PETIKAN : Dr Azhar Sarip [http://aku-ok.com/blog/]

 Bulan Theta <http://aku-ok.com/blog/2010/08/bulan-theta/>

 <http://aku-ok.com/blog/wp-content/uploads/2010/08/ramadhan5nu82.jpg>

Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang, rahmat Allah sentiasa
mendahului kemurkaanNya, Allah itu maha pengampun. Saya yakin kita semua
tahu akan hal ini dan kita semua faham duduk perkara ini dalam kehidupan
kita cuma mungkin kita ambil ringan mengenainya kerana kita duduk dalam zon
yang selesa. Kita mungkin merasa kita sudah mempunyai segalanya dan kita
juga mungkin mempunyai akal yang hebat dalam merencanakan kehidupan di
dunia. Allah swt penuh dengan sifat kasih sayangNya dan antara kesilapan
yang sering kita lakukan adalah dengan memberitahu anak-anak atau generasi
akan datang tentang garangnya Allah swt hingga akhirnya mereka bukan takut
tetapi hilang takut lalu menjauhkan diri. Mengapa Islam bertahan hingga kini
dan tersebar luas di muka bumi ini? Kita mungkin mempunyai banyak jawapan
tetapi saya melihatnya dari satu sudut lain yang begitu indah yang diajar
oleh rasulullah saw walaupun kadangkala kita sering terlepas pandang akan
kehadirannya iaitu CINTA. Ada dua kekuatan yang boleh menguasai sesiapa
sahaja di dunia ini iaitu takut dan cinta. Ramai yang memilih takut untuk
digunakan kerana hasilnya dapat dilihat dengan segera serta mudah. Ibubapa
juga sering menggunakan kekuatan ini dalam mendidik anak kerana anak-anak
akan mudah dibentuk dengan segera namun ramai yang tidak perasan bahawa
didikan dengan kekuatan takut ini sering tidak mampu bertahan lama dan
akhirnya si anak tadi akan memberontak dan hasilnya lebih buruk dari yang
dijangkakan. Kekuatan cinta jarang diabadikan dalam sisitem pendidikan
kerana ianya memerlukan kesabaran yang tinggi tetapi apabila hasil sudah
mampu dicapai, ianya akan bertahan begitu lama. Begitulah baginda saw
membawa Islam. Baginda menyemai rasa cinta kepada Allah swt. Baginda saw
menyampaikan berita gembira terlebih dahulu. Kita sendiri sebelum berbuat
sesuatu akan membaca “dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha
penyayang.” Itu sudah menunjukkan bahawa rahmat Allah swt sentiasa
mendahului kemurkaanNya. Jika kemurkaanNya yang datang terlebih dahulu maka
ianya akan dipaparkan mungkin seperti dengan nama Allah yang maha garang
lagi maha menghukum. Ketakutan yang diterapkan kepada anak-anak sewaktu
kecil mula berubah hingga menjadi tidak takut apabila meningkat dewasa
kerana adanya pergaulan yang baru. Jika dahulu mereka ahanya bergaul dalam
keluarga tetapi apabila meningkat dewasa mereka mula mengenal dunia selain
keluarga. Mereka mula menghilangkan ketakutan yang ditanam dengan rasa
keseronokan yang baru. Inilah yang membahayakan jika ketakutan digunakan
sebagai wadah pendidikan. Jika cinta yang diterapkan di dalam jiwa seseorang
itu maka ketahanannya cukup lama biarpun mereka dikelilingi oleh hal-hal
yang keseronokan yang baru kerana keseronokan cinta Allah swt sudah dirasa
dan sudah melangkau rasa.

