Aswt,
   Hari Selasa lepas dalam sesi perbahasan di Parlimen seorang 
?Timbalan Menteri (bangsa Melayu) guna perkataan Tamil untuk suruh seorang 
wakil PAS yang juga Melayu yang berdiri kerana tak puas hati jawapan beliau 
supaya duduk. Malangnya sebutan perkataan Tamilnya yang ?tidak tepat menjadikan 
maksudnya ?lucah dan dibantah oleh wakil PKR berbangsa India (?YB 
Gobalakrishnan). Saya rasa Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ni sengaja 
mengalihkan isu yang dibangkitkan tentang kedudukan Naib Canselor ?UM yang 
dipendekkan tempoh kontrak jawatannya yang didakwa Ahli Parlimen (PAS- ?Padang 
Terap) sebagai satu tindakan yang kemungkinan boleh menjejaskan penarafan 
universiti. Dakwa beliau lagi tindakan yang diambil itu seperti ?berbau 
politik. Isu itu sepatutnya tidak berlarutan jika Timbalan Menteri berkenaan 
tarik balik saja perkataan Tamil yang digunakan jika ia boleh membawa maksud 
lain. Mereka yang berbangsa India tentu lebih arif dengan sesuatu
 sebutan dalam bahasa mereka tapi inilah masalah dengan pemimpin ?UMNO yang 
terlalu ego, yang tidak jagoh tapi nak tunjuk jagoh kepada semua orang, semua 
bangsa!! Apakah seseorang yang bersikap begini layak jadi Timbalan Menteri di 
Kementerian Pengajian Tinggi pula tu?? Nampak jelas akibat dah hilang majoriti 
dalam PRU 12 baru-baru ini sebilangan wakil rakyat yang dilantik sebagai 
Menteri dan Timbalan Menteri oleh Dollah bukan lagi dari kalangan yang 
benar-benar layak!! Wallahua'lam.

ibnuAli
kota jembal

    



      

Kirim email ke