, wallahu a'lam.  Apakah mereka2 ini mewakili
  perangai dan budaya umno keseluruhannya hingga ke 
  peringkat tertinggi mereka?  tapi jika membaca artikel ini ..
  jelas menunjukkan kepimpinan Umno ini juga tak tahu
  bahawa kezaliman yg berlaku antara manusia dengan manusia
  itu berat dan berlarutan hingga ke akhirat..tak boleh habis begitu saja.
  Lain dosa kita dng Allah kita mohon ampun, taubat
  mudahan Allah terima. Tapi dengan manusia ni....
  tak kan selesai..tak mudah.  BERATTTTT..berangkai-rangkai,
  tersekat kaki kita melangkah ke syurga (yn sekongkol, yg angguk
  yg pangkah hingga terlaksana kezaliman hasil tangan mereka)
  jika tak selesai dng manusia yg kita zalimi ini.  Astaghfirullah...letih
  memikir mentality puak2 ni..cara mereka fikir cam ne agaknya.   
Jawapan2 mudah yang mereka berikan sebagai alasan dan tangkisan
  itupun akan dipertanggungjawabkan nanti di sana. 
  (Nak sebut juga ttg akhirrat walau pun mereka tak alergik) 
  kerana selagi kita mengaku kita Muslim mukmin jalinan
  kehidupan kita, pecaturan hidup, 
  pilihan hidup  yang tak akan henti2 kita berhadapan 
  sementara menuju kematian ini tak akan terlepas
  daripada soal halal haram, dosa pahala, 
  syurga neraka. Apa lagi nak kita sebut, nak kita rujuk? selain
  Quran dan Hadis? itulah dia pengukur tiap tindak tanduk kita.
  Itulah HIDUP KITA sebenar tak boleh lari dari bicara soal itu. 
  Nyawa boleh dicabut sebentar lagi..tapi tika nyawa dicabut 
  apa yg sdg kita fikirkan?. Apa otak kita sedang merencanakan??
  mudahan saja kita tdk sdg merencanakan sesuatu yang busuk dan 
  jahat, kerana terlalu tenggelam dalam mengejar kemewahan dunia 
  dan dendam. Rugii. Hidup tak lama.  so Jnglah Zalim.  Kembalilah
  berbuat baik.  
   
  Akhir kata ..semoga keluarga mangsa ISA dikurniakan Allah
  kekuatan dan ketabahan, kerana Allah tahu kamu mampu
  menerimanya..dng IzinNya jua segalanya akan berakhir.
  InsyaAllah.
   
  Yang simpati.  Aku.   
   
  [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
            (Pimpinan PR, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)


Detikdaily
"Mahu saya simbahkan air asid ke muka Khairy ..."
Posted on Thursday, May 01 @ 08:33:11 MYT by reformis 
 Oleh Norlaila Othman.   Keluarga Tahanan ISA 6 tahun
  

Saya  keluar dari bangunan Parlimen petang tadi dengan hati yang panas dan 
menggelegak. Sekiranya saya ada bawa air asid, hendak saja saya simbah ke muka 
mereka-mereka yang begitu ‘sayang’ dan angkuh kerana mereka  dijaga oleh ISA.
  

    “I tak boleh pakai badge ni sebab I luv ISA…. Lagi pun family I belum ada 
yang kena ISA”,  itu lah jawapan Timbalan Ketua Pemuda UMNO yang juga menantu 
bekas penguasa ISA, Khairy Jamaludin, ketika dihulurkan lencana ISA kepada 
beliau petang  tadi. 

Sebelum itu saya dan YB Dr Lo’ Lo menghulurkan lencana yang sama  pada Mukhriz 
Mahathir  dan jawapannya ialah “saya tak boleh ambil badge ni … lagipun, kalau 
tak salah, kenapa mereka kena ISA pula?” 


Berdesing telinga saya mendengar kata-kata itu.  

  
Itulah antara kata-kata sebahagian Ahli Parlimen Barisan Nasional yang kami 
temui di Parlimen petang tadi. 

  

  
Pada hari ini, Gerakan Mansuhkan ISA telah mengadakan satu majlis khas 
menyerahkan lencana ISA kepada semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.
  

  
Di majlis itu, GMI dengan kerjasama Bar Council menyerahkan satu memo yang 
diterima oleh Ketua Pembangkan YB Datin Seri Dr Wan Azizah dimana dalam memo 
itu, mendesak supaya semua tahanan di Kem Kamunting segera dibebaskan.
  

