MILO...
Minum Milo Anda Jadi Sehat dan Kuat. Itulah punch line Milo bertahun-tahun 
lamanya.Paling sesuai
sehingga tidak perlu diubah atau duganti baru.
Macam mana idaknya 90%. Mari kita tengok minuman malt yang lain yang ada di 
pasaran.

Oveltine. Bertahun dia melawan milo tapi tak juga menang. Sekarang entah ke 
mana.
Horlick. Boleh bertahan sampai sekarang dan masih berebut pasaran dengan Milo 
dan yang lain.
Kemudian Vico, jenama agak baru berbanding Milo dan Horlik.
Sekarang ada pula Nesvita. Itu aje yang ada pun. Nak wat camno Milo dah 
awal-awal lagi menawan hati
orang Malaysia. Jika dibandingkan kesemua jenama di atas, agaknya yang mana 
satukah yang paling digemari?

........ walllahu a'lam.




________________________________
From: "muham...@yahoo.com" <muham...@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, August 11, 2009 8:45:18
Subject: Help Palestine [hidayahnet] If you are Muslim...You must read it.

 
100 Tahun Yang Lalu
Izinkan saya membawa anda semua kembali ke sekitar 100 tahun yang lalu.
Nestle memulakan dinastinya di Malaysia seawal tahun 1912 di Pulau Pinang yang 
dikenali sebagai Anglo-Swiss Condensed Milk Company. Ini bermakna 97 tahun, 
iaitu hampir 100 tahun Nestle berada di Malaysia. Saya yakin anda yang sedang 
membaca artikel ini belum dilahirkan lagi ketika itu, dan kemungkinan juga 
tidak ada upaya untuk hidup sehingga 100 tahun.
Nestle telah meletakkan batu asas empayarnya di sini jauh sebelum perkataan 
Malaysia itu dapat dieja. Ini juga bermakna produk Nestle telah pun disuapkan 
ke mulut rakyat Islam Malaysia sejak zaman nenek moyang kita lagi. Ia masih 
lagi disuapkan ke mulut kita yang masih hidup pada hari ini, mungkin juga ke 
mulut anak-anak kita yang akan menjadi generasi baru pada masa hadapan.
Malangnya setiap suapan itu akhirnya diterjemahkan oleh Nestle sebagai peluru 
yang digunakan untuk menembak dada saudara kita di Palestin. Dan ini berlaku 
hampir setiap hari di Palestin, sedang kita begitu enak dan santai sekali 
menikmati Nescafe untuk minuman pagi dan Milo pada malamnya.
Ada pula yang menikmati minuman Neslo, iaitu gabungan Nescafe dan Milo dalam 
satu gelas dimana kedua-duanya juga adalah produk Nestle. Gandingan dua produk 
ini barangkali memberi kepuasan berganda-ganda kepada peminumnya, dimana setiap 
tegukan itu serentak dengan bedilan berganda-ganda juga ke atas bumi Palestin 
oleh Yahudi Laknatullah.
Milo dan Nescafe Menjadi Darah Daging Umat Islam Malaysia ? Bukan satu rahsia 
bahawa rakyat Malaysia adalah pengguna terbesar minuman Milo di dunia. Fakta 
ini dijelaskan apabila Nestle menerima anugerah Pingat Emas untuk 
Malaysia-Canada Business Excellence Award pada 2006. Dinyatakan pada laman web 
itu:
Malaysia consumes 90% of worldwide consumption of Milo. It is so popular that 
almost all households have a tin of Milo and it would be almost impossible to 
find a restaurant that doesn't sell Milo beverages.
Saya terjemahkan di sini:
Malaysia menggunakan 90% daripada penggunaan Milo di seluruh dunia. Ianya amat 
popular sehingga hampir setiap rumah mempunyai satu tin Milo dan hampir 
mustahil untuk mencari restoran yang tidak menghidangkan minuman Milo.
 

Pingat Emas untuk Nestle, fakta memalukan rakyat MalaysiaBukankah gila atau 
lahapnya umat Islam di Malaysia ini sehinggakan sebesar-besar dunia ini, 90% 
penggunaan Milo itu datang dari rakyat Malaysia semata-mata?
Fakta ini juga pernah dimasukkan dalam Wikipedia berkenaan Milo, tetapi jika 
anda pergi ke pautan itu kelihatannya fakta tersebut telah dihapuskan. Pautan 
rujukan ke Anugerah MCBC juga telah dihapuskan dari Wikipedia itu. Saya tidak 
tahu mengapa dan bila ia dihapuskan dari Wikipedia, tetapi mujurlah saya sempat 
untuk mengambil screenshot semasa ianya masih ada.
 

Fakta yang hilang?Jika anda bandingkan dengan Wikipedia yang terkini, ayat yang 
menyatakan Malaysia menggunakan 90% Milo itu sudah dihapuskan, atas sebab-sebab 
yang saya sendiri pun tidak tahu.
Saya tidak fikir jika ada pihak Wikipedia yang menganggap fakta itu salah, 
memandangkan ianya diakui oleh Pengarah Urusan Nestle Malaysia, Sullivan 
O'Carrol dalam akhbar TheStar Online baru-baru ini:
O'Carrol said Milo has been available in the country for almost 60 years and 
Malaysians were the world's largest consumers of Milo.
Saya terjemahkan di sini:
O'Carrol berkata Milo telah berada di negara ini hampir 60 tahun dan rakyat 
Malaysia merupakan pengguna Milo terbesar di dunia.

