Cerpen Pendek Menarik Mengenai Palestine (True Story)
Dilulus terbit pada Monday, January 05 @ 12:15:00 MYT oleh TokPenghulu 
 Oleh mohaz_line

"Tika
blog ini diposkan, suasana pagi di sini amat nyaman sekali.
Diselang-seli dengan bunyi cengkerik malam yang melagukan lirik-lirik
PenciptaNya. Tika ini juga kupasti penduduk sekitar sedang asyik dibuai
lena tahun baru yang penuh dengan azam basi tahun-tahun lepas. 

Telingarku
dari tadi dilunakkan dengan keasyikan lagu buatan manusia yang
tercorong melalui radio bersama dengan irama dan celoteh malam yang
penuh kehipokritan dari juruhebahnya.



Tiba-tiba ku
terdengar suara rintihan kanak-kanak memekik meminta tolong.
Melaung-laung memanggil ibubapa mereka. Kadang-kadang kedengaran suara
dewasa bertempik meminta pertolongan. Juga suara rintihan supaya tidak
diapa-apakan mereka. Aku buntu mencari punca suara mereka semua. Bukan
dah lewat malam sekarang? Mengapa mereka belum tidur lagi? Bisik hati
kecilku. Aku tertanya-tanya di manakah mereka?

Aku terdengar
lagi. Kali ini bunyi dentuman yang amat kuat yang bersahutan dengan
bunyi seperti bom tangan. Aku panik. Apakah yang berlaku di
tengah-tengah malam yang ku sangka dingin tadi? Aku bingung. Bunyi
dentuman tadi hilang sebentar tapi disusuli pula dengan deruman enjin
jet pejuang dan helikopter yang amat bingit. Lagi aku bingung. Sesekali
bunyi orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Allahu
Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Aku terasyik dengan laungan itu.
Mereka seolah-olah memanggil aku. Cuba mengejutkan penduduk di sini.
Mereka cuba memberitahu sesuatu. Mereka seolah-olah merintih apa yang
mereka hadapi sekarang. Apa yang yang dah berlaku? Tekaku.

Rupanya
nun jauh di Semenanjung Gaza mereka tidak tidur. Mereka tidak lena
malam ini. Tidak seperti keluargaku yang sedang lena dihanyutkan dengan
mimpi-mimpi indah. Tidak senyaman malam kampung halamanku. Tidak pula
kedengaran cengkerik menyanyikan lagu-lagu PenciptaNya. Aku tersedar
dari lamunanku.

Mereka kini sedang mencari-cari tempat
persembunyian tatkala aku di sini selesa di atas kerusi pastik. Mereka
kini bersengkang mata menjaga keselamatan diri dan keluarga tatkala aku
di sini bersengkang mata melayari internet. Mereka kini sedang
mengerang kesakitan dek ditembak peluru-peluru sesat yang sengaja
disesatkan Yahudi Laknatullah tatkala aku di sini sedang mengerang
sakit pinggang dek kerana terlalu lama mengadap komputer. Mereka kini
sedang disajikan dengan bunyi dentuman bom dan senjata api yang entah
dari mana puncanya tatkala aku di sini disajkan dengan bunyi radio
dengan juruhebah bodohnya. Mereka juga kini sedang takut menyelubungi
diri mereka lantaran deruman jet-jet pejuang yang mengganas di sekitar
rumah kediaman merka tatkala aku di sini takut lantaran dentuman pintu
dapur yang ditolak angin kerana lupa dikunci siang hari. Mereka juga
berselimut ketakutan takut-takut askar Yahudi menceroboh masuk
bilik-bilik mereka tatkala aku di sini berselimut tebal kerana
kesejukan kipas.

Duhai Palestinians...
Aku terjaga kali ini.
Aku mendengar malam ini. Aku nampak kamu sekalian malam ini. Aku dapat
menyelami kegusaran hatimu itu. Jauh di sudut hati aku mahu berada
disampingmu.
Tapi apakan daya, aku hanya dapat menonton keperitanmu
dari kaca televisyen sahaja. Tapi bukan paparan utama, hanya paparan
sampingan sebelum berita sukan. Aku hanya dapat melihat penderitaanmu
dari paparan laman-laman web seadanya. Aku hanya dapat menatap
kesengsaraanmu dari hebahan surat-surat khabar sahaja. Itu pun di
sisipan kedua setiap akhbar di Malaysia ini. Aku hanya dapat
menyaksikan kematianmu satu persatu melalui statistik dunia.

Duhai Palestinians...
Maafkan aku. Memang kita seagama sesaudara. Tapi apakan dayaku. Hanya doa 
kupanjatkan.
Ya Allah...
Kau perkuatkan keazaman mereka untuk menentang Yahudi Laknatullah.
Kau kurniakanlah kekuatan yang luar biasa untuk mereka menghadapi musuh-musuh 
agamaMu. (2009 Copyright mohaz_l...@hotmail.com)
Kau syahidkanlah mereka dek kerana mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta.
Kau berilah kemenangan di akhir episod duka ini. Amin.

Sumber :www.hafizaid.blogspot.com


" 

Kirim email ke