السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Kedai  jadi  sarang kaki ponteng puasa
Oleh RIZAM ZAKARIYA
mohdri...@kosmo.com.my
DUA lelaki berjalan masuk ke sebuah kedai di Pokok Machang yang dikesan menjual
makanan kepada orang Islam pada waktu siang di Tasek Gelugor, Pulau Pinang
semalam.

________________________________


TASEK GELUGOR – Jam baru menunjukkan pukul 11.30 tengah hari, tetapi sebuah
kedai makan di Pokok Machang dekat sini penuh dengan pelanggan yang mahu menjamu
selera.
Namun yang menghairankan rata-rata pengunjung di kedai tersebut adalah lelaki
dewasa beragama Islam termasuk pelajar sekolah menengah.
Siasatan Kosmo!, mendapati geng kaki ponteng puasa kerap singgah di kedai
berkenaan untuk mendapatkan makanan yang dibungkus dengan plastik hitam.
Selain itu, ada juga kalangan mereka yang dengan selamba memesan makanan dari
luar tingkap kedai tanpa rasa malu.
Menurut seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Din, 30, kedai berkenaan
telah menjadi tumpuan kaki ponteng puasa di bulan Ramadan sejak lebih 10 tahun
lalu.
“Memang sudah lama kedai itu menjual makanan kepada kaki ponteng puasa, malah
sejak zaman saya masih bersekolah lagi,” katanya.
Dakwanya, kebanyakan pelanggan yang membeli makanan di kedai tersebut turut
menjadikan kawasan ladang kelapa sawit yang terletak kira-kira 100 meter dari
situ sebagai tempat menjamu selera.

()"" ' )   Nakhai’e
( ,'o' )") http://www.naimqlate.blogspot.com
(,,)(")(")
Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia
hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka
beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana
sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok
adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg
sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg
kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah
rahmat Allah selalu, Amin.


Kirim email ke