PETIKAN : http://laman-seri.blogspot.com
Perbanyakkan 
istighfar...<http://laman-seri.blogspot.com/2010/08/perbanyakkan-istighfar.html>
 <http://laman-seri.blogspot.com/2010/08/perbanyakkan-istighfar.html>

<http://4.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/TFZ2ffoeMaI/AAAAAAAAFfM/jMoaszpWh8A/s1600/tasbih2.jpg>~
gambar hiasan ~

Assalamualaikum warahmatullah,

Beristighfarlah dan selalulah bertaubat, kerana pada Dia, kita memohon
segala-galanya. Itulah pesanan yang kerap diterima dari para ulamak. Jangan
meremehkan istighfar. Istighfar mempunyai kekuatan tersendiri. Walaupun
perkataan itu kelihatan seperti pengakuan taubat, namun implikasinya terlalu
jauh dari itu. Istighfar tidak hanya boleh disebut sewaktu selesai bersolat.
Ianya boleh disebut dimana sahaja, pada bila-bila masa.

Istighfar atau taubat antara perkara yang menjamin murah rezeki. Taubat
bermaksud meninggalkan dosa kerana keburukannya dan ia perlu kepada tiga
syarat andai berkaitan dengan hak Allah AWT iaitu :

   1. Meninggalkan dosa
   2. Menyesal untuk tidak melakukannya
   3. Berazam untuk tidak melakukannya
   4. Sementara jika berkaitan dengan hak manusia pula, hendaklah
   memulangkan semula yang empunya hak itu

Taubat bukan sekadar di hati tetapi juga dengan ucapan yang terbit dari
lidah. Sayidina Ali umpamanya pernah menyuruh seorang sahabat yang
beristighfar agar mengulang semula istighfarnya kerana istighfar itu
dilakukan tanpa roh penghayatan.

Banyak peringatan Allah SWT mengenai istighfar yang dikaitkan sebagai pintu
pembuka rezeki dan lorong beroleh keredaan Allah SWT. Dalam surah Nuh ayat
10~12, Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Sehingga aku berkata kepada
mereka : Pohonlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia adalah Maha
Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan
lebat yang mencurah-curah kepada kamu. Dan Dia akan memberi kamu banyak
harta kekayaan serta anak-pinak. Dan Dia memberi kamu kebun-kebun tanaman
serta mengalirkan sungai-sungai bagi kamu.”

Malahan, ulamak sufi ataupun ulamak tasawwuf menyatakan bahawa dengan
beristighfar. Jiwa kita akan lebih dekat dengan Allah. Kita akan sentiasa
terpelihara dari segala perbuatan keji dan mungkar. Bila lidah kita sentiasa
menyebut istighfar dengan berulang kali, maka hati kita akan sentiasa
‘dihalakan’ untuk mengabdikan diri dan menyucikan jiwa ke arah ‘perhambaan’.

Sebutan istighfar adalah seperti berikut dan membawa maksud seperti,
‘astaghfirullah’, yang bermakna “Aku memohon keampunan Allah”. Dalam bahasa
Inggeris, ianya membawa maksud, “I seek forgiveness from Allah”.

Sebutan istighfar yang lebih lengkap adalah, - ‘astaghfirullah hal aazim,
allazi la ila ha illah hual hayyul qayyum, wa‘atu bu ilaik’, yang membawa
maksud, “Aku memohon ampun kepada Allah yang tidak ada tuhan selain DIA,
yang hidup dan selalu jaga, dan aku bertaubat pada-Mu”.

Selain mata, bahagian atau anggota manusia yang paling mudah dan senang
untuk melakukan dosa dan maksiat ialah LIDAH. Lidah mudah saja mencerca,
memaki hamun, mengumpat, mengutuk, memfitnah, menjatuhkan maruah, bercakap
kotor, dan sebagainya adalah perbuatan maksiat dan mungkar yang berhubung
secara langsung antara hati dengan lidah.

Seperkara yang perlu diingat. Andainya kita berdosa secara langsung dengan
Allah. Maka hendaklah kita beristighfar dan bertaubat dengan
sesungguh-sungguhnya, menyesal dengan perbuatan keji yang kita lakukan. Dan
seterusnya ialah perbanyakkan amalan sunat bagi menampung segala kekurangan
yang ada.

Namun, andainya kita melakukan kesalahan terhadap sesama manusia,
sepertimana perbuatan mengumpat dan segala macam dosa yang dilakukan melalui
lidah. Maka, tidak cukup dengan sekadar bertaubat dan beristihgfar memohon
keampunan dari Allah, malah adalah menjadi tugas dan tanggungjawab yang
perlu diselesaikan, iaitu memohon maaf dari manusia itu sendiri. Bukan satu
jenaka, tapi permohonan maaf kepada manusia yang telah kita umpat dan
sebagainya itu wajar dilakukan seberapa segera yang mungkin. Kerana ajal
maut tidak kita ketahui, bilakah kehadirannya.

Begitu sukar untuk memohon maaf dari sesama manusia. Kerana, Allah adalah
tuhan yang Maha Pengampun, hinggakan ada di kalangan ulama yang secara sinis
memberikan ungkapan seperti, “Bukan hendak menyatakan bahawa tidak mengapa
jika berdosa dengan tuhan, kerana Allah Maha Pengampun. Tetapi yang menjadi
masalahnya ialah, andainya kita berdosa dengan manusia, hendaklah diketahui
bahawa manusia memang sukar untuk memaafkan kesalahan sesama manusia”.

Maka, diandaikan dosa kita tidak dimaafkan oleh sesama manusia. Bolehkah
dibayangkan bagaimana kedudukan dan nasib kita di akhirat kelak? Cuba
bayangkan, di saat kita berada di hadapan pengadilan Allah kelak yang pada
waktu itu mungkin saja amal dan kejahatan kita begitu seimbang. Tiba-tiba,
datang seorang hamba Allah yang pernah kita sakiti dengan lidah kita sewaktu
di dunia, memohon pengadilan dari yang Maha Adil pada hari pembalasan.
Bagaimanakah agaknya timbangan amal kita nanti setelah terpaksa menyerahkan
pahala untuk membuat tebusan?

Renung-renungkan!

Capaian entry berkaitan :

   - Awas daripada muflis di
akhirat<http://laman-seri.blogspot.com/2010/07/awas-daripada-muflis-di-akhirat.html>
   - Tajdid Iman: Istighfar amalan kekal nikmat, hindar musibah, hapus
dosa<http://laman-seri.blogspot.com/2010/08/tajdid-iman-istighfar-amalan-kekal.html>
   - Sayyidul (Penghulu)
Istighfar<http://laman-seri.blogspot.com/2008/11/sayyidul-penghulu-istighfar.html>


--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing
himself. – Leo Tolstoy

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan
dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya
untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak
dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka
mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat
Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi.
Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih
tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga
kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya
seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul
mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah
segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat
Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Kirim email ke