Askm,

    Difahamkan Parlimen telah meluluskan RM32 bil kepada Tabong PTPTN bagi 
membiayai pinjaman kepada 1.5 juta pelajar. Saya rasa jumlah ini agak besar. 
Jumlah peruntukan itu mungkin boleh dikurangkan sekiranya yuran pengajian 
diturunkan. Baru-baru ini ibubapa kepada seorang pelajar yang tinggal di 
pendalaman kira-kira 30 km dari Kuala Kerai yang juga ada pertalian keluarga 
dengan isteri saya singgah di rumah saya selepas pergi ke pejabat zakat mohon 
bantuan untuk menampong yuran pengajian anak yang katanya sebanyak RM4 ribu. 
Kira itu masih rendah jika dibanding dengan yuran sebanyak RM30 hingga RM50K 
setahun yang dikenakan IPT swasta di bidang perubatan/ lain-lain bidang 
profesioanal.

   Saya rasa sekiranya yuran pengajian (IPTA) dikurangkan kepada 50% mungkin 
peruntukan kepada PTPTN tidaklah sebesar itu. Saya difahamkan terdapat negara 
yang tidak mengenakan sebarang yuran pengajian bagi mereka yang menuntut di 
peringkat ijazah pertama. Kos operasi universiti mungkin perlu dikaji. Saya 
rasa gaji kakitangan universiti /IPTA tidak seharusnya terlalu tinggi kerana 
terikut-ikut dengan gaji yang dibayar oleh IPTS. Ada IPTS yang pablisitinya 
hebat tapi produknya tidaklah sehebat mana bahkan ada yang didapati sangat 
teruk.

  Sebaiknya (bagi kakitangan/pensyarah yang beragama Islam) contohilah 
sarjana-sarjana Islam di zaman silam yang tersangat luas ilmu mereka dan 
menghasilkan berbagai penulisan yang hebat apakah mereka merebut-rebut kepada 
ganjaran dan pangkat sepertimana sekarang (walau pun tidak semuanya) ? Bagi 
kebanyakan sarjana-sarjana Islam terutama di zaman awal Islam ganjaran di sisi 
Allah itu yang lebih diutamakan bukan untuk membeli pangkat dan pujian !! Jika 
para pendidik lebih utamakan ganjaran dikhuatiri pendidikan yang diperolehi 
pelajar kurang berkat !! Wallahua'lam.

ibnuAli



      

Kirim email ke