Tuan-Tuan yang dihormati,

Saya teringat satu lagi cerita yang tidak kurang hebat bila kita sebut P.Ramlee 
dan ramalan atau pandangan beliau.

Dalam cerita Pendekar Bujang Lapuk Ramlee dan kawan-kawan pergi belajar di 
kelas dewasa.
Pada satu babak, Ramlee telah diminta mengeja dan menyebut Alif, Mim, Nun, Wau 
(sepatutnya disebut AMNU (UMNO).
Tahukah tuan-tuan apa yang di sebut oleh Ramlee.....

"Oooh itu SARKIS".

Pandai-pandailah tuan-tuan terjemah kenapa Ramlee sebut SARKIS.

Sekian, wassalam.




________________________________

P. Ramlee sudah ramal sidang DUN bawah pokok

Dharmala NS
Wed | Mar 04, 09 | 11:11:18 am MYT
Sidang DUN Perak bawah pokok yang berlaku hari ini (3 Mac 2009) persis filem P. 
Ramlee 'Laksamana Do Re Mi', takhta kerajaan Pasir Dua Butir bersidang di bawah 
pokok.




Dato' Ustaz Abu Bakar rakan penceramah saya malam 28 Februari lalu di samping 
Zulkifli Omar (Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan), turut ketawa apabila saya 
bangkitkan filem-filem Allahyaram Tan Sri Dr P Ramlee, yang dialognya menyebut: 
"Salah tu memang salah tapi undang-undang Dato' yang bikin."
Langkah 'rampasan kuasa' di Perak memang dipersoalkan, tetapi seperti dialog 
Tok Nikah Kahwin dalam 'Musang Berjanggut' semuanya menjadi ?halal?. Insiden 
yang berlaku hari ini (3 Mac 2009) apabila DUN Perak bersidang di bawah pokok, 
persis filem P. Ramlee 'Laksamana Do Re Mi', takhta kerajaan Pasir Dua Butir 
bersidang di bawah pokok.
Maknanya, P. Ramlee lebih jauh pandangannya kerana filem yang dibuat pada dekad 
1970-an, benar-benar berlaku pada 3 Mac 2009, apabila Menteri Fasola merampas 
kuasa. Ironinya, Menteri Fasola masih berkeras mahu menunjukkan sikap 'akulah 
aku' dengan tak menghirau majoriti rakyat terlalu meluat, mencemuh dan mencerca.
(Artikel ini dipetik daripada laman blog Dharmala NS, sasterawan Melayu yang 
mengetuai Warga Prihatin Malaysia - PRIMA) _
Sidang DUN di bawah pokok March 4, 2009Posted by Mr. Ash in Articles.


‘Jika di atas pokok pun ia sah’ - Dr Mohammad Agus Yusoff
(TV Antara) - “Jika di atas pokok pun ia sah”, itu pandangannya ketika ditanya 
mengenai kesahihan “persidangan tergempar” itu yang diadakan di bawah pokok di 
luar bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak, 
di Ipoh pagi semalam. Persidangan itu, yang dipanggil oleh Speaker DUN Perak V. 
Sivakumar, berlangsung selama kira-kira 30 minit bermula 10.20 pagi, dihadiri 
semua 27 ADUN PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Mohammad Agus, seorang pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi 
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berpandangan bahawa tiga usul yang 
diluluskan itu juga sah dan tidak boleh dicabar di dalam mahkamah. Usul-usul 
itu ialah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin 
sebagai Menteri Besar; membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri 
diadakan; dan mengesahkan keputusan Speaker Sivakumar melarang Menteri Besar 
Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada 
menghadiri persidangan dewan.
“Sebelum ini Dewan Undangan Negeri Perak hanya ditangguhkan dan tidak 
dihentikan. Jika ditangguhkan, maka Speaker mempunyai kuasa untuk mengadakan 
persidangan tergempar itu tanpa mendapat perkenan Sultan,” katanya kepada 
Bernama.
Sementara itu, Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk Ambiga Sreenevasan berkata 
perkara yang berlaku di Perak di luar dugaan dan membabitkan isu perundangan 
yang kompleks. Sungguhpun ia tidak munasabah untuk satu pandangan konklusif 
mereka, sesetengah perkara itu hendaklah ditangani sebagai satu perkara 
prinsip, katanya dalam kenyataan.
Beliau menanyakan sama ada dibenarkan untuk mengadakan persidangan Dewan 
Undangan di luar Bangunan Sekretariat Negeri. “Tentulah, Bangunan Sekretariat 
Negeri di mana Dewan Undangan Negeri patut diadakan. “Bagaimanapun, Speaker dan 
Adun Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilarang daripada mengadakannya di satu 
tempat yang sesuai oleh polis dan ini membangkitkan isu serius mengenai 
kesahihan tindakan polis.
“Dengan itu Speaker tersebut tidak ada pilihan tetapi untuk bertindak dalam apa 
yang dilihat sebagai kuasa yang luas untuk mengadakan persidangan ini di tempat 
lain,” kata beliau. Beliau berkata ada pandangan berbeza, tetapi keadaan itu di 
luar dugaan dan Aturan Mesyuarat mungkin tidak meliputi sepenuhnya seperti 
keadaan yang tidak diingini, menyerahkan kepada Speaker dengan kuasa untuk 
bertindak mengikut keadaan kes itu. Sreenevasan berkata keadaan itu tidak boleh 
dipertahankan daripada kritikan dan hanya mendesak untuk satu perkara iaitu 
pilihan raya negeri. “Kini ada harapan untuk ini berlaku. Biarlah rakyat 
menentukan,” tambah beliau.

________________________________
 Bersosial dan bersambung dengan lebih baik hari ini.
Tambah lebih ramai rakan ke Yahoo! Messenger sekarang!



      Get your new Email address!
Grab the Email name you've always wanted before someone else does!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/aa/

Kirim email ke