Bumi sememangnya tidak henti-henti beri amaran dan jika al Quran itu difahami 
maknanya Allah sendiri telah ceritakan bagaimana beberapa kaum terdahulu 
dibinasakan Nya dengan membalik-balikan bumi kerana utusan Allah (para Rasul 
dan Nabi) dipermain-mainkan bahkan ramai yang dizalimi kaum sendiri. Nabi kita 
juga pernah ditawarkan oleh malaikat untuk menghempapkan bukit kepada penduduk 
? Taif  apabila beginda dimaki hamun dan dicederakan namun atas sifat kesabaran 
beginda maka ditolaknya tawaran malaikat itu dengan alasan suatu hari anak cucu 
mereka pasti akan menerima Islam.

Bagaimana pun hari ini suasana agak berbeza. Dalam konteks negara kita 
penentangan lebih banyak datang dari dalam (sesama Islam). Sebahagian dari kita 
tidak lagi mahu mengambil al Quran secara mutlak sebagai pedoman. Kehadiran 
pelbagai fahaman dan isme- isme lain lebih diyakini. Maka apakah janji Allah 
akan berlaku bahawa Dia akan datangkan satu kaum lain menggantikan kaum-kaum 
yang "engkar" ini ?? Maka wajarlah kita bersegera menilai iman kita !!

Petanda-petanda kehancuran sering berlegar-legar di sekeliling kita !! Gempa 
bumi tidak putus-putus berlaku. Tapi gempa seolah olah sudah menjadi perkara 
biasa. Apa yang ditakuti hanya apakah ianya akan mendatangkan tsunami atau 
tidak !! Suku juta manusia terkorban sekali gus 5 tahun lalu akibat tsunami 
tapi orang Islam tetap lalai seolah-olah dunia ini adalah distinasi terakhir 
mereka.

Sebahagian yang bukan Islam pula sekadar percaya akan hidup semula selepas mati 
tapi mereka mensyrikkan Allah dengan berbagai-bagai cara. Ada yang ingin 
kembali menggunakan kalimah Allah "sekadar luaran" sedangkan mereka masih 
menyembah Tuhan-Tuhan lain "ciptaan" nenek moyang mereka !! Hari ini orang 
Islam juga sedang terperangkap dengan berbagai kesyirikian tapi demi 
kepentingan dunia mereka tidak sanggup kembali menghayati al Quran dan Sunah 
Rasulullah SAW secara mutlak !! Jelas kita kini berada di ambang kiamat ! 
Wallahua'lam.

--- On Mon, 8/16/10, k...@yahoo.com <k...@yahoo.com> wrote:

From: k...@yahoo.com <k...@yahoo.com>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Bumi memberi Amaran...
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Monday, August 16, 2010, 12:58 AM







 









      ANAS bin Malik meriwayatkan bahawa manusia sering alpa dan leka dengan 
nikmat dunia yang bersifat sementara.Beliau berkata, saban hari bumi sentiasa 
berkata-kata kepada manusia dan mengingatkan manusia akan usia mereka yang 
semakin dekat ke penghujung kehidupan dan peringatan supaya anak Adam merenung 
jumlah amalan mereka untuk dijadikan bekalan selepas mati.


Katanya, sesungguhnya, setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh 
perkara....

 
teruskan membaca diblog: 
http://nalurikembara.blogspot.com/2010/08/bila-bumi-berkata-kata.html




















      

Kirim email ke