Maaf, yg dibawah aneh juga, tapi sepatutnya: "Aneh tetapi tidak seaneh
beberapa orang ahli PAS dulu yg tinggalkan PAS masuk UMNO atas alasan PAS
tidak cukup kuat menentang UMNO!

2008/5/26 <amali>:

>   Aneh tetapi tidak seaneh beberapa orang ahli PAS dulu yg tinggalkan UMNO
> masuk PAS atas alasan PAS tidak cukup kuat menentang UMNO!
>
> ---------- Forwarded message ----------
> From: Perak" <"Topeng>
> Date: 2008/5/23
> Subject: Help Palestine [hidayahnet] Keputusan Ezam 'aneh', kata Wan Azizah
> To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
>
>
>
> Keputusan Ezam 'aneh', kata Wan Azizah  S Pathmawathy | May 22, 08 4:47pm  
> Presiden
> PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menyifatkan sebagai aneh
> bagi bekas ketua Angkatan Muda PKR (AMK), Ezam Mohd Nor menyertai semula
> Umno.
>
> [image: keadilan wan azizah]Ketua pembangkang itu berkata, ia kerana Ezam
> sendiri begitu kritikal terhadap parti Umno.
>
> "(Tetapi) ini pilihannya. Selepas apa yang dilakukannya untuk parti,
> selepas dipenjara, dia memilih untuk kembali semula kepada mereka (Umno),"
> katanya ketika diminta mengulas 
> *laporan*<http://www.malaysiakini.com/news/83257>media yang Ezam akan  
> menyertai semula Umno.
>
> Wan Azizah bagaimanapun menolak andaian bahawa tindakan Ezam itu akan
> membawa kerugian besar kepada PKR.
>
> Sebaliknya, kata ahli Parlimen Permatang Pauh itu, parti itu mempunyai
> ramai lagi ahli untuk memimpin dan memperkukuhkan parti.
>
> Manakala Ketua Penerangan PKR, Tian Chua pula berkata, tindakan Ezam itu
> tidak memberi sebarang kesan kepada PKR kerana beliau tidak memegang
> sebarang jawatan dalam parti itu.
>
> Bagaimanapun Tian yang juga ahli Parlimen Batu, berkata beliau hanya kesal
> kerana Ezam membuat pilihan seumpama itu.
>
> 'Bukan pilihan bijak'
>
> [image: ezam mohd noor 220507]Ezam - salah seorang pengasas PKR -
> meninggalkan parti itu tahun lalu kerana tidak sehaluan dengan Datuk Seri
> Anwar Ibrahim dan Naib Presiden PKR, Azmin Ali.
>
> Sejak itu, beliau mengetuai Gerakan Demokrasi dan Anti-Korupsi (Gerak).
> Bagaimanapun, sejak kebelakangan itu, timbul desas-desus, bahawa beliau akan
> kembali semula menyertai Umno.
>
> Hari ini, Ezam memberitahu Malaysiakini yang beliau akan mengeluarkan
> kenyataan mengenainya minggu depan.
>
> Menurut Tian Chua lagi, parti itu akan sentiasa menghargai perjuangan dan
> sumbangan Ezam.
>
> "Saya rasa beliau telah berkorban untuk perjuangan kita dan beliau telah
> membuat pendirian yang kritikal untuk membawa perubahan.
>
> "Tetapi apabila perubahan itu telah diterima oleh rakyat, maka adalah aneh
> untuk menentang arus tersebut - untuk bersama dengan pihak yang kita tentang
> selama ini," katanya.
>
> "Ini adalah sesuatu yang saya tidak faham dan saya fikir ianya bukan satu
> keputusan yang bijak," tambahnya.
>
>  Reaksi pemimpin Umno
>
> [image: smm meeting with nazri 110907 nazri abdul aziz]Bagaimanapun,
> Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Nazri Abdul Aziz gembira
> dengan kepulangan Ezam ke pangkuan Umno.
>
> Beliau berkata, Ezam adalah salah seorang yang paling dipercayainya ketika
> beliau (Ezam) masih dalam Umno.
>
> "Saya memberi kepercayaan kepadanya untuk menyediakan ucapan saya dan
> banyak benda lain lagi dan saya amat sedih bila beliau meninggalkan Umno,"
> kata Nazri
>
> "Saya begitu gembira bila mendengar beliau akan menyertai semula Umno.
> Keahlian Umno adalah terbuka kepada semua orang, mereka yang layak dan mahu
> menjadi ahli, mesti diterima," katanya.
>
> Menurutnya, dengan kedudukan Umno yang tercorot sekarang, maka parti itu
> tiada pilihan, kecuali untuk naik semula ke atas.
>
> "Umno akan mempunyai prospek yang lebih baik pada masa akan datang," kata
> Nazri.
>
> Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Shafie Apdal
> juga menyambut baik Ezam menyertai semula Umno, dan menegaskan keputusan
> akhir adalah di tangan perdana menteri.
>
> "Mengapa tidak, sekiranya ia merupakan langkah untuk memperkukuhkan parti,"
> tanya.
>
> Ezam, 40, mengikut Anwar meninggalkan Umno pada 1998.
>
> Ketika itu, beliau merupakan setiausaha politik Anwar dan pernah ditahan di
> bawah ISA dan menjalani hukuman penjara bagi kesalahan di bawah Akta Rahsia
> Rasmi (OSA).
> --
> Berjuang,berjuang,berjuang dan terus berjuang!!!
>
> Visit My Blog : http://perisikrakyat.blogspot.com/
>
> "WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN
> DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN
> UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA
> MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG
> PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN
> MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"
>
> "Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik
> membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,
> supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini
> - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu
> menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).
>
>
>
> --
> AHMAD MUSLIM ALI
> IDRIS/BATCH74
>  
>



-- 
AHMAD MUSLIM ALI
IDRIS/BATCH74

Kirim email ke