NI apa cerita ni ? Minyak dah naik harga, tapi rakyat nak mampus jalan 5 km nak 
dapatkan bas awam. Bukannya di Hulu Perak, tapi di Johor Bahru. Dah naik harga 
minyak pun tak boleh tingkat mutu pengangkutan awam. Sibuk nak buat pondok bas 
cantik je macam di PD. Pakatan Rakyat perlu desak kerajaan baiki pengangkutan 
awam segera. Lebih 50 tahun BN perintah Malaysia, pengangkutan awam makin teruk.

Kes macam ni bukan di Johot saja, di mana-mana, Negeri Sembilan pun dua kali 
lima. Eloknya wajibkan semua wakil rakyat dan menteri naik pengangkutan awam 
seluruh Malaysia.

******************************

Johor : Jalan kaki 5km cari bas

Berita Harian 3 Ogos 2010

JOHOR BAHRU: Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Desa Mutiara, Kangkar 
Tebrau, di sini mendakwa kecewa terhadap perkhidmatan bas di kawasan mereka 
yang tidak mengikut jadual perjalanan yang ditetapkan.

Keadaan itu bukan saja menimbulkan masalah kepada sebahagian besar penduduk 
yang tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk ke tempat kerja, malah kepada anak 
mereka yang memerlukan perkhidmatan bas untuk ke sekolah. Sebagai alternatif, 
ada penduduk terpaksa berulang-alik berjalan kaki sejauh lima kilometer sehari 
untuk mendapatkan perkhidmatan bas di Kangkar Tebrau, sementara anak-anak 
mereka terpaksa menggunakan perkhidmatan van sewa.

Tinjauan Edisi Johor mendapati dakwaan penduduk itu ternyata berasas apabila 
tiada sebuah bas dilihat memasuki kawasan PPR berkenaan terutama pada waktu 
puncak antara jam 4 petang hingga 7 malam ketika penduduk pulang dari kerja.

Penduduk, Sarina Ismail, 32, berkata masalah perkhidmatan bas yang tidak 
mengikut jadual perjalanan itu sudah berlarutan sejak setahun lalu sehingga 
menyusahkan ramai penduduk di PPR berkenaan yang rata-ratanya berpendapatan 
rendah.

“Bukan tidak ada bas yang memasuki kawasan PPR ini, tetapi yang mengecewakan 
ialah ia tidak mengikut jadual perjalanan, ” katanya.

“Sepatutnya mereka memasuki kawasan PPR ini ketika penduduk mahu pergi bekerja 
atau pulang dari bekerja, bukan pada jam 6 pagi atau 3 petang, ” katanya.
Sarina berkata, kawasan PPR yang mempunyai lebih 8, 000 isi rumah itu mempunyai 
kemudahan dua pondok menunggu bas namun ia terbiar begitu saja sehingga mula 
dinaiki semak samun sekarang berikutan masalah berkenaan.

Penduduk, Kamarudin Mohd Yatim, 56, berkata masalah yang tidak berkesudahan itu 
bukan saja mengecewakan penduduk, malah turut meningkatkan perbelanjaan bulanan 
mereka kerana terpaksa menggunakan pengangkutan alternatif.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor_Jalankaki5kmcaribas/Article





Kirim email ke