Salam. Bukan saja sedih dan menyakitkan hati. Malah mereka2 ini telah
meruntuhkan agama. Saya percaya keadaan ini bukan hanya
berlaku di felda tetapi telah menjadi wabak dan budaya di mana2
saja di Malaysia ini.  aktiviti persundalan. Menjijikkan dan menjatuhkan
maruah sebuah negara yang mengaku Negara Islam. Inilah akibatnya
bila nafsu mengusai akal fikiran. apa yang saya harapkan..kerja2
dakwah kpd masyarakat lebih dipergiatkan dan jadikan amanah dakwah
ini tanggungjawab semua orang Islam... dan perhebatkan kesedaran
beragama dan bertuhan kepada masyarakat.
 
wasalam.
 
 
 
--- On Wed, 23/9/09, ilytro...@yahoo.com <ilytro...@yahoo.com> wrote:


From: ilytro...@yahoo.com <ilytro...@yahoo.com>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Artikel 63 : 3 Wanita Bersama 19 Bangladesh
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Wednesday, 23 September, 2009, 12:22 AM


 




RAUB: Mengaibkan apabila tiga wanita Melayu tergamak mencemarkan 1 Syawal 
dengan mengadakan kenduri seks bersama 19 lelaki warga Bangladesh di sebuah 
rumah kongsi di Felda Krau, dekat sini, Ahad lalu.


Malah, ketiga-tiganya yang sedang 'beraksi' tidak sedar diintip dan dikepung 
apabila diserbu sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Raub (IPD), 
kira-kira 2.30 pagi.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman, berkata dalam 
serbuan itu, polis menahan tiga wanita berusia antara 17 dan 43 tahun.

Beliau berkata, polis difahamkan semua wanita terbabit adalah penduduk 
tempatan, termasuk seorang gadis berusia 17 tahun yang berhenti sekolah dan 
mempunyai masalah keluarga.

Menurutnya, hasil siasatan lanjut mendapati ketiga-tiga wanita terbabit sudah 
berkurung di rumah itu dua malam berturut-turut untuk melayan nafsu semua warga 
Bangladesh berusia antara 20 dan 30 tahun.

"Ketiga-tiga wanita terbabit kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut 
Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencari pelanggan bagi maksud 
persundalan.

"Polis turut menemui beberapa kondom terpakai yang berselerakan di lantai," 
katanya, semalam.

Menurutnya, selepas polis memasuki rumah kongsi itu, beberapa warga Bangladesh 
terbabit cuba melarikan diri, namun mereka gagal kerana kawasan itu sudah 
dikepung.

"Hasil pemeriksaan, kita mendapati rumah berkenaan dibahagikan kepada beberapa 
bilik," katanya.

Beliau berkata, semua warga Bangladesh terbabit turut ditahan bagi membantu 
siasatan berhubung kegiatan tidak bermoral itu.

Menurutnya, seorang lelaki berusia 56 tahun dipercayai ‘bapa ayam’ yang menjadi 
dalang di sebalik kegiatan haram itu turut ditahan dan disiasat mengikut 
Seksyen 372A Kanun Keseksaan kerana menyalahgunakan mana-mana orang bagi tujuan 
persundalan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara 15 tahun, sebatan dan 
denda.

IlyTrolak : Terima kasih Abi atas emel yang diberi. Sedih dengan gejala sosial 
yang tidak bermaruah yang berlaku di kawasan FELDA.



--
Dicatat Oleh IlyTrolak ke ::::: Aku Budak Trolak ::::: di 9/23/2009 03:18:00 PM















      
________________________________________________________________________________________
Get connected with chat on network profiles, blogs, or any personal websites! 
Yahoo! allows you to IM with Pingbox. Check it out! 
http://my.messenger.yahoo.com/pingbox

Kirim email ke