Saiful Apek sentiasa percaya, Allah Maha Kaya untuk menentukan jatuh bangun dan 
rezekinya. "Saya lebih takut apabila diadili di mahkamah mutlak iaitu di Padang 
Mashyar kelak," katanya. Saya akan cuba bermati-matian menerusi kempen 
antialkohol, dadah dan penganiayaan.

Adakah dakwaan Saiful Apek Kena Tipu RM500,000 oleh sebuah syarikat penerbitan 
filem ada kaitan dengan kes ini ? 

Mana pergi peguam pembela rakyat , pembela Melayu , pembela artis , pembela 
keadilan dalam kes Saiful Apek ini ?

************************* 
Saiful Apek tidak gentar
Oleh Zul Husni Abdul Hamid

Terharu, sebak kerana ramai peminat terus bagi sokongan

TABURLAH apa saja kata nista atau penghinaan terhadapnya, semua itu tidak 
pernah sesekali menakutkan Artis Komedi Popular, Saiful Apek, 41, untuk 
bertentang mata dengan masyarakat.

Suara minoriti yang cuba melemahkan semangat perjuangannya itu tidak akan 
sesekali diendahkan. Saiful Apek sentiasa percaya, Allah Maha Kaya untuk 
menentukan jatuh bangun dan rezekinya.

"Saya lebih takut apabila diadili di mahkamah mutlak iaitu di Padang Mashyar 
kelak," katanya dalam nada lemah ketika dihubungi atas bantuan pengurusnya, 
Adam, petang Sabtu lalu.

Diserang selsema, batuk dan demam, artis komedi kelahiran Gombak, Selangor itu 
berterima kasih dan bersyukur kepada Tuhan kerana dipilih melalui pengalaman 
yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit atau harta benda.

Biar mungkin ada yang mencemuh, Saiful berkata, peristiwa penahanan selama lima 
hari kerana disyaki mengambil dadah membawanya melalui satu proses peralihan 
yang sukar untuk digambarkan dengan perkataan.

Sakit dan trauma berdepan situasi itu masih dirasai tetapi kata pelakon yang 
baru muncul dengan filem Kecoh Betul, peristiwa itu juga akhirnya menemukan dia 
dengan siapa dirinya yang sebenar.

"Saya lebih kenal siapa diri saya, juga tahu siapa yang menyayangi dan membenci 
saya. Saya lalui satu proses yang sukar tetapi masih ada yang menyayangi. "Saya 
berterima kasih kepada segelintir peminat yang bersusah payah mengumpul dana, 
bahkan ada yang memecah tabung wang simpanan semata-mata kerana mahu saya 
bebas," katanya dalam sebak yang tertahan.

Sepanjang lima hari direman, Saiful berterima kasih kepada polis kerana 
menjaganya dengan baik. Baginya, polis sudah menjalankan kerja mereka dengan 
adil dan bijaksana.

"Maaf saya tidak dibenarkan untuk mengulas kejadian malam itu. Saya juga tidak 
boleh memberi komen lain yang berkaitan kejadian. Apa yang dapat saya kongsi 
cuma pengalaman berharga yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.

"Saya percaya kepada Allah. Saya sentiasa meyakinkan diri setiap apa juga 
musibah yang datang tidak akan menjejaskan diri dan nama baik saya. Untuk 
menjadi manusia terbaik, saya harus melalui perkara yang buruk dulu.

"Kepada mereka yang cuba menutup pintu rezeki saya, mereka harus ingat Allah 
Maha Kaya. Dia yang memberikan rezeki kepada setiap manusia dan saya percaya 
itu," katanya.

Diasak pertanyaan, apa mungkin penangkapannya itu berlaku disebabkan 
penganiayaan, Saiful Apek enggan mengulas sebaliknya menyerahkan kepada Allah 
untuk memberikan keadilan.

Pada 13 Jun lalu, Saiful ditahan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu 
Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya bersama beberapa rakannya kerana disyaki 
mengambil dadah. Dia bersama-sama suspek yang lain ditahan selama lima hari 
bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. 
Bagaimanapun, pada Jumaat lalu (18 Jun), Saiful dibebaskan dengan jaminan polis.

Mahu berehat seketika

DALAM rendah diri, Saiful yang sudah 12 tahun menekuni industri hiburan 
mengumumkan hasratnya untuk berundur sementara kerana enggan peristiwa 
penahanan itu memberi impak kepada keluarga dan anaknya yang sedang membesar.
Katanya, keutuhan dirinya tidak tergugat dengan insiden yang berlaku sebaliknya 
ingin memanfaatkan kesempatan itu untuk berehat dan meluangkan lebih banyak 
masa bersama keluarga.

"Saya sudah terlalu penat bekerja dan banyak berhutang masa dengan keluarga. 
Mungkin ini fadilat yang saya peroleh daripada peristiwa penahanan itu.

"Biarpun saya berehat daripada industri seni tetapi keputusan itu tidak pernah 
menamatkan perjuangan saya untuk memberi sumbangan kepada masyarakat. Saya akan 
cuba bermati-matian menerusi kempen antialkohol, dadah dan penganiayaan.
Keinsafan itu timbul ketika saya ditahan, membuatkan saya sangat bersyukur 
kerana kembali mendapat nikmat kebebasan," katanya.

Tidak menetapkan tempoh tertentu untuk berehat, Artis Paling Popular, Anugerah 
Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2003 itu berkata, dia akan kembali ke 
dunia seni apabila sudah bersedia nanti.