Sullivan akui rakyat Malaysia paling lahap meminum Milo. Sumber>>Adakah kita 
berbangga dengan kenyataan ini? Kita, rakyat Malaysia, yang beragama Islam 
terutamanya, begitu berjasa kepada Nestle melalui penggunaan Nescafe dan Milo 
selama ini.
Produk Nescafe dan Milo ini menyumbangkan keuntungan kepada Nestle sebanyak 63% 
di Malaysia berbanding produk Nestle yang lain. Dan keuntungan ini digunakan 
oleh Nestle untuk membantu Israel melenyapkan bumi Palestin.
Hasil jasa baik kita semua ini telah membawa Nestle ke tahap yang tinggi 
sehingga kini. Sudah tiba masanya untuk kita menjatuhkannya.
Nestle Ketawa Melihat Jahilnya Umat Islam
Sumber rujukan: InMinds.co.uk

Dato Shahrir menikmati darah umat Palestin Milo di hadapan Sullivan. 
Sumber>>Semasa kita umat Islam Malaysia masih setia menggunakan produk Nestle 
menjadi sebahagian darah daging kita, syarikat itu telah bekerjasama dengan 
syarikat pengeluar makanan dari Israel iaitu Osem Investment pada tahun 2000 
untuk membina sebuah fasiliti R&D di Sderot, Israel.
R&D itu digunakan sebagai .pusat pembangunan bagi makanan snek (ya, makanan 
yang kita semua jamah setiap hari itu) dan jutaan dollar dilaburkan untuk 
operasi R&D tersebut.
Pusat R&D itu dibina di atas tanah haram di bawah kerajaan haram Israel. Dan 
jutaan dollar dilaburkan ke atas pusat R&D haram itu tiap-tiap tahun. Tanah 
yang dirampas dari tangisan dan darah umat Palestin itu senang-senang sahaja 
digunakan oleh Nestle untuk kemudahan dirinya, malah memberi manfaat pula 
kepada kerajaan haram Israel.
Sebangsat mana lagi kelakuan Nestle yang diperlukan sebelum kita mahu 
memboikotnya?
 Setiap produk Nestle yang kita jamah itu mengandungi satu lagi kandungan 
ramuan yang terlindung, iaitu darah umat Palestin!
Pada 1998, Peter Brabeck-Letmathe (salah seorang Lembaga Pengarah Nestle, kini 
sebagai Pengerusi), mewakili syarikat Nestle telah menerima Jubilee Award 
disampaikan oleh Perdana Menteri Israel sendiri iaitu Benjamin Netanyahu.
Anugerah Jubli ini adalah yang tertinggi pernah diberikan oleh kerajaan haram 
Israel sebagai tanda penghargaan kepada individu atau organisasi yang berjasa 
kepada kerajaan haram tersebut, samada melalui perdagangan atau pelaburan.
Berjasa di sini bermakna individu atau organisasi itu telah membantu ekonomi 
Israel, meningkatkan kewangannya untuk membeli lebih banyak senjata api untuk 
membunuh rakyat Palestin, menghalau mereka dari tanahair sendiri dan membina 
binaan haram di atas tanah yang dirampas.
Membeli produk Nestle bermakna membantu dan mengiktiraf kerajaan haram Israel. 
Setiap sen yang dibelanjakan untuk membeli produk mereka akan sampai kepada 
kerajaan haram Israel. Dan Israel akan menyampaikan setiap sen yang kita 
berikan dalam bentuk peluru yang dibedil ke atas umat Islam Palestin.
Apa Pendirian Kita?
Ramai di antara kita yang hanya pandai merungut.
        * Macam mana nak boikot kalau dah kedai makan cuma jual Milo je, mana 
ada produk lain?
>       * Macam mana nak boikot kalau dah kedai runcit cuma ada produk Nestle 
> je, mana ada produk lain?
Pernahkah kita bersuara kepada tauke kedai meminta mereka menukar menu minuman 
dari Milo kepada jenama lain? Pernahkah kita berkata kepada mereka yang kita 
tidak mahu jenama Milo, Nescafe, Nesquik, Maggi dan sebagainya? Pernahkah kita 
mendesak mereka menyediakan jenama lain?
Kebanyakannya akan menjawab TIDAK. Bermakna kita TIDAK melakukan apa-apa 
tindakan tetapi hanya pandai merungut. Kita tidak bertindak, apatah lagi 
menyuarakannya.
Lebih malang lagi jika kita langsung tidak peduli untuk memboikot. Mungkin juga 
menjadi lebih bangsat apabila kita memperlekehkan pula usaha memboikot.
Berapa lama lagi perlu kita tunggu sebelum kita mahu mula memboikot produk 
Nestle?
Jika kita masih mahu menunggu sehingga Palestin hancur, maka ketahuilah bahawa 
Palestin telah lama hancur!! DIkirim oleh Admin
Kategori: Boikot Israel |




      Get your preferred Email name!
Now you can @ymail.com and @rocketmail.com.
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/aa/

Kirim email ke