السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Sampai bila Indonesia akan terus MEMBENCI Malaysia?
Post under Info, Isu Semasa, Sejarah, Suatu Ketika   Dicatat oleh Naim Qlate
 http://www.youtube.com/watch?v=UJKD54J8syM&feature=related


Video ini aku create bukan untuk cari gaduh dengan sesiapa, tetapi ingin
menyedarkan rakyat Malaysia bahawa kesenangan, keamanan dan keharmonian negara
kita ini sebenarnya tidak disenangi oleh kebanyakkan penduduk dari Indonesia.

Lihatlah dari pembentukan Persekutuan Malaysia tahun 1963 sehingga kini,
sentimen Anti-Malaysia dan laungan "Ganyang Malaysia" masih bergema dilaungkan
masyarakat Indonesia. Berbagai isu cuba untuk disensasikan oleh Indonesia bagi
mengambarkan Malaysia seolah-olah negara yang jahat. Antaranya adalah lagu rasa
sayang, seni barongan( Reog), keris, batik, dan makanan rendang yang dikatakan
sebahagian nilai seni dan budaya yang telah DICURI oleh Malaysia dari Indonesia.

Terbaru, isu perebutan wilayah Ambalat, Manohara dan Penderaan tenaga Kerja
Indonesia masih hangat diperkatakan oleh media Indonesia. Ini berbeza dengan
media elektronik Malaysia yang MENYANJUNG TINGGI penyanyi, pelakon, lagi-lagu,
drama, filem dan sinetron dari negara seberang. Sedangkan media Indonesia tidak
habis-habis cuba menyemai kebencian rakyat negara Republik terhadap Malaysia.

Orang Indonesia sepatutnya sedar kebanyakkan rakyat mereka yang bekerja di
Malaysia pun bukan semuannya baik, bagus dan menyenagkan rakyat Malaysia.
Tengoklah berapa ramai pendatang dari Indonesia yang terlibat dengan dadah,
pelacuran, merompak, menyamun, merogol, membunuh. Tetapi, ada ke media Malaysia
gembar-gembur semua ni sampai macam nak perang?? Ada ke orang Malaysia pergi
merusuh depan kedutaan Indonesia di KL?? Ada ke orang Malaysia baling telur &
batu kat kedutaan Indonesia?? Ada ke orang Malaysia pergi bakar dan pijak-pijak
bendera merah putih Indonesia??

Kalau betul le Malaysia ni jahat dan prajudis terhadap Indonesia, haram satu
lagu atau sinetron pun kita tak akan siarkan kat RTM, Astro atau Media Prima.
Kita pun tak akan kasi orang Indon buat konsert besar sambil "Berpesta Malam
Indonesia" kat Stadium Bukit Jalil. Kita pun tak akan kasi artis dan warga
Indonesia lain untuk cari makan kat sini.

Huhh... Sampai bila orang Indonesia ni akan terus membenci Malaysia aku pun tak
tahu!!! Ingatlah, tiada siapa yang sempurna. Jadi, jika ada berlaku sebarang
kesilapan dan permasalahan di antara Malaysia dan indonesia hendaklah di
selesaikanlah dengan cara dan saluran yang betul. Bukannya dengan memprovokasi
masalah yang berlaku bagi memburukkan dan mendatangkan kebencian di antara satu
sama lain.

Berapa ribu sudah orang indonesia yang masuk secara haram untuk bekerja di
Malaysia. Orang Malaysia tak kecoh pon. Ini baru kapal perang lalu aja dah
gabra, singkat betul fikiran mereka. relax la!!! Bukan nak perang pun!!!

Orang Indonesia sering berkata yang Malaysia-Indonesia adalah "Serumpun". Tapi
kenapa kalian masih terus-menerus membenci kami??

Sumber : Youtube


()"" ' )   Nakhai’e
( ,'o' )") http://www.naimqlate.blogspot.com
(,,)(")(")
Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia
hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka
beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana
sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok
adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg
sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg
kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah
rahmat Allah selalu, Amin.


Kirim email ke