Assalamu'alaikum...
Saya petik dari sini:
http://muzir.wordpress.com/2010/08/03/keutamaan-ibadah-puasa-bulan-ramadhan/

Keutamaan Ibadah Puasa Bulan Ramadhan
Posted on August 3, 2010 by shahmuzir
 
Saudara-saudaraku,
 
Ramadhan yang mulia bakal menemui kita, insyaALLAH.  Sama-samalah kita berdo’a
kepada ALLAH ‘Azza wa Jalla agar kita dipanjangkan umur untuk hidup di dalam
bulan Ramadhan, dan diberikan hidayah dan taufiq serta daya kekuatan agar dapat
mengambil manfaat dari kebaikan-kebaikan yang telah ALLAH ‘Azza wa Jalla
sediakan di dalamnya, amin.
 
Sungguh, golongan yang bersungguh-sungguh mengejar Taqwa untuk dijadikan bekal
bertemu dengan ALLAH Jalla wa A’la pada hari akhirat nanti sangat rindu
menanti-nantikan kehadiran bulan yang mulia ini, iaitu Ramadhan Mubarak. 
Marilah kita contohi mereka dalam mengejar kebaikan.
 
Berikut disenaraikan kalam ALLAH yang Maha Mulia dan kalam Rasulullah sallAllahu
‘alaihi wasallam, agar dapat sama-sama kita meneliti dan menghayati dengan
sungguh-sungguh akan kelebihan bulan Ramadhan yang bakal kita hadapi beberapa
hari lagi, insyaALLAH.
 
1.    Puasa adalah ibadah fardhu yang diwajibkan ke atas orang-orang yang
beriman, dengan tujuan agar memperolehi Taqwa.  ALLAH subhanahu wata’ala
berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana
diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa.”  (Surah
al-Baqarah 2:183)
2.    Ibadah puasa sangat tinggi nilainya di sisi ALLAH dan ALLAH sendiri yang
akan mengganjarinya.  Puasa boleh menjadi perisai dari perbuatan tidak
berfaedah dan kegembiraan yang besar bagi orang-orang yang beriman yang
melakukan ibadah puasa ini. 
 
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam
bersabda:
“ALLAH ‘Azza wa Jalla berfirman:  “Semua amal perbuatan anak Adam (manusia) itu
bagi dirinya sendiri kecuali puasa.  Sesungguhnya puasa itu untukKU dan AKU yang
akan membalasnya.  Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah
seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan
janganlah bertengkar/berteriak.  Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau
mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata:  “Sesungguhnya aku sedang
berpuasa”.  Demi Dzat yang jiwa Muhammad berada dalam genggamanNYA, sungguh bau
mulut orang yang berpuasa itu di sisi ALLAH lebih harum dari bau minyak
kasturi.  Bagi orang yang berpuasa ada 2 kegembiraan iaitu gembira ketika ia
berbuka dan gembira ketika ia menghadap Tuhannya kerana besar pahala puasa”  (HR
Bukhari & Muslim)
3.    Ibadah puasa pada bulan Ramadhan boleh menghapuskan semua dosa-dosa yang
pernah kita lakukan pada masa lampau.
 
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi
wasallam bersabda:
“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya
mengharapkan pahala daripada ALLAH, maka diampuni dosa-dosanya yang telah
lalu.”  (HR Bukhari & Muslim)
4.    Pada bulan Ramadhan, sekalian manusia mempunyai peluang yang besar untuk
melakukan kebaikan dan menggandakan kebaikan-kebaikan itu. 

 
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi
wasallam bersabda:
“Apabila bulan Ramadhan datang, maka dibukalah pintu-pintu syurga dan ditutuplah
pintu-pintu neraka, serta diikat syaitan-syaitan.”  (HR Bukhari & Muslim)
Banyak hikmah yang boleh kita perolehi daripada kalam-kalam yang mulia di atas. 
Semoga ia dapat membuka minda dan roh kita untuk sama-sama mengejar
kebaikan-kebaikan yang terdapat di dalam bulan Ramadhan, insyaALLAH.
 
Selamat Menyambut dan Menghayati Ramadhan. 
 
Semoga kita Beroleh Taqwa, amin.
 
www.muzir.wordpress.com

SHAHMUZIR BIN NORDZAHIR
Takaful IKHLAS - Financial Advisor
h/p  :  019-3826408
email:  shahmu...@yahoo.com

www.takafulonline.net 



      

Kirim email ke