Penyakit berbahaya akibat jarang dibelai
isteri<http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/penyakit-berbahaya-akibat-jarang.html>

<http://laman-seri.blogspot.com/2010/03/penyakit-berbahaya-akibat-jarang.html>

<http://4.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/S6L7xgYhEWI/AAAAAAAADtM/0rTiscyKlNo/s1600-h/romantic+couple.jpg>
Assalamualaikum warahmatullah,

Benarkah lelaki curang sebab isteri malas membelai? Lelaki selalunya akan
memberikan alasan isteri tidak lagi memberikan perhatian atau isteri tidak
lagi mengancam atau isteri itu ini begitu begini, untuk menghalalkan
tindakan mengapa mereka curang. Zalim sungguh kaum Adam, ya. Biar seribu
alasan yang boleh mereka beri, saya ingin mengajak kaum Hawa dan kaum Adam
meluangkan sedikit masa membaca entry kali ini.

Isteri diciptakan untuk menenteramkan hati suami. Seberapa berat pun tugas
dan peranannya dalam rumahtangga, isteri yang baik akan sentiasa bersedia
menyediakan hatinya untuk suami merasakan keselesaan. Mengapa hati? Ya,
kerana hati anda adalah punca kesempurnaan keperibadian anda di sisi suami.

Bayangkanlah jika hati anda sakit, mesti porak peranda isi rumah, anak-anak
disakiti perasaannya, suami pula umpama penjenayah yang dimusuhi. Tiada
sedikit pun kebaikan suami yang diingat, semua terkubur hanya kerana anda
tidak puas hati dengan kesalahan remeh yang dilakukannya.

Jika hati isteri sakit, dia hanya mahu suami memujuk dan membelai, mengalah
dan kalau boleh mencium kaki meminta maaf. Tetapi, dia tidak sedar bahawa
suami pun memiliki hati yang akan terluka jika terus menerus ditekan dan
dipersalahkan atas semua konflik yang berlaku.

Suami juga manusia yang perlukan belaian, kasih sayang dan teman untuk
berkongsi rasa. Dia bukanlah sebuah robot yang hanya tahu menjalankan
tanggungjawap, menyelesaikan tugasan dan menyediakan diri untuk semata-mata
berkhidmat. Suami dan isteri hakikatnya sama-sama memiliki perasaan dan akal
fikiran.

Satu kelemahan yang amat ketara dalam diri suami dan isteri adalah kurangnya
kemahiran membelai pasangan. Bukan hanya isteri yang mempunyai masalah
sebegini, suami pula kadang-kadang memandang remeh masalah ‘sentuhan’ ke
jiwa isteri.

Beban kerja di pejabat yang sudah terlalu berat, ditambah pula usaha mencari
pendapatan sampingan di luar waktu pejabat yang memenatkan fikiran dan tubuh
badan, di rumah suami mesti bertarung pula untuk mempastikan perasaan isteri
tidak tercedera. Masa amat mencemburui mereka berdua, kadang-kadang sentuhan
dan belaian yang diberi seolah-olah sekadar basa-basi sahaja. Lebih teruk
lagi, mereka telah kepenatan dengan komitmen lain sehingga sama-sama rela
tidak dibelai dan membelai.

Apabila mereka lebih banyak menghabiskan waktu dengan teman sekerja dalam
menjalinkan hubungan sosial dengan orang lain, maka tiada maknanya
perkahwinan itu berdiri. Masing-masing tidak mampu menjalankan fungsi dan
tanggungjawapnya kepada pasangan.

Akibatnya terjadi banyak perceraian dalam kehidupan metropolitan yang
mencabar iman kerana suami dan isteri tidak memiliki masa yang cukup untuk
bersama. Sebenarnya benang yang kusut itu dapat dileraikan jika mereka mahu
berusaha dan bekerja keras mendapatkan kembali belaian dari pasangan
masing-masing. Jadi bagaimana teknik membelai pasangan untuk mereka yang
sibuk?

Berjanjilah untuk menjayakan pertemuan dengan gembira

Sudahlah jarang bersama, masing-masing kepenatan jadi apabila bertemu, ambil
peluang pula untuk bercakaran. Simpan dulu rasa tidak puas hati terhadap
pasangan, tinggalkan dulu pakaian dari dunia luar sana yang penuh tekanan
dan kesedihan, gantilah dengan baju baru, suasana baru dan pembawaan imej
diri yang segar, ceria dan gembira.

Bukan anda seorang saja yang mesti melakukannya, tapi buatlah ‘aku janji’
dengan pasangan anda jika bertemu, kedua-duanya mesti melupakan kesedihan
dan stress dari luar rumah. Pertemuan yang indah tidak akan berjaya jika
suami melampiaskan kemarahannya kepada isteri akibat tekanan dari luar,
begitu pula isteri yang suka merungut di depan suami semua serba tak cukup,
susah dan mengadu perkara-perkara yang tak sedap didengar telinga suami.
Cubalah berjanji dengan pasangan, setiap kali bertemu, anda berdua mesti
melupakan kesedihan dan tekanan sebaliknya meraikan pasangan dengan gembira.

