kami di melaka. Boleh berikan alamat ibu tunggal ini. terima kasih

--- On Sat, 6/5/10, su...@yahoo.com <su...@yahoo.com> wrote:

From: su...@yahoo.com <su...@yahoo.com>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Ibu tunggal lima anak merayu bantuan
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Saturday, June 5, 2010, 3:49 PM







 









      Dia terpaksa menjadi ayah dan ibu kepada lima anaknya yang masih 
bersekolah dengan bekerja sebagai penjaga kantin di sebuah institut kemahiran 
dengan gaji RM400 sebulan. Lebih malang buat Jamaliah apabila kaki kanannya 
patah manakala anak keduanya cedera teruk setelah motosikal yang ditunggangnya 
terbabas ke dalam longkang



******************************

Ibu tunggal lima anak merayu bantuan



Utusan Malaysia 5 Jun 2010



JAMALIAH Mohd. Fadzil (kiri) bersama lima anaknya di rumah sewa di Kampung 
Kelubi, Jasin, semalam.

----------------------------------------------------------



JASIN 4 Jun - "Jika diingat masa lalu, memang sedih. Kami sekeluarga pernah 
berkongsi sepinggan nasi beramai-ramai kerana tidak cukup wang untuk membeli 
lauk."



Begitulah luahan Jamaliah Mohd. Fadzil, 37, ibu tunggal yang kini menyara lima 
orang anaknya setelah kematian suami sejak tujuh tahun lalu.



Dia yang berasal dari Kampung Kelubi, Jasin dekat sini mengakui, mereka putus 
tempat bergantung apabila suaminya, Ahmad Halim, 28, meninggal dunia setelah 
terlibat dalam kemalangan jalan raya.



Ahmad Halim terkorban setelah motosikal yang dinaikinya bertembung dengan 
sebuah kereta di Felda Bukit Senja, Nyalas ketika dalam perjalanan pulang ke 
rumah.



Sejak itu katanya, dia terpaksa menjadi ayah dan ibu kepada lima anaknya yang 
masih bersekolah dengan bekerja sebagai penjaga kantin di sebuah institut 
kemahiran dengan gaji RM400 sebulan.



Lebih malang buat Jamaliah apabila kaki kanannya patah manakala anak keduanya 
cedera teruk setelah motosikal yang ditunggangnya terbabas ke dalam longkang di 
Jalan Kampung Kelubi, dua bulan lalu.



Akibat daripada kemalangan itu, dia tidak dapat bekerja untuk menyara lima 
anaknya yang masih bersekolah kerana kakinya yang patah masih belum pulih 
sepenuhnya.



''Kami terpaksa berpindah-randah akibat kemiskinan dan bertambah buruk apabila 
saya terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan anak kedua saya cedera teruk 
di bahagian matanya.



''Saya juga patah kaki dan berehat di rumah menyebabkan saya terpaksa berhenti 
kerja sekali gus hilang mata pencarian sehingga sekarang," katanya ketika 
ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di sini semalam.



Sejak kemalangan, ibu tunggal itu hanya bergantung kepada duit bantuan kematian 
suaminya daripada Jabatan Kebajikan masyarakat (JKM) berjumlah RM150, bantuan 
makanan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sebanyak RM150 dan wang daripada 
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Socso).



Menurut Jamaliah, wang diterima masih tidak mencukupi dan MAIM tidak memberikan 
bantuan kewangan tanpa sebarang sebab," jelasnya.



http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0605&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm























      

Kirim email ke