PETIKAN : http://laman-seri.blogspot.com
Perkara mustahil yang anda mahu ia
berlaku…<http://laman-seri.blogspot.com/2010/07/perkara-mustahil-yang-anda-mahu-ia.html>

<http://laman-seri.blogspot.com/2010/07/perkara-mustahil-yang-anda-mahu-ia.html>
 Assalamualaikum warahmatullah,

Beberapa hari yang lepas, saya berkesempatan mendengar celoteh pagi di
sebuah stesen radio yang terkenal, ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.
Sejujurnya, saya tidak berapa gemar mendengar celoteh pagi yang kadang-kala
sangat mengarut, tetapi celoteh kali ini pagi itu agak menarik minat saya.

Penyampai radio stesen berkenaan bertanyakan kepada pendengar, “Apakah
perkara mustahil yang anda mahu ia berlaku dalam hidup anda?” Lebih kurang
begitulah soalannya… Seperti biasa, siapa yang rajin, diminta menalipon
stesen radio dan kongsikan pendapat mereka. [NB: Tak kuasa
BG<http://laman-seri.blogspot.com/>perabiskan prepaid untuk talipon
eh!
]

Ada beberapa pemanggil yang menalipon stesen radio tersebut dan antara yang
saya sempat dengar pendapat mereka ialah :


<http://4.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/TEUxBa7H7DI/AAAAAAAAFQ8/sgeWYGWeIao/s1600/planetoftheapesluu4.jpg>
1. Haiwan bercakap

Pemanggil mahukan kucingnya bercakap. Sorry... Saya tak berapa dengar pasal
apa dia mahu kucingnya bercakap.

Molek juga jika haiwan boleh bercakap atau berkata-kata. Banyak teladan yang
boleh kita perolehi daripada kisah haiwan. Masih ingat matador yang
di‘bunuh’ lembu dalam entry Bila lembu naik
minyak...<http://laman-seri.blogspot.com/2010/07/bila-lembu-naik-minyak.html>?
Jika haiwan mampu berkata-kata, tentu manusia akan berfikir 100 kali untuk
melakukan kezaliman terhadap haiwan, makhluk-Nya yang lain daripada species
kita.



<http://4.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/TEUwS5bh77I/AAAAAAAAFQ0/TdLKDpAc4xY/s1600/ArabFlyingCarpet.jpg>
2. Karpet terbang

Bagus juga. Sangat sesuai digunakan, lebih-lebih lagi zaman
minyak-asyik-naik-aje ni… Bukan saja convenient, malah menjimatkan kos
(bahan api, penyelengaraan, toll, penyelengaraan jalanraya dan lain-lain),
mesra alam dan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Cuma saya tak dapat
nak bayangkan jika ada kemalangan sesama karpet di udara… pemandu dan
penumpangnya menjunam ke mana? Aduh…



<http://1.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/TEUv25N-vII/AAAAAAAAFQs/62M7TVtU_SY/s1600/kentut.jpg>
3. Kentut berwarna dan bernombor

Secara peribadi, ini bukanlah satu pendapat yang bagus dan pendapat ini juga
tak berapa praktikal. Apa-apapun, pemanggil radio stesen kongsikan
pendapatnya, jadi sayapun jadi tukang karutnya di Laman
Seri<http://laman-seri.blogspot.com/>.
Katanya, kentut yang keluar daripada seseorang itu patut ada warna (sebagai
identiti orang yang mengeluarkan gas kentut itu) dan kentutnya juga patut
bernombor (maknanya kita tahulah berapa kali seseorang itu kentut untuk hari
itu). Hemm... saya tak mahu komen lanjut... sebab saya tak mahu bayangkan
jika perkara ini mustahil dan berlaku pula dalam sebuah koc komuter, ketika
waktu puncak (peak hours).... Kui kui kui....


