Menteri Besar N.Sembilan kata pemimpin Umno dalam JKKK dan PBT perlu lebih 
lantang menyuarakan isu-isu disuarakan rakyat kepada pentadbiran kerajaan 
kerana ini akan meningkatkan sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap Umno 
(Adakah selama ini Umno bantu rakyat dengan niat agar rakyat menyokong Umno 
atau kerana rakyat tadi memang memerlukan bantuan? )

Mungkin Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya atau Ustaz Rasul Dahri boleh mengajar Bab 
Niat di Masjid Negeri , Seremban ? Mungkin Jabatan Hal Ehwal Agama Islam 
N.Sembilan boleh beri tauliah kepada Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya dan Ustaz 
Rasul Dahri ?

Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: 
Saya mendengar Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya setiap  perbuatan 
tergantung niatnya.  Dan  sesungguhnya  setiap  orang  (akan 
dibalas)berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin 
mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) 
Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya 
atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai 
sebagaimana) yang dia niatkan.
(Riwayat dua imam hadits, Abu Abdullah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin Al 
Mughirah bin Bardizbah Al Bukhori dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin 
Muslim Al Qusyairi An Naishaburi dan kedua kitab Shahihnya yang merupakan kitab 
yang paling shahih yang pernah dikarang).

*************************
Ahad Jun 27, 2010
UMNO Perlu Menguar-Uarkan Semua Kelemahan Parti Pembangkang

REMBAU: Pemimpin dan anggota Umno perlu menguar-uarkan semua kelemahan parti 
pembangkang agar rakyat tahu tembelang mereka, kata Pengerusi Badan Perhubungan 
Umno Negeri Sembilan Datuk Mohamad Hasan.

Di samping itu, katanya pemimpin Umno yang menganggotai Jawatankuasa Kemajuan 
dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta dilantik Anggota Majlis Pihak Berkuasa 
Tempatan (PBT) perlu lebih lantang menyuarakan isu-isu disuarakan rakyat kepada 
pentadbiran kerajaan.
"Langkah berkenaan akan meningkatkan sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap 
Umno selaku parti yang menjaga kesejahteraan mereka," katanya kepada pemberita 
selepas majlis perasmian serentak Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, 
Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Rembau 2010 di Dewan Serbaguna Institut Latihan 
Perindustrian Pedas dekat sini, hari ini.

Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata pembangkang cuba 
mengaburi mata rakyat dengan menyebarkan fitnah untuk melemahkan parti.

Katanya tindakan itu merupakan strategi mereka untuk menutup segala kelemahan 
di negeri-negeri di bawah pentadbiran pembangkang.

Sementara itu, beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Rembau meminta semua 
pemimpin dan anggota Umno di Bahagian Rembau supaya bersama-sama memainkan 
peranan dalam menjayakan misi parti 'menyerang' pembangkang.

"Selama ini, pembangkang kelihatan seperti bermaharajalela melemparkan pelbagai 
fitnah dan tohmahan tidak berasas terhadap pemimpin kerajaan termasuk Umno.

"Kini, sudah tiba masanya pemimpin dan anggota Umno terutamanya di Bahagian 
Rembau bangkit dan menunjukkan taring mereka kepada pihak lawan. Dalam bola 
sepak, serangan adalah bentuk pertahanan yang terbaik.

"Jangan biarkan sahaja pembangkang menyerang kita. Umno akan lemah sekiranya 
kita tidak membalas balik omong-omong kosong pihak lawan," katanya.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang 
juga Anggota Parlimen Rembau, Ketua Wanita Umno Bahagian Rembau Senah Peral, 
Ketua Puteri Umno Bahagian Rembau Zuliana Mohd Ridzuan dan barisan kepimpinan 
Umno Bahagian tersebut. – BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/6/27/mstar_berita/20100627180614&sec=mstar_berita




Kirim email ke