Assalamu'alaikum...

Baca, amal dan sebarkan.  Semoga ada manfaatnya, insyaALLAH:)

Dipetik dari:  http://muzir.wordpress.com/2010/08/19/amalan-sunnat-ramadhan/

Beberapa Hadith Nabi Tentang Amalan Sunnat Pada Bulan RamadhanPosted by
shahmuzir
 
 
Adalah penting bagi kita untuk mengetahui kalam Rasulullah sallAllahu ‘alaihi
wasallam dalam bab kaifiat dan fadhilat ibadah.  Ini kerana ia merupakan janji
benar yang menjadi jaminan yang kukuh untuk kita berpegang dengannya.  Menjadi
sumber motivasi buat orang-orang yang beriman. 
 
Berikut adalah beberapa hadith Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam yang
menerangkan kepada kita bagaimana untuk mendapatkan impak maksima dari kebaikan
Ramadhan.   Saya telah memetiknya dari kitab Riyadhus-Solihin susunan Imam
Nawawi dan kitab Feqhus-Sunnah susunan Sheikh Sayyid Sabiq.  Semoga kita semua
dapat mengamalkannya, insyaALLAH.  
 
1.  Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya
Fajar
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam
bersabda:  “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu
terdapat barakah.”  (HR Bukhari & Muslim)
Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Kami sahur bersama-sama dengan
Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.”  Ada
seseorang bertanya:  “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?”  Ia menjawab: 
“Kira-kira 50 ayat.”  (HR Bukhari & Muslim)
Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi
wasallam bersabda:  “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya
makan sahur.”  (HR Muslim)
 2.  Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi
wasallam bersabda:  “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera
berbuka puasa.”  (HR Bukhari & Muslim)
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam
sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum
solat.  Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu
‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering).  Jika tidak
tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk
air beberapa teguk.”  (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)
3.  Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu
‘alaihi wasallam bersabda:  “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka,
iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan
orang yang teraniaya.”
4.  Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam
bersabda:  “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di
antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah
bertengkar/berteriak.  Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak
berkelahi, maka hendaklah ia berkata:  “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””.  (HR
Bukhari & Muslim) 
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi
wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan
perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan
minumnya.” (HR Bukhari)
5.  Bersiwak atau menggosok gigi. 
Amir bin Rabi’ah berkata,  “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam
bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa.  Kerana seringnya, maka saya
tidak dapat membilang dan menghitungnya.”  (HR Bukhari) 
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi
wasallam bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka
kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.”  (HR Bukhari)
6.  Bermurah hati dan banyak menderma.
Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi
wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih
menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril.  Biasanya Jibril
menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. 
Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan
dari angin yang bertiup.”  (HR Bukhari)
7.  Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran. 
 
(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi
wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam
Ramadhan.)
 
Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan,
hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya.  Para ulama apabila
tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan
menumpukan kepada mempelajari al-Quran.  Membaca untuk memahami al-Quran yakni
mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya
beberapa kali pada bulan Ramadhan.
 
8.  Memberi makan untuk berbuka puasa.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu
‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang
yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu
dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.”  (HR At
Turmudzy)
9.  Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi
wasallam telah bersabda:  “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam
bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH,
maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.”  (HR Bukhari & Muslim) 

10.  Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:  “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi
wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu
malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.”  (HR
Bukhari & Muslim)
11.  Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi
wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.”  (HR
Bukhari & Muslim)
Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam
selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau
sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau
sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau
itu.”  (HR Bukhari & Muslim)
 
Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran yang besar dari hadith-hadith Nabi
sallAllahu ‘alaihi wasallam di atas.  Janganlah dilepaskan peluang untuk
mendapatkan pahala yang besar hasil dari usaha kita untuk bersungguh-sungguh
melaksanakan sunnah di atas. 
 
Selain dari sunnah yang telah dinyatakan di atas, jangan lupa dan meremehkan
lain-lain sunnah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam seperti senyum, beri
salam, solat jamaah di masjid, berbuat baik kepada ahli keluarga dan jiran,
beri tadzkirah, merendah diri dan lain-lain.  
 
Mudah-mudahan hidayah dan taufiq menyinari hati dan jiwa kita semua dan
mudah-mudahn melekat ke dada kita semua akan nilai besar Taqwa, amin.
 
Shahmuzir Nordzahir
www.muzir.wordpress.com 
SHAHMUZIR BIN NORDZAHIR
Takaful IKHLAS - Financial Advisor
h/p  :  019-3826408
email:  shahmu...@yahoo.com

www.takafulonline.net 


      

Kirim email ke