Meniti hidup dalam bidang seni mengingatkan Saiful supaya sentiasa meletakkan 
dirinya sebagai seorang pelajar kerana proses menimba ilmu itu tidak akan 
pernah berakhir.

"Jadi tidak akan ada istilah bersara atau letak jawatan, sebaliknya saya cuma 
mahu berundur diri seketika. Saya tidak mahu nanti akan ada suara yang 
mempertikai apabila saya masih tidak berubah.

"Ikhlas saya katakan, saya tidak layak dijadikan ikon atau contoh kerana ikon 
sejati ialah Rasulullah SAW. Tiada siapa yang dapat menggantikan tempat baginda.


"Dalam tempoh berehat itu, saya akan cuba berusaha untuk melaksanakan impian 
yang saya peroleh ketika ditahan reman. Saya akan kembali jika masih ramai yang 
memerlukan saya dan berasakan saya layak untuk diberi sokongan," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SaifulApektidakgentar/Article  
http://e.hmetro.com.my/bharian/articles/SaifulApektidakgentar/Article/index_html
 

Saiful Apek Dakwa Kena Tipu RM500,000
Teks oleh Thani Hasbullah

KUALA LUMPUR, 13 MEI 2010 : Pelawak popular Saiful Apek atau Mohd Saiful Azam 
Mohamed Yusoff, 41, mendakwa dia telah ditipu oleh sebuah syarikat penerbitan 
filem kerana tidak menjelaskan bayaran di atas pelaburan serta kerja-kerja 
lakonan yang dibuat menerusi dua buah filem.

Menurut Apek dia sepatutnya menerima bayaran bernilai kira-kira RM500,000 
menerusi dua buah filem berkenaan daripada syarikat terbabit yang mana 
kedua-duanya telah pun ditayangkan pada tahun 2005 dan 2006.

Dia yang hingga masih lagi merahsiakan nama syarikat penerbitan terbabit 
bagaimanapun bercadang untuk mengadakan sidang media khas dalam masa terdekat 
ini bagi mendedahkan perkara ini kepada pihak umum.

Apek berkata, dia sudah pun melantik peguam dan kes ini akan membawa ke 
mahkamah.

"Buat masa sekarang ini saya tidak akan mendedahkan syarikat mana dan filem 
mana yang dimaksudkan. Sedikit masa lagi saya bersama-sama peguam akan akan 
mengumumkannya dalam sidang media khas.

"Saya terpaksa mengambil tindakan mahkamah kerana ia melibatkan wang yang 
besar. Bagi saya ia adalah sesuatu penganiayaan terhadap punca utama rezeki 
saya. Kalau orang buat macam ini pada saya habislah saya.

"Bukan sahaja duit pelaburan saya tidak dibayar, malah duit hasil lakonan pun 
tidak diberi satu sen pun. Nak kata filem ini tak berjaya, tidak jug. Malah, 
apa yang saya tahu. kedua-duanya meletup di pawagam.

"Hingga hari ini saya berdiam diri dan menyembunyikan perkara ini. Apabila 
sekian lama menanti, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya mencari 
pengadilan. Lagi pun saya tak mahu ambil tindakan terburu-buru.

"Sebab. kalau saya hendak ambil tindakan undang-undang, ia haruslah dilakukan 
menerusi saluran yang betul. Saya juga bercadang unyuk membuat aduan kepada 
pihak Seniman," kata Apek ketika ditemui pada majlis pra tonton filem Kecoh 
Betul di pawagam Golden Screen Cinema di pusat membeli belah Tropicana City 
petang semalam.

Tak seperti tahun-tahun sebelumnya, Apek kini jarang muncul di layar perak. 
Kecoh Betul yang dibintangi Apek sebagai Abang Don misalnya adalah filem 
pertamanya pada tahun 2010.

Mengakui tentang hal itu, Apek berkata, dia kini memang agak jarang muncul 
dalam filem berbanding tiga, empat tahun dulu.Bukan disebabkan kecewa dengan 
apa yang berlaku (tidak dapat bayaran) terhadapnya sebelum ini.

Sebaliknya, Apek mengakui perubahan ini berlaku setelah kemunculan beberapa 
pelawak-pelawak baru seperti Nabil, Zizan dan Johan.

"Hidup ini seperti roda. Masa dulu kita di atas, sekarang kita di bawah pula. 
Benda ini saya faham sejak sebelum saya menyertai dunia hiburan. Masa awal-awal 
kemunculan saya dulu pun, Sabri Yunos pernah berada diatas, saya menggantikan 
tempatnya dan pada hari ini, mungkin Nabil atau Zizan menggantikan tempat saya.

"Saya langsung tidak menganggap perkara ini budaya cantas-mencatas sebab ia 
adalah lumrah dalam dunia populariti," katanya.

Filem arahan Jaswant K. Randhawa yang diterbitkan White Merpati Entertainment 
Sdn Bhd adalah filem aksi komedi yang berkisarkan kehidupan Mat Rempit.

Malalui filem ini, Apek turut berlakon bersama-sama pelakon lain seperti Nabil 
(Aiman), Diana Danielle (Dayana), Yatt (Yati), Datuk Aziz Sattar (Pak Aziz), 
Nasrizal Ngasri (Joe) dan Fauziah Nawi (Emak).

http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=6353&c=1&s=1 



      

Kirim email ke