Nabi s.a.w bersabda: telah datang kepadamu Ramadhan, bulan berkah,
Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga
dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan didalamnya
terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. (HR Imam Ahmad dan
Imam Nasa’i)

Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (Riwayat
Muslim)

“Solat yang lima, Jumaat ke Jumaat, Ramadan ke Ramadan adalah penghapus
dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika menjauhi dosa-dosa
besar.” – HR Muslim

Sabda Nabi, "Sesiapa sempat bertemu bulan Ramadhan dan tidak diampun
dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban)

“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas
mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun
oleh Allah.” (Riwayat Imam al-Bukhari)

Nabi s.a.w adalah manusia paling dermawan dan kemuncak sifat dermawan
baginda itu ditunjukkan pada bulan Ramadan." - HR al-Bukhari

Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di
zalimi dan orang yang musafir. (HR Bukhari)

"Doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa ialah ketika dia berbuka."
(HR Ibn Majah)

Sabda Baginda SAW: Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi
orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang berpuasa,
iaitu pahala orang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit.-
Hadis riwayat al-Tirmizi

"Bukanlah puasa yang sebenar orang yang hanya tidak makan dan tidak
minum, puasa yang sebenar adalah orang yang tidak melakukan perbuatan
dan perkataan yang lagha (sia-sia) dan tidak bercakap perkataan yang
keji." (HR Hakim, Ibnu Hibban dan Baihaqi)

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila
seseorang berpuasa, maka janganlah dia mengucapkan perkataan yang kotor
dan jangan pula bertengkar. Sekiranya dia dimaki oleh seseorang atau
diajak bergaduh maka hendaklah dia berkata: "Sesungguhnya saya sedang
berpuasa." (HR Bukhari dan Muslim)

“Sesiapa yang tidak meninggalkan cakap bohong dan berkelakuan buruk
ketika berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah,
baginya hanya lapar dan dahaga sahaja.”
(al-Bukhari)

Setiap amalan baik anak Adam adalah untuk dirinya, setiap kebaikan
digandakan dengan sepuluh kali ganda bahkan sampai seratus kali ganda.
Allah berfirman; kecuali puasa; ia adalah untukKu dan Akulah yang akan
membalasnya. Sungguh dia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan
juga minumnya demi Aku. Untuk setiap orang yang puasa ada dua
kegembiran; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu
Allah. Perubahan bau mulut orang yang berpuasa lebih baik bagi Allah
dibandingkan wangian kasturi. (HR Bukhari & Muslim).

Dari Sahl bin Sa'ad RA daripada Nabi SAW sabdanya: "Sesungguhnya di
dalam syurga itu ada sebuah pintu yang disebut Pintu Rayyan. Semua
orang yang berpuasa akan memasukinya pada hari kiamat dan tidak
dibenarkan sesiapa pun selain daripada mereka memasukinya. Lalu
dikatakan: "Di manakah orang yang berpuasa?" Lantas mereka pun berdiri
dan tidak ada seorang pun yang dapat masuk selain orang yang berpuasa.
Apabila sekalian orang berpuasa telah masuk, maka ditutuplah dan tiada
seorang pun yang dapat memasukinya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan
Muslim)


*
http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 8/30/2010 10:38:00 AM

Kirim email ke