Saya pernah ditanya oleh seseorang yang ingin melakukan perubahan. Katanya
bagaimana dia ingin berubah sedangkan dirinya bergelumang dengan kekotoran.
Dalam nada sedih dia bertanya mahukah Allah swt menerimanya? Mungkin kita
tahu apa yang patut kita jawab jika ditanya soalan yang sama. Persoalannya
adalah mengapa dia mempunyai soalan yang sedemikian? Mengapa dia masih ragu
samada Allah swt mahu menerimanya atau tidak? Keraguan timbul kerana sejak
kecil sudah diberitahu seolah-olah Allah swt itu hanya tahu menghukum hingga
terlupa untuk menyemai akan kasih sayang Allah swt terhadap makhlukNya. Jika
yang bertanya itu tadi benar-benar faham bahawa rahmat Allah swt sentiasa
mendahului kemurkaanNya maka dia mungkin tidak teragak-agak untuk kembali
kepadaNya. Tiada satu manusia biasa pun yang tidak berlumpur, jika kita mahu
menunggu hingga bersih lumpur baru kembali kepadaNya maka entahkan bila
kerana setiap hari samada kita sedar taupun tidak kita banyak melakukan
dosa. Maka sebab itulah kita perlu bertaubat setiap hari. Moral yang saya
ingin sampaikan disini adalah untuk kita memperbetulkan kembali sisitem
didikan kita terhadap anak-anak dan generasi baru. Bulan puasa kita
menghampiri kita. Ramai juga ibubapa melatih anak-anak untuk berpuasa tetapi
mereka memberi upah setiap hari puasa. Kita mumgkin tidak sedar bahawa kita
sedang mengajar anak-anak kita bagaimana untuk mengambil rasuah. Mengapa
saya berkata begitu? Balasan berpuasa itu adalah hak Allah swt maka biarlah
anak-anak kita menilai kasih sayang Allah swt dalam kehidupannya dan mengapa
pula kita perlu mendahului Allah swt dalam memberikan ganjaran. Mungkin
tujuannya adalah untuk motivasi tetapi motivasi kebendaan jelas tidak tahan
lama. Mengapa tidak sewaktu sebelum datangnya bulan puasa sudah diberitahu
kepada mereka akan nikmat cinta Allah ini. Tanda kasih sayang Allah swt
kepada makhlukNya cukup banyak hingga tidak mampu kita hitung dan bulan
ramadhan adalah salah satu darinya. Seperti yang pernah saya katakan
bahawasanya gugusan gelombang alam ini terbentuk dari penyatuan gelombang
isinya. Kini begitu banyak punca gelomabng alpha seperti tumbuhan dan
binatang pupus dek kerakusan kemodenan manusia. Justeru itu gugusan
gelomabng kini banya sekali dibentuk oleh kelompok pemikiran manusia dan
ianya membawa kepada tahap frekuensi yang tinggi. Apabila frekuensi
gelombang alam yang terbit dari gelombang otak manusia ini tinggi maka
banyaklah berlaku pergeseran di sana sini, banyakalah berlaku ketegangan
dalam diri. Saya pernah beberapa ketika menceritakan perihal terapi azan
yang dapat menurun gelomabang otak serta kekuatan azan dalam merendahkan
frekuensi gelombang alam. Azan juga merupakan satu lagi tanda kasih sayang
Allah swt kerana di siang hari lebih banyak gelombang beta dikeluarkan oleh
manusia dek kesibukan dunia. Namun lebih mendalam cinta Allah swt kepada
makhlukNya apabila ditukarkan gelombang alam yang tinggi kepada kedudukan
gelombang theta sewaktu siang hari, sewaktu manusia bekerja selama sebulan.
Sebulan lamanya manusia akan duduk dalam gelombang theta sewaktu siang dan
perlu kita ingat jika siangnya sudah berada dalam gelombang thetat maka
malamnya sudah tentu gelombangnya lebih rendah. Gelomabng theta adalah
gelombang zon mustajabnya doa, gelombang theta mampu membetulkan hormon
serta dapat menyihatkan badan yang sakit. Gelombang theta adalah gelombang
yang menyuluh kepada penyelesaian pelbagai masalah. Gelombang theta mampu
membentuk satu peribadi baru, sikap baru jika kita dapat sama-sama selaras
dengannya. Maka kasih sayang Allah swt itu dimanifestasikan dalam bulan
ramadhan. Bulan yang mana waktu siangnya mempunyai tahap gelombang yang
begitu rendah dari 11 bulan yang lain. Bulan yang waktu siangnya menjadi
mustajabnya doa. Bulan yang memudahkan kita untuk mengubah watak kehidupan.
Bulan yang sebenarnya banyak mempunyai kesembuhan di dalamnya bagi mereka
yang tahu.

Mungkin ada yang bertanya “saya berpuasa juga di bulan ramadhan tetapi
mengapa saya tidak berubah atau sebagainya?” alam berada pada gelombang yang
rendah dan tetapi mungkin sewaktu kita berhajat kita sendiri tidak duduk
dlam gelomabng alam. Logiknya mudah, kita tidak sekufu dengan alam. Justeru
kita mungkin berdoa di luar gelomabng zon mustajabnya doa. Orang yang sekufu
dengan gelombang alam dapat dilihat dari kecergasannya, dapat dilihat
keadaan berbukanya dapat dilihat dari tutur katanya bahkan jelas kelihatan
cara berjalannya yang berbeza. Jika kita mengatakan yang kita berada dalam
gelombang yang rendah, maka kita tidak akan berbuka seumpama besok tiada
makanan untuk kita. Jika kita berada dalam gelombang rendah, kita tidak
mungkin bernada tinggi, jika kita mengatakan gelombang otak kita rendah,
kita insya Allah tiada sangka buruk kepada manusia apatah lagi kepada Allah
swt. Kita mungkin marah jika melihat anak kita berpuasa tetapi masih
marah-marah atau degil atau mungkin juga tidak mahu berpuasa. Maka marilah
kita cuba melakukan persediaan dengan menerapakan nilai cinta Allah swt
kepada anak-anak kita agar nanti mereka tidak sabar menunggu kedatangan
ramadhan dan mereka berpuasa kerana cinta mereka kepada allah swt dan bukan
rasuah yang diberi. Kita juga mampu membukti kelainan alam sewaktu bulan
ramadhan terutama sekali pada waktu malam. Cuba nanti anda duduk di luar
rumah dan renungkan ke langit sewaktu datangnya 1 ramadhan, insya Allah anda
akan merasa kelainan perasaan, kelainan alam serta keindahannya walau malam
tidak berbintang. *
*

*Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:* “*Terdapat
tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang
berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang
yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan
membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: “Daku bersumpah
demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu
masa nanti.*”

Wallahu a’alam.

Kirim email ke