    Dalam majlis itu, Saudara Amer Hamzah, yang menjadi peguam tahanan, 
mendesak supaya Datuk Seri Syed Hamid Albar pergi melawat tahanan di Kem 
Kamunting dan lihat sendiri keadaan mereka. 

  

  
Syed Hamid dilantik menjadi menteri kerana beliau di pilih oleh rakyat, 
justeru, dia sepatutnya berusaha untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat, 
bukan setakat melawat tahanan ISA di Kem ,tetapi juga untuk membebaskan mereka  
dengan segera.
  

    Majlis penyerahan lencana ini adalah salah satu usaha untuk mendidik rakyat 
yang dipilih menjadi Ahli Parlimen supaya mereka mempunyai sedikit rasa simpati 
terhadap nasib Tahanan ISA yang berada dalam pemerintahan mereka.
  

  
Ahli Parlimen adalah orang yang dipilih rakyat untuk membela nasib mereka. 

  

  
Namun, dari pemerhatian saya, walaupun ramai rakyat tidak suka ISA, namun 
pemimpin yang mereka pilih ini adalah dari golongan manusia yang hati mereka 
telah kering kontang dari sifat belas  kesihan kepada  sesame manusia. 

  

  
Walaupun rakyat telah memberi gambaran bahawa mereka menolak pemimpin yang 
ego,bongkak dan tidak berperikemanusiaan dalam PRU12 baru-baru ini, namun semua 
pemimpin yang saya temui tadi seolah-olah tidak ada rasa simpati, jauh dari 
rasa insaf dengan “hukuman’ yang telah dijatuhkan oleh rakyat.
  

    Saya rasa amat malang menjadi rakyat Malaysia kerana  mempunyai pemimpin 
yang sengaja  jahil dan tidak mahu membuka mata hati mereka terhadap  kejahatan 
 serta kezaliman ISA.

Mungkin mereka akan sedar jika UMNO sudah dibubarkan dari bumi Malaysia ini.





Englishsection
My life is at a standstill - ISA detainee's wife 
KUALA LUMPUR, May 1 (ES) - Her husband has been detained without trial for 
nearly four and a half months, but for Pushpaneela S., 46, her life was still 
at a "standstill".   Pushpaneela, who is a wife to Internal Security Act (ISA) 
detainee M. Manoharan said that her three young children currently studying in 
a primary school were also having a troubled time without their father present.
  

  "I appeal that the Federal government have the compassion to release all 
those 70 detained immediately," Pushpaneela who appeared to be distressed told 
a packed press conference at the Parliament lobby here April 30.
  

  Pushpaneela said her husband who is also the newly elected representative to 
Kota Shah Alam state constituency not only had a responsibility towards his 
family but also to his constituency.
  

  "Please release him so we can get back our lives," she said.
  

  Pushpaneela with other family members of ISA victims, was part of the 
delegation headed by Abolish ISA Movement (GMI) working committee chairman Syed 
Ibrahim Syed Noh during the handing in of a memorandum to parliamentary 
opposition leader Dr Wan Azizah Ismail.
  

  The draconian law was originally formulated to fight communist insurgency 
during the emergency in the 60’s but calls for the law to be repealed had been 
renewed especially following the opposition gain in last month general election.
  

  Wife harassed when husband's plight highlighted 
  The delegation also handed out badges in their bid to get the draconian law 
abolished including to newly elected parliamentary member Datuk Mukhriz 
Mahathir and Khairy Jamaludin.
  

  Another wife of ISA detainee, Norlaila Othman said her efforts for ISA to be 
abolished has been met with threats that her husband who is currently serving 
detention for six years would be incarcerated further.
  

  "I don't want other people to experience what I have gone through," she said.
  

  She received the threats whenever her story was highlighted by the 
alternative media such as Harakah and online newsportal Malaysiakini.
  

  "The husband has been detained for six years while the wife get harassed (for 
highlighting his plight)," she said.
  

Also present at the event were Pakatan Rakyat (PR) parliamentary member 
including Islamic Party of Malaysia (PAS) MPs Lo' Lo' Ghazali, Siti Mariah 
Mahmud and newly elected Democratic Action Party (DAP) parliamentary member 
Charles Santiago. – Saadon Aksah/ES



HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/    
---------------------------------
  Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it 
now.  

                           

       
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Kirim email ke