Singkirkan gangguan yang menjejaskan misi romantik

Suami perlu bersedia apabila berjumpa isteri, begitu juga dengan isteri,
sekurang-kurangnya menyikat rambut dan memakai pakaian yang wangi dan
cantik. Mereka mesti pandai membangkitkan syahwat pasangannya dengan
pelbagai gaya romantik, tidak semestinya berakhir dengan hubungan seks,
sekurang-kurangnya sentuhan dan belaian ikhlas itu boleh menenteramkan hati.

Singkirkan rasa malu, takut bertepuk sebelah tangan dan keraguan untuk
membelai pasangan. Kalau anda tidak mulakan, Mungkin tiada peluang lagi
untuk memperbaiki hubungan. Kalau suami mengeluh kepenatan, anda boleh
melakukan urutan untuk melegakannya. Suami mesti adil jika isteri
mennyentuh, sekurang-kurangnya berikanlah respons positif.

Jangan habiskan malam di bawah kawalan internet dan membiarkan isteri putus
asa di dalam bilik tidurnya. Agihkan masa dengan bertanggungjawap, jika mahu
melakukan sesuatu, ajaklah isteri bersama-sama.

Libatkan isteri walaupun anda terlalu sibuk, sekurang-kurangnya minta dia
duduk menemani anda sambil bersentuhan kulit. Isteri pula jangan leka dengan
anak-anak sehingga melalaikan suami. Setiap malam tidur bersama anak dan
suami pula tidak berpeluang merasai hangatnya degupan jantung isteri.

Masa bersama pasangan menjanjikan syurga

Sekali lagi anda mesti mengejar masa. Masa bersama suami adalah ibadah yang
akan mendatangkan ganjaran besar. Dari mula memandangnya, bercakap manis dan
menyentuhnya, mempamerkan senyuman ikhlas, ketawa bahagia dan lupakan
sengketa adalah pahala.

Menyediakan segala keperluan, mengenyangkan perut dan menghapuskan dahaga
akan mengalirkan pahala ke dalam catatan amal seorang isteri. Suami pula
membalas kebaikan isteri dengan layanan yang lebih baik lagi seolah-olah
sedang membina mahligai cinta mereka di syurga.

Pasangan anda adalah sumber pahala dan kebaikan, Namun mereka boleh berubah
menjadi mimpi ngeri dan neraka hidup jika anda tidak melayan pasangan dengan
niat ibadah kerana Allah.

Belaian iman jangan dilupakan

Kadang-kadang semua telah pun dilakukan untuk membuat pasangan anda bahagia,
dengan pengorbanan mental, fizikal dan wang ringgit yang tidak terkira.
Namun tidak jua datang harapan indah hidup bersamanya. Mengapa? Kerana anda
dan suami melupakan belaian iman di jiwa.

Kembalilah kepada agama, tuntunlah pasangan anda mendekatkan diri kepada
Allah. Hubungan yang rapat dengan Tuhan akan membersihkan hati, menguatkan
keyakinan dan mendatangkan cinta yang tulus. Iman pasti mampu menjaga setiap
pasangan dari penyelewengan nafsu yang memburu.

Sumber : Dr Juanda Jaya

Capaian entry berkaitan :

   1. Resepi buat isteri
bahagia<http://laman-seri.blogspot.com/2008/02/resepi-buat-isteri-bahagia.html>
   2. Bila kegiatan sulit suami
terbongkar<http://laman-seri.blogspot.com/2008/05/bila-kegiatan-sulit-suami-terbongkar.html>
   3. Poligami: Jangan Salah Guna
Agama!<http://laman-seri.blogspot.com/2008/05/jangan-salah-guna-agama-untuk-poligami.html>
   4. Personaliti, ransangan paling
hebat<http://laman-seri.blogspot.com/2009/01/personaliti-ransangan-paling-hebat.html>
   5. Mandrem (jampi) takluk suami
miang<http://laman-seri.blogspot.com/2009/05/mandrem-jampi-takluk-suami-miang.html>
   6. Prinsip keadilan penentu kebahagiaan rumah
tangga<http://laman-seri.blogspot.com/2009/06/prinsip-keadilan-penentu-kebahagiaan.html>
   7. Cemburu senaman hati untuk kesegaran
cinta<http://laman-seri.blogspot.com/2009/06/cemburu-senaman-hati-untuk-kesegaran.html>
   8. Intiplah jiwa
pasangan<http://laman-seri.blogspot.com/2009/10/intiplah-jiwa-pasangan.html>

--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing
himself. – Leo Tolstoy

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan
dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya
untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak
dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka
mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat
Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi.
Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih
tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga
kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya
seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul
mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah
segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat
Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Kirim email ke