Assalamualaikum.

Maaf saya mencelah, teringin juga memberi pendapat.

Perlembagaan Malaysia bukanlah perlembagan "Superman" yang kebal daripada
perubahan dan pindaan. Kalau kekebalan raja boleh dilucut begitulah juga
perkara-perkara lain.

Kuota pengambilan kakitangan kerajaan juga boleh dilupakan terutama sekali
dalam keadaan tenat ekonomi semasa dan akan datang. Begitulah juga jawatan
tertinggi dalam jabatan-jabatan boleh dikuasai. Ini memungkinkan gugurnya
status polis dan angkatan tentera diraja.

Seorang kontraktor berpengalaman akan lebih bijak mengesan peluang dan
mengelak jurang, bagaimanapun niat juga yang akan menentukan jalan.

2009/8/4 <>

>
>
> *saudara yg kirim emel cerita tan sri,*
>
> **
>
> *kenapa mewar-warkan sangat soal hak sama rata ni..saya tak suka sebut,
> tapi sebab sdr suka mengulang2 skrip ciptaan umno nampaknya. inilah modal
> yang sedang dijaja setiap hari hinggakan ada mufti kita sendiri nampaknya
> sudah terpedaya.*
>
> **
>
> *sdr, apa sangat yg diminta oleh golongan pendatang (yang bukan kroni
> umno) ini dibandingkan dgn apa yg telah diberi oleh umno kpd rakan cina
> mereka tauke2 mca. apa yg penting sangat hak sama rata dibandingkan dgn
> berapa ribu tender pelbagai kontrak yg diali-babakan oleh melayu sendiri?
> tapi umno menipu rakyat dgn menyebut org melayu sudah pandai berdikari. lain
> yg disebut lain yg dibuat. apa yg penting sangat hak sama rata dibandingkan
> dgn berapa ribu hektar tanah (orang kita melayu!) yang sudah diberi utk
> dimajukan oleh syarikat2 cina? tanah di pulau pangkor, genting highlands,
> johor, di melaka,  dan merata lagi cina yang punya. siapa yang beri??
> kontrak balak ribuan juta di sabah & pahang, siapakah pemilik terbesar?
> apakah ini tidak penting utk kita bantah?cubalah kita renung
> sedalam2nya...janganlah mudah sangat terpengaruh dgn emel2 yg kononnya nak
> membangkitkan kesedaran melayu bahawa kaum pendatang ini sudah melampau
> menuntut yg mcm2. hakikatnya hak org melayu sendiri sudah lama dahulu
> digadaikan oleh umno. cubalah teliti berapa hak rizab melayu sudah dijual
> kepada cina? saya soal kembali, mana yang lebih mustahak, mempertahankan &
> menuntut kembali setiap inci tanah org melayu yg sudah diberi kepada tauke
> mca atau berjaja ke sana sini cerita kaum pendatang ingin menuntut hak
> sama rata?  *
>
> *setiap saat kita asyik mendendangkan hak sama rata ini, hak sebenar kita
> iaitu kekayaan negara yg kita cintai ini sedang diratah perlahan2 oleh
> kroni2 umno iaitu mca sedikit demi sedikit selama 5o tahun. apa yg umno
> rugi? mereka sendiri dapat komisyen. mahukah mereka dengar rintihan org
> melayu yg ditindas oleh tauke cina? ayah saya buktinya. sudah bertahun2
> kerja dgn dinafikan bayaran. dia seorang subkontraktor di bukit tinggi,
> pahang di bawah berjaya groups sdn. bhd. milik TAN SRI vincent tan seorang
> jutawan karib umno, tetapi sehingga kini tidak dibayar. malah diugut akan
> ditarik bayaran kalau mahu mengadu di mana2. nasib kontraktor &
> subkontraktor2 melayu di bawah syarikat2 cina mca ni terlalu menyedihkan,
> cuma kita tak tahu & tak mahu ambil tahu. bayangkanlah sudah berapa lama
> bukit tinggi resort itu sudah siap. *
>
> **
>
> *apakah ini tidak penting utk kita pertahankan selain dari mengomel hak
> sama rata. ia sudah dijamin dalam perlembagaan negara. ydpa agong adalah
> pemerintah tertinggi negara. di bawah perkara 37, baginda lah yang merupakan
> pelindung hak istimewa org melayu dan perkara 152, 153 tidak boleh dipinda
