Ruan/puan.
Hukum rotan dalam Islam samalah juga dengan hudud potong tangan. Hukum adalah 
hukum.
Kalau nak elak contoversi, kita toksah bincang atau komen sebab itu hukum yang 
diturunkan Allah.
Bab pelaksanaan lain cerita sebab itu telah diubah-ubah oleh manusia. Apabila 
telah selesai 6,666
ayat diturnkan maka sempurnalah syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad 
dan akan terus
dipelihara oleh Allah dan orang-orang yang beriman sampai ke hari kiamat. 
Jangan konfus diri kita
dengan mengubah-mengubah hukum.

Saya bagi contoh- makan daging babi, sampai ada orang mengatakan ada kalanya 
HALAL..yakni bila dharurat.
Allah tidak pernah kata HALAL cuma kita mengharap Allah mengapunkan kita bila 
dalam keadaan terpaksa dan
selagi kita tidak melampau batas. Niat tu biar betul. Jangan bila berlaku 
keadaan dharurat kita ambil kesempatan
nak bedal semua bahagian babi, masak macam-macam jenis masakan. Ini dah melapau.

Wassalam.




________________________________
From: "kho...@yahoo.com" <kho...@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, August 25, 2009 17:39:01
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Tak kesian ka nak rotan wanita ?

 
Aswt,
  
    Kecoh Satu Malaysia bila peraturan menghukum secara merotan peminum arak 
seperti yang ditetapkan oleh Islam hendak dilaksanakan keatas seorang wanita 
yang bersalah meminum arak. Sampai PM kata (ditujukan kepada pesalah wanita 
itu) pasal apa tak merayu, jangan redha saja dengan hukuman itu ?? Selama ini 
kita tak pernah dengar pula simpati daripada seorang PM bila wanita 
dijatuhi hukuman gantung oleh mahkamah civil. Itu belum lagi hukuman rejam 
sepertimana pernah dilaksanakan oleh Rasulullah saw keatas wanita yang mengaku 
berzina. Kalau jangan redha kepada hukuman ertinya adalah lebih baik redha 
kepada perbuatan maksiat atau dihukum ikut cara yang diredhai oleh penjajah 
Barat /Yahudi dan Nasrani dulu, kini dan selamanya yang telah ratusan tahun dok 
jajah pemikiran sebahagian pemimpin Melayu/Islam ?? Sebenarnya simpati yang 
ditunjukkan itu tidak pada tempatnya. Ianya akan terus menjadikan sama ada 
lelaki atau wanita Islam mudah terjerumus kedalam
 pelbagai maksiat lain !!

   Bila PM adalah orang yang tak belajar agama dan tak mau pula tanya tentang 
agama kepada yang tau maka beginilah jadinya !!? Inilah yang menjadikan 
puak-puak yang dok berjuang hendakkan ? Islam liberal naik tocang bila seorang 
PM pun macam menentang hukuman-hukuman yang ditetapkan Islam. Sebat cara Islam 
itu dia ingat macam sebat yang dilaksanakan bawah hukuman civil yang kabarnya 
doktor dok kena rawat pula pesalah yang dirotan di bawah hukuman civil selama 
beberapa hari. Tentu sekali sebat mereka itu jauh lebih perit daripada sebatan 
yang dibenarkan dalam Islam.

   Agaknya bagi setengah-setengah orang Islam termasuk pemimpin ( terutama 
pemimpin yang bersenjatakan keris bogel ) tak patut sekali orang minum arak pun 
nak disebat !! Wanita pula tu !! Mereka anggap seolah-olah mengambil arak itu 
hanya satu kesalahan kecil sedangkan dalam Islam mengambil arak adalah salah 
satu daripada dosa besar. Tiada ibadah yang sah jika dilakukan dalam 
keadaan "tidak siuman" lebih-lebih lagi tidak siuman yang terjadi akibat 
perbuatan diri sendiri seperti meminum arak.

   Pernah berlaku di mana pemimpin Yahudi merancang agar pemimpin 
Arab/Islam dapat dibuktikan sebagai kaki betina dengan menjemput mereka ke satu 
majlis kemudian diberikan arak dan wanita cantik. Apa yang berlaku bila sudah 
berada bersama wanita dalam keadaan mabuk itu dirakamkan oleh Yahudi untuk 
didedahkan kepada orang ramai !! Maka jelas sekali minum arak itu adalah ibu 
segala maksiat !! Begitu juga jika wanita yang mabuk maka dia terdedah kepada 
pelbagai maksiat lain !! Mungkin masih ada di kalangan pak-pak menteri kita 
yang Melayu/Islam yang dulunya mungkin kaki arak tapi "terpaksa buang tabiat" 
bila dah jadi pemimpin yang masih ingin terus lakukannya sekali sekala 
sekadar satu gelas kalau pun tidak satu botol pun cukplah !! Bimbang juga 
mereka kalau tertangkap oleh penguasa ? dari jabatan Agama Islam dan disebat !! 
Wallahua'lam.

ibnuAli
kota jembal




      Get your preferred Email name!
Now you can @ymail.com and @rocketmail.com.
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/aa/

Kirim email ke