Ada beberapa perkara yang saya tertarik dengan Ali Rustam ni walaupun dia bukan 
parti yang sama dengan yang saya sertai. Mungkin itu sebabnya begitu sukar 
Pakatan Rakyat , terutamanya PAS dan PKR untuk menang satu kerusi pun di 
Melaka. Dalam bab seks bebas dan gejala sosial beliau memberikan idea-idea yang 
tidak bercanggah dengan syarak dan praktikal , cuma perlu pengkajian yang 
mendalam untuk dilaksanakan.

Beliau tidak mencadangkan pendidikan seks di sekolah. Beliau tidak mencadangkan 
pemberian kondom percuma. Beliau hanya mencadangkan sekolah khas untuk pelajar 
terlanjur. Dan sekarang beliau setuju dengan cadangan menggalakkan pelajar 
kahwin awal yang tak mampu lagi dah kawal nafsu.

Kerajaan Negeri Sembilan senyap saja ke dalam isu ni ? Macamana pula kerajaan 
Kelantan , Kedah, Pulau Pinang dan Selangor ? Pahang, Johor dan lain-lain yang 
ditadbir BN macamana ?

Takkan nak sibuk isu pasir je , isu ketuanan Melayu lah, isu perpaduan Melayu 
lah. Sedangkan ramai Melayu yang dan terbunting.

Juga baca artikel saya sebelum ini Khutbah Jumaat cerita Sex, banyak Syok di 
http://waghih.blogspot.com/2010/07/khutbah-jumaat-cerita-sex-banyak-syok.html 

********************* 

Mstar , Rabu Julai 28, 2010 

Melaka Galak Remaja Mampu Supaya Kahwin Awal 

MELAKA: Sidang Dewan Undangan Negeri, Rabu, diberitahu, Majlis Agama Islam 
Melaka (Maim), telah meluluskan dua resolusi iaitu menggalakkan remaja yang 
berkemampuan berkahwin awal dan membenarkan pelajar mengandung meneruskan 
persekolahan mereka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, resolusi Maim bertarikh 18 
Mei lepas itu adalah satu rumusan untuk mengatasi gejala sosial di kalangan 
remaja Melayu di negeri itu.

"Ibu bapa perlu menerima hakikat ini, sekiranya kalangan remaja yang mempunyai 
nafsu luar biasa untuk bernikah, kita kahwinkan dia dan jangan tahan," katanya 
menjawab soalan Chua Kheng Hua (BN-Bemban) mengenai indeks jenayah di negeri 
ini pada persidangan Dewan Undangan Negeri, Rabu.

Beliau berkata resolusi Maim itu adalah rumusan bengkel sosial untuk menangani 
gejala sosial di kalangan remaja dan bagi remaja yang ingin berkahwin awal 
melakukan demikian selepas menjalani sesi kaunseling.

"Ini untuk mengelakkan maksiat kerana cara halal ini (berkahwin) lebih baik 
daripada melakukan perbuatan haram iaitu seks di luar nikah," katanya.

Beliau juga berkata, sebanyak 112 kes rogol dilaporkan pada tahun lepas dan 40 
kes bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini manakala bagi kes buang bayi, satu 
kes pada tahun lepas dan tiga kes dari Januari hingga Jun tahun ini.

Mohd Ali berkata, kebanyakan kes rogol melibatkan remaja Melayu dan pada 
awalnya adalah perbuatan "suka sama suka" sebelum ia diketahui oleh ibu bapa 
gadis yang terlibat dan membuat laporan polis.

Dewan yang bersidang sejak tiga hari lepas ditangguh kepada tarikh yang akan 
ditetapkan kelak.

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/7/28/mstar_berita/20100728185842&sec=mstar_berita
   




      

Kirim email ke