> di parlimen. kalau pun pembangkang menang 2/3 majoriti pun masih tidak boleh
> pinda perlembagaan utk menghapuskan hak istimewa melayu. lalu mahu pinda
> bagaimana? askar melayu diraja, polis melayu diraja, semuanya di bawah
> kekuasaan ydpa agong. beranikah kaum pendatang nak menyebut meminda hak
> istimewa ini? mahu kena tembak? ringkasnya, mekanisme yg mempertahankan hak
> istimewa org melayu sudah diperuntukkan dalam perlembagaan. jadi apa yg
> ribut2 sangat pasal hak sama rata ini? seperti yg saya katakan, umno sedang
> menipu rakyat malaysia. benda yg tiada diada2kan. *
>
> **
>
> *nasihat saya cuba teliti perlembagaan kita. ia sudah pun 'safeguard' hak
> kita org melayu. yang lebih penting ialah memikirkan hak melayu yg tidak
> dipertahankan oleh perlembagaan seperti perkara2 yg saya sebut tadi yg
> sedang dijual oleh umno satu persatu. zaman ini saudara, wang
> segala2nya...apa sangat nak dibanggakan dgn perjuangan melayu kalau duit
> tiada di poket. itu yg lebih mustahak pada pengkhianat2 bangsa ini. maafkan
> saya sebab berkasar. tapi saya sedih dgn penipuan bertahun2 ini...kita tidak
> kenal mana musuh kita yg sebenarnya. yang bermulut manis itulah musuh tapi
> kita asyik tertembak musuh yg salah...sedihnya..*
>
> **
>
> *sekian. *
>
>
> --- Pada *Khm, 30/7/09, kho...@yahoo.com <kho...@yahoo.com>* menulis:
>
>
> Daripada: kho...@yahoo.com <kho...@yahoo.com>
> Subjek: Re: Help Palestine [hidayahnet] Hak anda hak aku tapi hak aku tetap
> hak aku!!!
> Kepada: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
> Tarikh: Khamis, 30 Julai, 2009, 10:26 AM
>
>         "Pendatang janganlah meminta berlebih-lebih" , rasanya inilah yang
> ingin diperkatakan. Namun apa yang berlaku hari ini (sejak 50 tahun merdeka)
> dibawah kepimpinan UMNO belum apa pun diminta oleh "puak pendatang" mereka
> sudah diberi !! Ketetapan hanya 30% dalam DEB kepada Bumiputra apakah ianya
> wajar ?? Adilkah itu ? Apabila negeri Kedah diterajui Pakatan Rakyat dasar
> pemilikan rumah yang dibina oleh pemaju telah dinaikkan kepada ? 50% kerana
> tanah-tanah itu rata-ratanya adalah milik orang Melayu tapi mengapa dibawah
> UMNO orang Melayu hanya boleh milik 30% saja ?? Apakah dasar ini dipatohi
> oleh syarikat-syarikat milik bukan Melayu (walau pun sekadar untuk 30%) yang
> perlu diperuntukan kepada orang Melayu tak kiralah sama ada dari segi rumah
> kediaman /gedung perniagaan lebih-lebih lagi saham mau pun kakitangan nya.
> Kakitangan profesional lagilah jangan diharap !!
>
>     Saya tak fikir apa yang dilakukan oleh kerajaan Kedah itu satu tindakan
> perkauman tapi ianya adalah dasar bagi mengembalikan hak orang Melayu
> (pemilik asal tanah tapi dimajukan oleh syarikat pemaju). Itu dalam hal
> pemilikan tanah dan harta benda tapi dalam soal perniagaan pula berlaku
> monopoli oleh bukan Melayu dan kadangkala mereka bertindak "menikam dari
> belakang" agar peniaga Melayu dalam bidang yang sama gulong tikar. Berlaku
> juga jika ada Melayu yang bekerja di syarikat milik bukan Melayu macam-macam
> diskriminasi dilakukan tapi demi kesinambungan politik UMNO jika ada pun
> tindakan ianya sekadar melepaskan batuk di tangga.  Lebih menyedihkan ada
> puak dalam UMNO yang mudah dapat projek tapi bila dapat diAlibabakan kerana
> nak dapat untung "atas angin". Sepatutnya jika tidak ada daya saing pun
> janganlah diAlibabakan tapi laksanakan secara Ali dan Baba. Masalah dengan
> kontraktor-kontrakt or Melayu ni bila dapat bayaran bukan diguna untuk
