Anak yang dilahirkan tetap tidak bersalah dan tidak sewajarnya dia 
diaibkan. Masyarakat kita memang suka memandang keji kepada seseorang jika ada 
keluarganya terbabit dengan perkara keji. Kadang-kadang keluarga sendiri tidak 
menyukai akan segala perbuatan yang bercanggah dengan agama oleh mana-mana 
anggotanya inikan pula anak-anak yang dilahirkan oleh ibu dan ayah yang tidak 
bertanggongjawab !!

    Islam telah berikan garis panduan yang lengkap tentang pergaulan antara 
lelaki dan perempuan tapi apabila ianya diketepikan maka keadaan menjadi gawat. 
Bukan saja soal pergaulan tapi soal berpakaian pun amat dititikberatkan. 
Pakaian kaum wanita tidak seharusnya menampakkan bentuk tubuh badan mereka. 
Namun hari ini walau pun ramai kita dapati kaum wanita dan para remaja memakai 
tudung kepala (kerana rambut adalah aurat) namun ramai dari mereka memakai 
pakaian terutama seluar yang jelas menampakkan bentuk tubuh mereka. Malangnya 
Kelantan yang cuba menguatkuasakan pakaian secara Islam menjadi ejekan para 
pemimpin kerajaan pusat. Bahkan mereka kerap mengsabotaj apa juga undang-undang 
yang dilaksanakan pihak berkuasa negeri.

   Apabila hukum jenayah Islam (hudud) diperkenalkan mereka kata itu hudud PAS 
bukan hudud Islam !! Adakah kerana ianya datang dari PAS ianya dikatakan hudud 
PAS. PAS hanya pihak yang menggerakkan usaha itu kerana nak harapkan UMNO 
sampai kiamat pun belum tau mereka nak lakukannya. Maka sikap suka bermain-main 
dengan kata-kata inilah maka rakyat menanggong aib dan ditimpa pelbagai bala !! 
Sikap ini sama saja dengan sikap Yahudi yang suka berdolak dalik dengan 
perintah Allah !! Maka apabila Yahudi menjadi penasihat kepada kerajaan UMNO 
hari ini maka tunnggulah entah berapa banyak lagi bala yang bakal melanda !! 
Wallahua'lam.


--- On Sun, 7/18/10, m...@yahoo.com <m...@yahoo.com> wrote:

From: m...@yahoo.com <m...@yahoo.com>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] 257,000 sijil kelahiran tanpa bapa
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Sunday, July 18, 2010, 9:53 PM







 









      Betul... saya setuju.. kenapa dibuangkan dari "bin" Abdullah... walaupun 
dia anak luar nikah.. tp dia adalah hamba Allah s.w.t... sekurang-kurangnya 
jwpn itu yg buleh diberi bila anak sudah pandai bertanya.. kesian.. dari kecik 
hingga dewasa.. tiada bapa.. anak luar nikah.. akan menghantui sepgj hidupnya..

Myza Sidek

--- On Mon, 5/7/10, zunai...@yahoo. com <zunai...@yahoo. com> wrote:


From: zunai...@yahoo. com <zunai...@yahoo. com>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] 257,000 sijil kelahiran tanpa bapa
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
Received: Monday, 5 July, 2010, 8:39 PM


 



Apa yang menyedihkan anak2 tersebut lahir...dah lah lahir sebagai anak luar 
nikah....tapi lagi menyedihkan tidak tercatat nama bapa pada sijil kelahiran 
mereka itu. Kesian bermula dari detik anak itu berulang alik keklinik dibawa 
oleh ibu angkatnya... berterusan masuk tadika, kesekolah rendah kemudian 
menengah, universiti sehingga dia bekerja dan kawin  dan seterusnya bila 
mendapat anak pula...persoalan itu ia akan terus diejek dengan kata "tiada 
bapa, tiada ayah" dan macam2 lagi ejekan diterima oleh anak2 itu hingga dia 
mendapat anak akan ditanya oleh anaknya "Mak/ ayah kenapa surat beranak mak/ 
ayah tiada nama bapa" .........kalau dahulu anak sebegitu dibin atau dibintikan 
dengan Abdullah, kenapa tidak diteruskan.. ......... supaya keaiban itu tidak 
timbul. Sedangkan anak2 itu tidak berdosa....kesalaha n yang dibuat oleh orang 
tuanya tapi akibat dan malu diterima oleh anak tersebut.... .Ah alangkah 
sedihnya anak itu bila mana
 di Tadika beliau dipanggil oleh gurunya untuk menanda kedatangan.. .contoh" 
Aziz bin Ali, Samad bin Sidik, Amin bin......" dan kanak2 lain akan mengejek 
"heeee dia tak ada ayah keeeeee" ejekan itu akan berterusan hingga 
keuniversiti. ...dan seterusnya juga bila dia akan dijab-kabul oleh kadhi....Oh 
kesian. Kenapakah perubahan itu dibuat oleh kerajaan tanpa mengambil kira 
resiko seterusnya.. ..fikir2 lah.........




From: "Noorshamsudin Hj. Mohd. da...@yahoo. com" <Noorshamsudin Hj. Mohd. 
da...@yahoo. com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
Sent: Friday, July 2, 2010 7:32:58
Subject: Help Palestine [hidayahnet] 257,000 sijil kelahiran tanpa bapa

 




 
UTUSAN ONLINE 02JUL2010 - 257,000 sijil kelahiran tanpa bapa
IPOH 1 Julai – Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, negara sedang 
berdepan krisis moral yang membimbangkan apabila perangkaan menunjukkan 257,000 
sijil kelahiran yang dikeluarkan dari tahun 2000 hingga Julai 2008 tidak 
mencatatkan nama bapa.
 
Titah baginda, berdasarkan perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu, ini 
bermakna 2,500 anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau purata 84 kes 
setiap hari.
Tambahnya, perangkaan dari 1999 hingga 2003 mencatatkan 70,430 anak luar nikah 
didaftarkan iaitu 30,978 beragama Islam, Hindu (18,085), Buddha (17,236) dan 
Kristian (3,395).
Baginda bertitah, anak luar nikah berketurunan Melayu meningkat daripada 16,100 
pada tahun 2007 kepada 16,541 dalam tahun 2008 dan 17,303 pada 2009.
 
“Nyatalah masalah anak luar nikah makin meningkat. Lebih mendukacitakan, 
perlakuan meninggalkan bayi baru lahir termasuk di tepi-tepi jalan dan di dalam 
tong sampah semakin menjadi-jadi.
 
“Perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat mencatatkan sejak tahun 2004, sebanyak 
506 kes membuang bayi dengan jumlah terbesar sebanyak 102 kes pada tahun 2008,” 
titah baginda.
Baginda bertitah pada Persidangan Ke-172 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu 
Perak (MAIAMP) di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini.

 
Wassalam.
 
AFFINBANK  -  "BANKING WITHOUT BARRIERS"
 
Noorshamsudin Hj. Mohd Darus
IS Audit, Group Internal Audit
1st Floor Menara AFFINBANK
80 Jalan Raja Chulan, KL
 
Tel:  03-27315246 (Ofis) / 012-2923403 (H/P) / 03-60214010 (Home)







       



















      

Kirim email ke