<http://2.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/TEVGSThB7GI/AAAAAAAAFRE/rcw4zawuLTY/s1600/flower+and+butterfly+footer.gif>

Ini antara pendapat pemanggil stesen radio berkenaan. Saya ingin kongsikan
apa yang saya fikirkan :


<http://3.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/TEUviN_31KI/AAAAAAAAFQk/BV38KRCQRkc/s1600/pregnant+man.jpg>lelaki
mengandung? sumber :
takikasung<http://takikasung.blogspot.com/2008/07/pregnant-man-has-babby-girl.html>

4. Lelaki mengandung

Yang ini tak payahlah saya tulis lebih-lebih, nanti ada yang cop saya
feminist pula. Apa-apapun, saya percaya, ramai di kalangan lelaki yang saya
kenali, benar-benar amat menghargai isteri (atau isteri-isteri)
masing-masing yang sudi melahirkan zuriat untuk meneruskan perjuangan di
muka bumi sebagai khalifah yang disegani. [NB : tidak berapa mustahil
berlaku jika seorang itu khunsa....]



<http://2.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/TEVHYZnBntI/AAAAAAAAFRM/9WGittjxiZQ/s1600/smelly+human.jpg>
5. Dosa berbau

Saya baru saja membaca tentang ini dalam majalah bulanan kesayangan
saya. Bayangkan
jika dosa itu berbau… Bila difikirkan, kita cukup bertuah kerana Allah tidak
mengtakdirkan setiap dosa yang kita buat itu menghasilkan bau. Bukan bau
yang wangi, tetapi bau yang tengik, hangit, busuk dan sewaktu dengannya.
Dapatkah kita bayangkan jika dosa itu menghasilkan bau yang busuk? Tapi,
jika dosa itu berbau, ada juga kebaikannya. Ia boleh dijadikan peringatan
kepada kita semua supaya cepat-cepat bertaubat kepada-Nya dan berusaha
mengelakkan diri daripada terjerumus terus-menerus melakukan dosa.

Bagaimana agaknya kalau dosa itu berbau ya? Allahu Akbar! Tentu setiap
daripada kita tak berani hendak keluar ke mana-mana kerana takut ter‘buat’
dosa di mana-mana sama ada sengaja atau tidak. Misalnya nampak perempuan
lawa, sekali pandang, tidak mengapa sebab ia dibenarkan. Tapi mata yang
tergoda teringin hendak pandang lagi selepas itu, aisey... tak boleh, sebab
tahu hukumnya berdosa. Selalunya, banyak mata yang memilih untuk memandang
lagi, sebab dosa tidak berbau, tak mengapalah, pandang lagilah, tenung
sampai puas... mujur ya dosa tidak berbau....

Dapatkah kita bayangkan, sedang kita duduk bersama rakan-rakan sekerja di
kedai makan sambil menikmati sarapan pagi, tiba-tiba kita yang dengan mata
berdosa mula mengeluarkan bau yang busuk, sudah tentu ini amat memalukan!
Ada kemungkinan besar, saban hari kita akan hidup dalam suasana yang amat
busuk kerana ramainya orang melakukan dosa yang berbau, dan ini termasuklah
diri kita sendiri. Astaghfirullah... Mujurlah dosa kita tidak berbau....

Kita hidup hendaklah banyak bersyukur kepada Allah SWT. Bagaimana untuk
hidup bersyukur? Bukan sekadar menyebut, “...alhamdulillah...”, tetapi kita
wajar berusaha mengikut ajaran agama Islam dan peraturan-peraturan yang
Allah turunkan kepada kita semua. Tunjukkanlah rasa bersyukur dengan
melipat-gandakan usaha dan beramal dengan kebaikan seperti yang diajar oleh
junjungan besar kita. Mudah-mudahan hidup kita lebih diberkati-Nya, di dunia
dan juga di akhirat. Amiin.

Renung-renungkan dan semoga bermanafaat!

--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing
himself. – Leo Tolstoy

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Kirim email ke