> berniaga tapi diguna untuk kepentingan lain samada bertujuan politik atau
> peribadi.
>
>     Kabarnya di Kelantan pada tahun lepas ada seorang kontraktor dapat
> kontrak bina satu jambatan (? berkembar) dan dikatakan jutaan ringgit telah
> dibayar oleh kerajaan Pusat yang ? tidak sepadan dengan kerja-kerja yang
> dilaksanakan. Dengar cerita wang itu banyak dibelanjakan untuk menang dalam
> pilihan raya 2008 di sebuah DUN dalam parlimen Kota Bharu. Kabarnya ada
> pekerja parti yang dibawa melancong ke Indonesia tak tahulah berapa yang
> dibelanjakan. Ianya wang kerajaan Pusat tapi mungkin ianya dibayar ? atas
> dasar kepentingan UMNO walau pun kerja-kerja projek yang telah dilaksanakan
> tidak setimpal !!?? Tapi kerana bijak pengundi di DUN tersebut calun itu
> kalah mungkin kerana ? ramai para pengundi "makan umpan tapi tak makan kail"
> (? tidak seperti sebahagian pengundi di Manik Urai) !! Maka apa yang berlaku
> dengan hak Melayu (hakikatnya segalanya milik dan amanah Allah swt) adalah
> kerana Melayu sendiri yang sanggup gadaikan demi kepentingan sendiri /puak
> !! Wallahua'lam.
>
> ibnuAli
> kota jembal
>
> --- On *Sun, 7/26/09, aiman.hussin@ yahoo.com <aiman.hussin@ yahoo.com>*wrote:
>
>
> From: aiman.hussin@ yahoo.com <aiman.hussin@ yahoo.com>
> Subject: Help Palestine [hidayahnet] Hak anda hak aku tapi hak aku tetap
> hak aku!!!
> To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
> Date: Sunday, July 26, 2009, 6:34 PM
>
>   Email ini saya terima dari kawan-kawan, mungkin kisah ini benar...
>
> Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan
> Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2
> orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat
> Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka,
>
> Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara.
> Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara
> orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan.
> Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami
> digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum
> merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu
> perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu
> dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan
> antara kaum.
>
> Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini
> bekerja dengan Tan Sri?
>
> Tan Sri: Oh...sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun
> sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan
> saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi
> dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.
>
> Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat
> ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja
> dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata
> Tan Sri tadi.
>
> Tan Sri: Eh..mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji
> yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka
> nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya
> pada mereka.
>
> Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang
> Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri
> pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak
> menyumbang.. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?
>
>
>
> ------------------------------
>  Dapatkan nama E-mel keutamaan anda!
> <http://sg.rd.yahoo.com/my/mail/domainchoice/mail/signature/*http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/>
> Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail.com.
> 
>

Kirim email ke