Pemerhatian pada jam 10 pagi Sabtu 28 Ogos 2010 di kedai 8 dan 9 di Taman 
Matahari Height, Senawang agak mencurigakan. Kedai seolah ditutup, tetapi 
banyak motosikal di luar. Sekejap-kejap datang pemuda Melayu ada yang 
bermotosikal, ada yang berkereta masuk kedai. Pada waktu lain kedai ni macam 
separuh buka, bercermin gelap tertulis internet. Adakah ini pusat perjudian 
internet ?

Penduduk setempat dan pihak berkuasa tempatan harus lebih peka apa yang berlaku 
sekeliling mereka. Kalau pusat siber sepatutnya mereka mematuhi peraturan pihak 
berkuasa tempatan seperti di bawah ini. Penduduk setempat juga harus peka, 
jangan pekak dan buta, kerana ianya berlaku di lokaliti mereka, mungkin suami 
dan anak-anak mereka akan terlibat sama , jika benar ini pusat perjudian 
internet.

Rugi teramat rugi kalau orang Islam bukan sahaja mensia-siakan Ramadan tetapi 
menambah dosa.

Kalau ianya Pusat Siber , pastikan mereka ikut garis panduan seperti di bawah.

Ingat penduduk setempat harus peka. Polis dan Penguatkuasa Majlis Perbandaran 
Seremban dan Jabatan Agama tidak mempunyai cukup anggota dan kelengkapan. 
Bantulah mereka mencegah maksiat dan jenayah.

Gambar deretan kedai berhampiran premis yang meragukan ini di 
http://amkns.blogspot.com/2010/08/pusat-judi-internet-di-matahari-height.html 

**************************** 
GARISPANDUAN PUSAT SIBER DAN KAFE SIBER
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA

1. Pengusaha Pusat Siber dan Kafe Siber adalah bertanggungjawab untuk 
memastikan tiada sebarang aktiviti kurang sihat berlaku di Pusat Siber dan Kafe 
Siber.

2. Pusat Siber dan Kafe Siber hanya dibenarkan beroperasi di dalam premis 
dengan sistem pencahayaan yang terang dan penggunaan cermin gelap adalah 
dilarang.

3. Kedudukan komputer bagi melayari internet hendaklah berasingan daripada 
aktiviti sampingan yang lain dan hendaklah diletakkan dalam ruang terbuka iaitu 
tidak berbilik dan tidak berpintu.

4. Masa operasi bagi Pusat Siber dan Kafe Siber adalah sehingga jam 1.00 pagi 
bagi hari biasa dan pada hari cuti umum/ awam.

5. Bagi pengunjung yang berumur di bawah 18 tahun adalah dibenarkan mengunjungi 
Pusat Siber dan Kafe Siber sehingga jam 6.00 petang sahaja.

6. Pelajar yang berpakaian seragam sekolah adalah dilarang memasuki Pusat Siber 
dan Kafe Siber.

7. Permohonan Pusat Siber dan Kafe Siber hanya dibenarkan beroperasi di bawah 
dan aras satu sahaja jika bangunan yang digunakan melebihi satu tingkat.

8. Pekerja rakyat asing adalah tidak dibenarkan bekerja di Pusat Siber dan Kafe 
Siber.

9. Pusat Siber dan Kafe Siber tidak dibenarkan beroperasi berhampiran kawasan 
sensitif seperti masjid dan lain-lain kawasan yang dirasakan tidak wajar oleh 
Pihak Berkuasa Melesen (PBM).

10. Aktiviti utama ataupun core business Pusat Siber dan Kafe Siber adalah 
dihadkan kepada penyebaran maklumat internet sahaja. Kegiatan-kegiatan lain 
adalah tidak dibenarkan sama sekali, khususnya hiburan, seperti berikut :
a. Permainan video;
b. Perjudian;
c. Gambar lucah;
d. Muzik (pipe music);
e. Jualan bahan-bahan cetak khususnya yang berunsur negatif; dan
f. Lain-lain aktiviti yang berbentuk hiburan.

11. Pengusaha Pusat Siber dan Kafe Siber hendaklah menyediakan buku rekod 
kemasukan pelanggan untuk tujuan semakan oleh Pihak Berkuasa pada bila-bila 
masa. Butiran maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut :
a. Nama pengguna;
b. Nombor kad pengenalan;
c. Umur; dan
d. Masa penggunaan ( mula dan tamat).

Sumber : 
http://ocps.mpsj.gov.my/cms/documentstorage/com.tms.cms.document.Document_bfa1eaec-a020f414-449afc00-ec3b8c45/GARISPANDUAN%20PUSAT%20SIBER%20DAN%20KAFE%20SIBER.pdf
 



      

Kirim email ke